The BBC mengakui mereka-reka berita manakala skandal FBC Media semakin menjadi-jadi!!

Pertubuhan berita dunia The BBC kini mengakui bahawa mereka pernah mereka-reka berita yang diterbitkan oleh FBC Media mengenai Sarawak dan Malaysia.

FBC Media hanya meminta bayaran berjumlah satu pound daripada BBC untuk satu rancangan!

Terdapat banyak pertubuhan dan individu tertentu termasuk Sime Darby, kerajaan Malaysia, Taib Mahmud dan kawasan Iskandar telah dipromosikan menerusi BBC. Ketika Sarawak Report dan sebuah lagi pertubuhan akhbar mencabar kesahihan berita yang dikeluarkan oleh FBC Media, maka FBC Media mengatakan bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang, namun selepas beberapa ketika mereka telah mengakui tiada hubungan dengan mana-mana kerajaan, termasuk kerajaan Malaysia.

Pertubuhan berita CNBC mendakwa FBC Media dan bukannya membayar perkhidmatan mereka!

Pertubuhan CNBC telah mengadakan banyak perjanjian dengan FBC Media, termasuk rancangan World Business, rancangan mengenai teknologi terkini, perniagaan di rantau Asia dan program World Business Special Edition.

Walau bagaimana pun, Sarawak Report kini telah menemui suatu maklumat yang mengatakan CNBC telah mendakwa FBC Media berjumlah berjuta-juta ringgit untuk mendapatkan ‘platfom media’ untuk membolehkannya mempromosikan sesiapa individu yang sanggup mengeluarkan banyak belanja (untuk kepentingan mereka sendiri sahaja). Kebanyakan cara promosi yang mereka terbitkan lebih bercorak iklan, yang sudah tentunya salah di sisi undang-undang penerbitan berita.

Mereka-reka berita bohong di seluruh dunia

Kini pertubuhan berita FBC Media telah ditemui mereka-reka berita yang tiada bukti sahih, kerana tujuan mereka hanyalah untuk mempromosikan sesetengah pihak dengan bayaran yang amat lumayan. Misalnya Gulnara Karimova yang amat berkontroversi, yang telah membayar mereka sebanyak 28,000 euro untuk sesebuah siti rancangannya, dan membolehkannya mendapat tempat di persada dunia perniagaan, iaitu menerusi World Business.

Pada suatu laporan BBC, dan siasatan yang dijalankan oleh CNBC telah juga menyebabkan CNN menerbitkan para penaja FBC Media yang menerbitkan berita yang tidak sahih. ‘Orang kuat’ CNN, John Deftrios, sehingga awal tahun ini telah didapati menjadi presiden FBC Media. Skandal dalam FBC Media terbongkar setelah mereka diketahui mengadakan hubungan politik dengan kerajaan Malaysia, kerana menerbitkan berita-berita yang tidak sahih.
Laporan dari BBC Trust juga pernah mengakui bahawa beberapa pertubuhan media yang lain menerbitkan berita bagi pihak BBC World yang pernah memeterai persefahaman dengan pihak-pihak yang korup.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments