“Isteriku Berbangsa Kanada!” – Sean Murray Mendedahkan Jamilah Taib mempunyai Dua Kerakyatan!

Sean (Hisham) Murray, iaitu suami anak Taib Mahmud, Jamilah, telah dengan tidak sengaja menyebut isterinya mempunyai dua kerakyatan, suatu kesalahan yang menyalahi mana-mana undang-undang!

Di bawah undang-undang Barisan Nasional, sesiapa yang diikhtiraf berbangsa Malaysia dilarang memiliki dua passport, dan mereka dikehendaki menyerahkan kerakyatan Malaysia jika mereka telah menjadi rakyat negara asing.

Namun, pada minggu lalu Sean Murray telah menjelaskan pada TV di Kanada bahawa isterinya kini “berbangsa kanada”, walaupun diketahui bahawa Jamilah masih berstatus rakyat Malaysia seperti yang tercatat pada daftar syarikat-syarikat yang ada kaitan dengannya di negeri Sarawak.

Seperti yang diketahui umum di Malaysia, seseorang rakyat Malaysia amatlah diperlukan jika mereka hendak menjadi pemegang saham dan menjadi pengarah dalam sesebuah syarikat di Malaysia, kerana hampir semua kontrak kerajaan menghendakkan syarikat-syarikat tempatan berstatus “bumiputera”. Kami mendapati bahawa jamilah yang berusia 51 tahun itu masih mengakui dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia sebagaimana yang tercatat dalam daftar 87 buah syarikat miliknya di mana dia menjadi pemegang saham-saham dan juga pengarah. Apa yang lebih mengelirukan kita adalah bagaimana Jamilah Taib masih lagi seorang pengundi berdaftar untuk mana-mana pilihanraya di Malaysia! Pada sepucuk surat Sean Murray menjelaskan bahawa mereka suami-isteri tidak pernah memindahkan pelaburan mereka yang bernilai berjuta-juta ringgit kepada aset-aset mereka di Kanada, US, Australia dan UK.

“Kami berdua kini adalah warganegara Kanada. Isteri saya telah menetap di Kanada selama 30 tahun dan kami tidak ingin ditanya oleh sebarang pemberita atau penerbit mengenai hidup kami, perniagaan kami, saudara-mara kami dan hubungan kami dengan politik di Malaysia… kamu harus tahu bahawa kami tidak ingin mengambil bahagian dalam politik Malaysia, dan bercakap bagi pihak Ketua Menterinya” [Sean Murray]

Kenyataan yang bercanggah-canggah antara yang dikeluarkan di hadapan para pemberita mahupun dokumen-dokumen berkaitan di Malaysia, Seam Murray dan Jamilah kini harus menjelaskan status kewarganegaraan mereka. Setiap rakyat Sarawak dan pihak berkuasa di Malaysia mempunyai alasan mereka untuk mengetahui siapakah pemegang saham antara yang terbanyak, dan juga peraih keuntungan dari projek-projek kerajaan yang dibiayai oleh duit pembayar cukai.

Dalam surat Sean Murray yang ditujukannya kepada stesen TV yang juga disertakan dengan dokumen sah juga dipaparkan di skrin TV. Ini telah menambahkan lagi kekeliruan status kewarganegaraan sepasang suami isteri itu berkaitan dengan negeri Sarawak.

Pada sebuah lagi keterangannya untuk membidas hasil siasatan Sarawak Report mengenai syarikat Sakto di Ottawa, Kanada, yang mendakwa bahawa syarikat itu ditubuhkan oleh keluarga Taib, dan Ketua Menteri tidak pernah menyediakan modal untuk anaknya itu berniaga di luar negara.

Menurut pengakuan dari Seam Murray, isterinya tiada lagi hubungan dengan perniagaan di Malaysia. Malah para peguam yang mewakili Sean pula menuduh Sarawak Report yang mempunyai niat politik di Malaysia. Namun, kami mohon penjelasan apakah modal perniagaan Sarawak Report jika ianya berminat dengan urusan politik di Malaysia.
Kini kami semakin memperolehi bukti-bukti yang menunjukkan hubungan Sean dan Jamilah dengan rejim bapa mereka itu, dan perniagaan mereka di Sarawak berkembang jauh sehingga ke luar negara, sebagaimana yang cuba disembunyikan secara halus dalam surat-surat para peguamnya bahawa pelaburan mereka adalah ‘pasif’.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments