“Tangkap Taib”! – Gesaan Untuk Bertindak Dari NGO

Sekumpulan NGO pada hari ini telah menggesa Peguam Negara Malaysia dan Pesuruhjaya Polis Malaysia untuk menangkap Abdul Taib Mahmud!

Pada sepucuk surat yang ditulis Yayasan Bruno Manser yang ditandatangan bersama oleh beberapa buah NGO dari Malaysia dan juga antarabangsa, termasuk Greenpeace, telah menggesa agar Taib dan 13 orang lagi ahli keluarganya yang menjadi “konspiratornya diberkas dan dibicarakan” kerana dituduh “merompak duit rakyat”.

Gesaan itu telah menunjukkan betapa banyaknya bukti untuk menentang Ketua Menteri yang kini dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai seorang pemimpin yang terlampau korup serta bertanggungjawab memusnahkan alam sekitar di Borneo.

Bukti nyata

Kandungan surat itu diperkuatkan oleh bukti-bukti mengenai kesalahan rasuah Taib Mahmud dan ahli keluarganya yang kini semakin diketahui umum, dan bukti-bukti itu tidak seharusnya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu sahaja, yang pernah berjanji untuk menyiasat Ketua Menteri itu sejak tahun lalu.

Surat itu itu menyebut:
“Kami amat percaya tidak memadai kita hanya mendengar janji-janji dari pihak SPRM, dan tindakan pihak polis harus diambil sekarang. Kini sudah terdapat banyak bukti mengenai kesalah Taib dan para konspiratornya, dan jika dibiarkan lebih lama, mereka yang dituduh itu akan menggunakan peluang untuk memusnahkan semua bukti dan menakut-nakutkan saksi-saksi kesalahan mereka itu, dan seterusnya mereka akan melarikan diri ke luar negara”.

Surat itu yang disokong oleh banyak bukti telah disusun dan mudah diakses oleh umum sejak beberapa lama, dan ini telah menyebabkan kerajaan Malaysia menjadi serba salah untuk bertindak.
Dengan adanya tempat di peringkat Persidangan Umum Menentang Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), Malaysia harus menjalankan siasatan dengan bantuan negara-negara luar. Kini Taib Mahmud dan aset-asetnya di Germany, Switzerland, UK dan Kanada sedang disiasat.

Surat itu juga diperkukuhkan lagi dengan bukti-bukti untuk menentang Taib berdasarkan harta-harta kekayaannya dan keluarganya, sejak beliau menjadi menteri 30 tahun yang lalu. Kumpulan NGO itu membuat gesaan berdasarkan bukti-bukti yang menyebut saham-saham Taib sekeluarga wujud dalam lebih 400 buah syarikat di 25 buah negara, dan harta kekayaan mereka kini mencecah $1.5 bilion yang terjana dari lebih 14 syarikatnya.

Dengan disokong oleh kumpulan NGO dari Malaysia sendiri, Australia, UK, Germany dan Jepun, surat itu menuduh dengan menyatakan bahawa kekayaan luar biasa yang terkumpul sebanyak itu hanya dapat dilakukan oleh sesiapa yang menjawat jawatan perkhidmatan awam/menteri “dengan cara melanggar undang-undang”.

Surat itu tidak mengecualikan ahli-ahli keluarga Taib yang lain termasuk empat orang anaknya, yang kini semuanya sudah dewasa dan sedar akan jenayah rasuah. Surat itu menyenaraikan ahli-ahli keluarganya yang beroleh keuntungan hasil dari konsesi hutan yang ditebang dan perampasan tanah-tanah NCR selama ini. Mereka itu termasuk sepupunya sendiri, juga selaku penasihat perniagaannya, Hamed Sepawi.

Surat itu juga menuduh syarikat terbesar di Sarawak, iaitu Cahya Mata Sarawak (CMS) yang dikendalikan oleh Taib sekeluarga dan juga syarikat Achi Jaya yang pernah dikendalikan oleh adiknya, Onn Mahmud, untuk tujuan menguruskan ekspot kayu ke luar negara. Sebuah lagi syartikat, Ta Ann, yang dikendalikan dan dimiliki oleh sepupunya, Hamed Sepawi, pernah menerima konsesi menebang hutan seluas 362,439 hektar dan mengusahakan ladang seluas 313,078 hektar.

Surat itu juga disokong oleh angka-angka dan rajah-rajah berserta nama-nama, alamat-alamat kediaman dan pejabat serta nombor-nombor telefon Taib Mahmud sekeluarga bagi membantu penangkapan mereka!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments