Hubungan Taib dengan Kegiatan Pembalakan – Lagi Banyak Kaitannya Dengan Kroni-Kroni yang Besar

Inilah masanya peraturan dan undang-undang patut digunakan untuk membantu kaum Penan di Sarawak meneruskan usaha mereka menghalang pencerobohan dan pemusnahan hutan hujan tropika mereka dari diganggu-gugat oleh kroni-kroni pembalakan yang bersekongkol dengan Taib Mahmud.

Selain itu, kroni-kroni itu merestui para pembalak dengan zalimnya merobohkan bloked-bloked yang didirikan oleh kaum Penan yang bermati-matian melindungi kawasan mereka.

Tamak dan Gila Kuasa

Hakikat itu berlaku kerana Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud mengidap penyakit otak dan ketamakan yang semakin serius kini.

Seperti mana pernah kami laporkan dalam laman web kami, Taib telah berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan perniagaannya sendiri berlandaskan aktiviti menebang hutan, membuka ladang sawit yang luas-luas menggunakan hasil kekayaan sumber asli Sarawak.

Sarawak Report juga pernah melaporkan mengenai hubungan syarikat gergasi Samling dengan keluarga Taib. Semua syarikat-syarikat kroni dimestikan untuk menyuap dengan menggunakan wang suapan yang besar jumlahnya untuk mendapatkan lesen dan konsesi pembalakan dari Taib Mahmud.

Kini kami boleh melaporkan bagaimana WTK ada menyenaraikan nama Abdul Taib Mahmud sebagai pemegang terbesar saham-saham di dalam syarikat itu. Dengan bertindak sebagai pemegang terbesar saham-saham dalam syarikat itu, bermakna Abdul Taib Mahmud sudah tentunya menjadi peraih keuntungan dari setiap pokok yang ditebang oleh WTK.

Kita bermula dengan syarikat Marjaharta, sebuah syarikat yang memegang saham paling besar dalam CMS di mana kita mendedahkan Taib sememangnya pemegang terbesar saham dalam WTK.

Di peringkat permulaan penubuhan Marjaharta yang dipengerusikan oleh saudaranya Onn Mahmud, tetapi selang beberapa ketika diserahkan kepada anak-anak lelaki Taib dalam tahun 2003 setelah Taib dan Onn bersengketa. Jamilah juga pernah mengakui bahawa dia “tidak pernah aktif sepenuhnya dalam kegiatan pelaburan di Sarawak”, tetapi Marjaharta tetap melabur dalam WTK yang kian rancak meranapkan hutan hujan tropika di Sarawak.

Seorang lagi saudara Taib, Tufail Mahmud, pula menjadi salah seorang pengarah dalam syarikat Song Logging, iaitu anak syarikat kepada WTK. Kami juga pernah melaporkan bagai mana Tufail Mahmud dianugerahkan saham-saham percuma daripada syarikat Sanyan, yang digunakannya untuk menyembunyikan kegiatan proksinya dengan Taib Mahmud.

Kaitan dengan Syarikat AIG

Kerisauan semakin menjadi setelah mengetahui kiatan sebuah syarikat gergasi insurans AIG dari Amerika di dalam WTK dengan Taib Mahmud yang memusnahkan alam sekitar Sarawak. Ini merupakan suatu jenayah yang amat berat.

Pemegang saham ke-4 terbesar selama beberapa tahun dikendalikan oleh AIG menerusi suatu akaun untuk menyelewengkan wang masuk ke British Islands. AIG Goldflow, yang namanya telah ditukar kepada Pinebridge Goldflow (bernaung di bawah AIG) baharu sahaja dijual kepada sebuah lagi syarikat pelaburan, Pacific Century Group.

Abdul Taib Mahmud pernah didengar mengungkapkan kata-kata, “Saya ada wang lebih dari yang dapat saya belanjakan” – kata-kata yang telah dirakamkan.
Begitu juga Taib Mahmud harus membayar kaum Penan yang telah bersusah-payah menjaga hutan dara, bukan untuk kepentingan mereka sendiri, malah agar dapat dilihat dan dinikmati oleh para pelancong dari luar negara.

Kepulauan Borneo kini dilanda musibah kehilangan kecantikan alam sekitar dengan begitu pantas.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments