Alan Friedman Dari FBC Media Dituduh Menghentikan Para Pekerjanya!

Sarawak Report kini telah mendapat suatu maklumat mengenai skandal FBC Media, sebuah syarikat penerbitan media elektronik yang telah menerima bayaran berjuta-juta ringgit untuk mempromosikan Najib Razak, Taib Mahmud, ahli-ahli politik dalam BN serta tokoh-tokoh ladang kelapa sawit, dituduh menghentikan pekerjanya tanpa bernotis.

Salah seorang dari pekerja FBC Media yang telah dihentikan, menulis surat kepada Sarawak Report menyuarakan rasa kesal dan kecewanya terhadap sikap dan tindakan bosnya, Alan Friedman, yang bergelar jutawan itu.

Pekerja tersebut juga mangatakan mereka hanya sedar bahawa khidmat mereka tiba-tiba tidak diperlukan lagi ketika mereka tiba ti hadapan bangunan pejabat mereka pada pagi hari Isnin. Ketika itu juga mereka menyaksikan para tukang kunci sedang sibuk menukar kunci-kunci pejabat mereka. Alan Friedman telah menutup perniagaannya tanpa sebarang notis, dan tidak pula membayar gaji terakhir mereka. Ada pula di kalangan mereka yang malang itu sedang berhutang.
Alan Friedman yang menetap ti Rom berasaskan kekayaan yang terjana dari FBC Media, kini diketahui merancang untuk meninggalkan Itali, dan ini bermaksud bank-bank UK tidak akan dapat menagih hutang-hutangnya.

Menurut cerita dari orang dalam, Friedman sering menafikan semua tuduhan terhadapnya yang mengatakan dia telah melanggar undang-undang penyiaran dengan mereka-reka maklumat pelanggannya.

Di samping itu para pelanggannya CNBC dan BBC World telah menghentikan kontrak mereka melanggan maklumat, dan sebuah badan penguatkuasa undang-undang penyiaran UK, Ofcom kini sedang menjalankan siasatan mereka ke atas FBC Media.
Cerita penuh dalam Sarawak Report mengenai skandal FBC Media dan hubungannya dengan Taib Mahmud diletakkan dalam pautan “Dirty Tricks” laman web ini. Kami turut bersimpati dengan nasib malang yang menimpa setiap pekerja FBC Media yang dilucutkan jawatan mereka, walaupun mereka telah menyumbang tanpa mengira penat lelat sebelum ini.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments