Disimpan untuk Keluarganya! Bagai mana Taib Mengawal CMS Dengan Cara Rasuah

Siasatan Sarawak Report terbaru mendedahkan lebih banyak bukti bagai mana Taib yang pernah mengakui “beliau (sekeluarga) memang tiada perniagaan di dalam negeri Sarawak” adalah suatu pembohongan semata-mata.

Kami kini berani menggelarkannya sebagai “Ketua Samseng” yang mengawal ke semua sahamnya dalam syarikat gergasinya CMS di negeri Sarawak.

Cara perniagaan ala-Mafia

Dengan menggunakan kedudukan dan kuasanya sebagai Menteri Kewangan dan juga Ketua Menteri Sarawak beliau telah berjaya mengubah status syarikat-syarikat milik kerajaan negeri seperti PPES, Steel Industries Sarawak dan PCMS dijual dengan harga yang sangat rendah kepada syarikat gergasinya CMS. Selepas itu saham-saham di situ diagih-agih kepada ahli-ahli keluarga. Ini telah menjadikan keluarganya berkuasa penuh atas CMS sejak 1996! Bukti yang terkini kami temui adalah berdasarkan pemindahan saham-saham dalam CMS. Taib juga diketahui berkuasa sepenuhnya ke atas semua saham dalam CMS. Bagi menyembunyikan dirinya berkuasa penuh dalam CMS Taib telah melantik ahli-ahli keluarganya menjawat jawatan-jawatan utama dalam syarikat itu.

Onn Mahmud

Dalam beberapa dokumen didedahkan bagai mana pada permulaan perniagaannya, ketika anak-anaknya masih lagi menuntut, orang yang dilantiknya untuk memegang saham-saham yang besar jumlahnya dan juga menjadi Pengarah dalam CMS adalah saudaranya sendiri, Onn Mahmud. Onn telah bertindak sebagai proksinya sehingga mereka bersengketa dalam tahun 2003. Menurut rekod CMS pada sekitar bulan April 2002 Onn Mahmud yang menjawat jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan pernah memegang 30% saham dalam CMS. Pada waktu itu kedua-dua anak lelakinya Sulaiman dan Abu Bekir pula memegang 12% saham setiap seorang.

Tetapi individu yang bertindak sebagai pemilik utama saham di situ adalah Abdul Taib Mahmud sendiri. Pemindahan saham-saham dan beberapa jawatan pada 2003, setelah persengketaannya dengan Onn adalah amat ketara. Onn didapati memegang saham yang sedikit tetapi anak-anak Taib pula memperolehi 44,925,102 saham pada masa yang sama.

Laila sebagai pemegang saham yang terbesar dalam CMS

Laporan-laporan dari CMS menunjukkan perpindahan saham-saham yang berjumlah besar dimasukkan ke dalam pegangan isterinya, Laila. Jawatan adiknya Onn diganti oleh anaknya Sulaiman sebagai Pengerusi Kumpulan, seorang pemuda yang meminati permotoran. Pada ketika itu juga Sulaiman adalah Pengerusi RHB Bank yang dikawal oleh Taib.

Setelah itu saham-saham berpindah dari anak-anak lelaki kepada anak-anak perempuannya!

Taib tidak membiarkan dua orang anak lelakinya memegang saham-saham yang banyak dalam CMS. Rekod-rekod syarikat ada menunjukkan pada taun 2007 syarikat Marjaharta dipindahkan supaya dikawal oleh anak-anak perempuannya Jamilah Taib dan Hanifah Taib. Proses ini telah menjadikan keempat-empat orang anaknya mendapat bahagian saham yang sama banyak jumlahnya dalam CMS mana kala isterinya adalah pemegang saham terbesar. Tidak lama selepas itu Syed Ahmad Alwee Asree, berbangsa Singapura yang memperisterikan anaknya Hanifah Taib dalam tahun 2002 mula memasuki CMS dan terus menjadi Pengurus Besar Kumpulan – yang mengawal Sumber Manusia. Maka, siapakah yang paling utama dalam CMS yang sentiasa berubah-ubah pengendaliannya? Sudah tentulah Abdul taib Mahmud sendiri.

Perniagaan yang dibelengu oleh maksiat rasuah!

Syarikat CMS telah disenaraikan sebagai syarikat awam dalam Bursa Saham Kuala Lumpur, yang diharuskan bertanggungjawab memberikan keuntungan kepada setiap pemegang saham-sahamnya. Kita akan terkejut dengan senarai nama syarikat yang menjadi peraih keuntungan dari kontrak-kontrak CMS sebagai mana dilaporkan mereka dalam tahun 2002.

Antara syarikat-syarikat yang disenaraikan yang bernaung di bawah CMS adalah: Achi Jaya Industries Sdn Bhd, Achi Jaya Holdings Sdn Bhd, Satria Realty, Asterix Incorporated Sdn Bhd, Insurepo Sdn Bhd, Wisma Printing Sdn Bhd, Sarawati Sdn Bhd, Centigrade Resources Sdn Bhd, Grogrow Sdn Bhd, Trans Dimension Sdn Bhd, Duta Bistari Sdn Bhd, Alpha Jelita Sdn bhd, Alpha Mantra Sdn Bhd, Alpha Wira Sdn Bhd, Mylink Communications Sdn Bhd, Bormill Line Sdn Bhd, Lanco Shipping Sdn Bhd, Hager Elektronik Sdn Bhd, Automobili Sdn Bhd, Bank Utama Bhd. Syarikat-syarikat itu menjalankan pelbagai-bagai urusan bagi pihak CMS, seperti sewaan bangunan, sewaan tapak, perkapalan, pengangkutan, minyak, percetakan, insurans, khidmat siaran radio, computer dan pembaikian kenderaan!

Ahli-ahli keluarganya yang terlibat dalam syarikat-syarikat itu termasuklah anak-anaknya Sulaiman dan Abu Bekir, saudara-saudaranya seperti Onn Mahmud, Tufail Mahmud, Arip Mahmud, Zaleha Mahmud, Fredahanam Mahmud, Ibrahim Mahmud, Raziah Mahmud (dan suaminya, Robert Geneid) dan ahli-ahli keluarganya yang lain.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments