22 Dec 2011

Rahsia dari Swiss!

This post is also available in: English, Iban

Taib masih belum menerima sebarang respon dari Kerajaan Swiss semalam. Semasa memberikan respon kepada soalan dari ahli MP Maya Graf dalam Parlimen Persekutuan Bern, Menteri Kewangan Swiss, Evelyn Widmer Schlum, gagal mengeluarkan apa-apa jawapan yang munasabah!

Menurut Widmer, badan pemantau kewangan Swiss iaitu FINMA dijangkakan tidak dapat mengeluarkan hasil-hasil siasatan ke atas aset-aset Taib, berteraskan undang-undang kerahsiaan Swiss.
Tetapi FINMA “akan memberitahu individu yang disiasat” mengenai hasil-hasil siasatan mereka.
Kumpulan individu yang sangat memerlukan laporan siasatan itu, dijangkakan adalah keluarga Taib, dan juga Kerajaan Malaysia. Tetapi bagaimana pula rakyat negeri Sarawak, yang telah dan sedang kehilangan tanah bernilai berbilion-bilion ringgit setelah dirampas oleh Ketua Menteri dan diberikannya kepada ahli-ahli keluarga, termasuk konsesi-konsesi dan kontrak?

Menteri Kewangan Swiss enggan menyokong maklumat Taib yang menafikan bahawa beliau mempunyai simpanan kekayaan di negara tersebut. “Saya tidak berpuas hati kerana kerajaan Swiss tetap merahsiakan kekayaan individu-individu yang melakukan rasuah di negara-negara yang ditadbir oleh kerajaan yang lemah. Tiada gunanya kita mengadu mengenai kemusnahan hutan tropika dunia selagi negara-negara barat membantu keluarga-keluarga yang korup seperti keluarga Taib yang memperkayakan diri mereka dengan menebang pokok-pokok.”

Ramai yang berpendapat bahawa komen-komen Taib semasa persidangan DUN yang lalu adalah tersusun dan teratur, di mana beliau telah menafikan bahawa beliau tiada simpanan aset di Switzerland sekarang, tetapi bukannya dahulu.

Tetapi di negara Monaco yang ditadbir Putera Albert, cukai yang rendah ke atas simpanan dan undang-undang yang baik, telah menarik ramai penyimpan ke negaranya, termasuk keluarga Taib.
Pertubuhan Prince Albert Foundation (yang kononnya menyokong kempen pemeliharaan alam sekitar!) merupakan penerima biayaan terbanyak dari keluarga Taib, termasuk sekeping cek peribadi dari Taib bernilai 100,000 euro, yang diberi Taib semasa majlis pertunjukan fesyen di Monaco pada tahun lalu. Selain itu Taib juga dikatakan membiayaan lawatan rombongan Putera Albert ke Mulu National Park.

Keluarga yang membiayai Kallakis, setidak-tidaknya akan mengharapkan mereka tidak lagi menyimpan kekayaan mereka di Switzerland.

18 Dec 2011

Lari Kerana Takut?

This post is also available in: English, Iban

Inilah buat kali pertamanya dalam 30 tahun pemerintahannya Abdul Taib Mahmud telah membatalkan sidang media yang telah dijadualkan, yang biasa diadakan di Wisma Bapa Malaysia seminggu selepas mesyuarat Kabinet.

Malah para pemberita telah dilarang memasuki bangunan itu, dilayan seperti orang-orang yang tidak dikehendaki.

Perkara ini nampaknya remeh, tetapi ianya dilihat sebagai suatu petanda ketara yang kurang sihat, selari dengan perkembangan politik semasa.

Apakah agaknya membuatkan Taib berubah perangai? Apakah tekanan yang dialaminya dan juga rakan-rakan menterinya sehingga mereka mengelak diri dari bertemu para media yang selama ini telah mempromosikan mereka?

Kita boleh membuat kesimpulan, bahawa himpunan bahan bukti telah semakin meninggi, bahawa Taib kini telah secara tiba-tiba sedar bahawa beliau sudah menemui jalan buntu untuk mengelak dari menghadapi soalan-soalan mengenai kesalahan rasuah dan perolehan kekayaan beliau sekeluarga yang luar biasa yang dimilikinya di Sarawak mahupun di luar negara.

Dengan isu kini yang semakin menjadi tajuk-tajuk utama media di seluruh Malaysia dan berkembang ke luar negara, para pemberita tempatan pula mendapati sukar untuk mengelakkan diri dari bertanyakan soalan-soalan mengenainya. Dan, dengan membatalkan sidang media, maka jelaslah Taib kini sudah kekeringan idea untuk menghadapi soalan-soalan dari pihak media.
Ianya kelihatan seperti kelemahan yang serius di tengah-tengah rejim Taib yang kini semakin takut berhadapan dengan pihak media.

Perlu kita ingat bahawa Taib pernah merasa tercabar semasa bermesyuarat di Dewan Undangan tidak berapa lama dahulu.

Mungkin beliau telah berjaya menipu semasa pilihanraya yang lalu untuk mendapatkan majority undi 2/3, tetapi setelah menggunakan rasuah dan memanipilasi para penggundinya, namun 45% pengundi adalah penentangnya dan kini sudah wujud pakatan YB pembangkang, yang dengan berani mencabarnya berbanding masa-masa dahulu.

Maka, bagaimana caranya beliau mengelakkan dari berhadapan dengan soalan-soalan para pembangkangnya mengenai isu-isu rasuah dan kronisme? Bagaimana caranya beliau mengatasi aduan mereka berhubung isu-isu tanah-tanah dan kontrak-kontrak yang diserahkannya kepada anak-anak dan saudara-saudaranya, dengan membelakangkan sistem tender terbuka untuk kebaikan umum di Sarawak?

Nampaknya semasa persidangan DUN beliau telah memadamkan mikrofon para pembangkang, memadamkan soalan-soalan mereka dari rekod hansard kerajaan dan menendang keluar ahli-ahli pembangkang keluar dewan!

Inilah cara beliau mengelak dari ditanya soalan-soalan yang sukar dijawab, maka beliau telah bertindak seoalah-olah tidak pernah ditanya.

Demikian juga yang dialami oleh pihak media kini, yang dijangka akan mengemukakan set-set soalan, beliau telah mengarahkan semua pintu masuk ke tempat sidang media itu dikunchi!

Soalan-soalan yang dijangka akan menghantui Taib

Maka, apakah jenis soalan yang enak ditanya pada Taib jika beliau sudi membenarkan pihak media masuk untuk sidang media itu? Di sini kami mencadangkan lima soalan terbaik buatnya:

“YAB Ketua Menteri, bagaimanakah YAB akan menjelaskan kekayaan YAB sekeluarga bernilai US$1.5 billion yang telah diperolehi menerusi hanya 14 dari 400 buah syarikat YAB?”

“YAB Ketua Menteri, YAB pernah mengakui bahawa YAB sekeluarga ‘tidak menjalankan sebarang bentuk perniagaan di Sarawak untuk mengelakkan tuduhan umum yang YAB menggunakan pengaruh untuk memperkayakan diri sendiri’. Maka, bagai manakah caranya YAB menjelaskan mengenai lebih 300 buah syarikat tempat YAB sekeluarga melabur itu?”

“YAB Ketua Menteri, arwah isteri YAB merupakan bekas pemegang terbesar saham-saham dalam syarikat gergasi di Sarawak, CMS. Namun beliau telah meninggal dunia dua tahun yang lalu. Beliau pernah menerima saham-saham itu dari saudara YAB, Onn Mahmud, maka siapa pula mewarisi ke semua saham arwah itu?”

“YAB Ketua Menteri, mengapakah YAB masih lagi menyerahkan semua tanah negeri dan kontrak negeri yang bernilai tinggi kepada ahli-ahli keluarga YAB menerusi urusan-urusan berahsia, tanpa menggunakan sistem tender terbuka?”

“YAB Ketua Menteri, seseorang yang memegang dua kerakyatan adalah salah di sisi undang-undang, adakah anak perempuan YAB, Jamilah masih seorang rakyat Malaysia (memandangkan beliau adalah pemegang saham-saham dalam 87 buah syarikat di negeri Sarawak) atau adakah beliau telah menjadi rakyat Kanada sebagaimana diakui oleh sumai beliau sendiri, Sean Murray?”

Terdapat banyak lagi soalan yang boleh ditanya oleh para media terhadap Ketua Menteri, dan kami mencadangkan para penyumbang soalan akan menuliskannya pada ruangan komen kami di sini. Soalan-soalan seperti di atas boleh juga ditanya oleh pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan pasukan penyiasat dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malah, rakan-rakan politik Taib dan juga Perdana Menteri Malaysia sendiri.

Tugas berat untuk pihak media

Kini Taib sudah tidak berminat lagi bersidang dengan pihak media, maka ianya akan menjadi suatu cabaran bagi mereka untuk mendapatkan isu-isu daripadanya. Sebelum ini akhbar-akhbar di negeri Sarawak telah bergantung penuh pada sumber berita mengenai pergerakan Taib dan rakan-rakan menterinya, tanpa persoalan dan kritikan.

Akhbar The Borneo Post adalah milik kroni pembalakannya Henry Lau dari syarikat KTS, dan separuh dari pegangan dalam akhbar The Sarawak Tribune pula adalah milik sepupunya Hamed Sepawi, dan disunting oleh anak perempuan sendiri, Hanifah Abdul Taib.

Namun, jika Ketua menteri itu tidak akan memberikan para media tempatan mengenai cerita atau berita pergerakannya dan juga mengenai teori-teori pembangunannya, apakah jenis berita yang harus mereka tulis?

Sekali lagi, kami akan berasa gembira jika para pembaca blog kami ini menuliskan cadangan-cadangan dalam ruangan komen di sini. Namun kami tetap akan mencadangkan para media di Sarawak untuk menziarahi rakyat Sarawak yang mendiami kawasan-kawasan yang jauh terpencil di pedalaman dengan melalui jalan dan denai yang mana alam sekitarnya telah musnah akibat pembalakan dan perladangan berleluasa dan tidak terkawal.

Pihak media juga harus mengambil kira kenapakah kebanyakan penduduk luar bandar dan pedalaman tidak lagi mendapat bekalan air yang bersih dan sumber makanan dari sungai. Pihak media juga harus mengambil kira cerita mengenai kes-kes rampasan tanah. Mereka boleh memaparkan berita mengenai kejadian-kejadian tanah runtuh. Mereka boleh juga meneliti kes-kes kemerosotan mutu kesihatan dan perubatan di kawasan-kawasan pedalaman dan bagaimana gejala rasuah telah mengganggu proses pembekalan perubatan yang sempurna.

Pihak media juga harus menceritakan mengenai kurangnya mutu persekolahan anak-anak pedalaman. Kenapakah jalan-jalan yang pernah berkali-kali dijanjikan tidak menjadi kenyataan? Pihak media juga boleh menulis mengenai ancaman samseng ke atas orang-orang tempatan yang mempertahankan tanah hak adat mereka, yang mana hutan-hutan negeri Sarawak pernah diagung-agungkan sebagai biodiversity – pokok-pokok hutan dan haiwan-haiwan liarnya.

Kami juga ingin menyarankan agar pihak media tempatan harus menulis mengenai kehidupan dan masalah yang melanda penduduk luar bandar dan pedalaman Sarawak, selain menuliskan berita-berita yang membosankan mengenai Abdul Taib Mahmud, seorang Ketua Menteri yang sudah usang dan takut pula meletakkan jawatannya kerana takut akan penggantinya menyelongkar rahsia-rahsia bagaimana beliau memperolehi kekayaan yang luar biasa!

  • ucu lagindang

    kes tanah adat di area sungai lengan berlalu begitu saja, semua kawasan tnah ncr diambil oleh kompeni delta padi untuk projek penanaman kelapa sawit. semua penduduk kawasan tersebut tak sedar dan berfikiran pendek kerana telah membenarkan kompeni tersebut menjalankan projek tananam sawit.

    semua penduduk area tersebut telah menerima duit SAGUHATI daripada kompeni tersebut. dengan itu, semua mereka telah menandatangani surat yang ditulis dalam bahasa ingris yang mereka tahu surat tersebut adalah surat penerimaan saguhati.

    surat yang mereka tandatangani tersebut sebernarnya surat yang memberitahu bahawa sesiapa yg telah menandatangani surat tersebut maka tidak boleh menghalang pekerja dalam meneruskan projek di kawasan tanah ncr. secara kesimpulannya surat itu telah membenarkan mereka menjalankan projek di kawan tersebut dan terus menjual tanah ncr kpada kompeni tersebut.

    penduduk kampong yang begitu buta huruf telah senang sekali diperbodohkan oleh orang. apabila ada orang yang tahu perkara tersebut maka ada pihak yang membanta bahawa penerimaan wang RM1000 itu adalah hanya sagu hati, dan tanah ncr akan dapat diambil semua.

    disini saya sedih dengan sikap segelintir penduduk yang lebih mementingkan wang daripada tanah. semua perkara ini telah dalam penyesalah. tetapi sekarang, semua penduduk masih menyokong projek tersebut kerana kesan dari projek tersebut belum lagi terasa.

    bagi orang tua2 yang suka akan projek itu, gembira lah kerana tak lama lagi ajal menimpa. tetapi bagi orang muda yang akan mewarisi segala kawasan itu akan menemui penyesalan. menyesal kamudian tak ada gunanya.

    kepada sesiapa yang belum terjadi masalah macam ini, sila jaga dan majukanlah kawasan tanah ncr kita.

    sekadar perkongsian semasa.

    "JANGAN BODOHKAN ORANG YANG TAK BODOH"

  • http://www.facebook.com/zharfan.fashahah Zharfan Zarkovsky

    taib,taib….sampai bila???

13 Dec 2011

“Tangkap Taib”! – Gesaan Untuk Bertindak Dari NGO

This post is also available in: English, Iban

Sekumpulan NGO pada hari ini telah menggesa Peguam Negara Malaysia dan Pesuruhjaya Polis Malaysia untuk menangkap Abdul Taib Mahmud!

Pada sepucuk surat yang ditulis Yayasan Bruno Manser yang ditandatangan bersama oleh beberapa buah NGO dari Malaysia dan juga antarabangsa, termasuk Greenpeace, telah menggesa agar Taib dan 13 orang lagi ahli keluarganya yang menjadi “konspiratornya diberkas dan dibicarakan” kerana dituduh “merompak duit rakyat”.

Gesaan itu telah menunjukkan betapa banyaknya bukti untuk menentang Ketua Menteri yang kini dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai seorang pemimpin yang terlampau korup serta bertanggungjawab memusnahkan alam sekitar di Borneo.

Bukti nyata

Kandungan surat itu diperkuatkan oleh bukti-bukti mengenai kesalahan rasuah Taib Mahmud dan ahli keluarganya yang kini semakin diketahui umum, dan bukti-bukti itu tidak seharusnya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu sahaja, yang pernah berjanji untuk menyiasat Ketua Menteri itu sejak tahun lalu.

Surat itu itu menyebut:
“Kami amat percaya tidak memadai kita hanya mendengar janji-janji dari pihak SPRM, dan tindakan pihak polis harus diambil sekarang. Kini sudah terdapat banyak bukti mengenai kesalah Taib dan para konspiratornya, dan jika dibiarkan lebih lama, mereka yang dituduh itu akan menggunakan peluang untuk memusnahkan semua bukti dan menakut-nakutkan saksi-saksi kesalahan mereka itu, dan seterusnya mereka akan melarikan diri ke luar negara”.

Surat itu yang disokong oleh banyak bukti telah disusun dan mudah diakses oleh umum sejak beberapa lama, dan ini telah menyebabkan kerajaan Malaysia menjadi serba salah untuk bertindak.
Dengan adanya tempat di peringkat Persidangan Umum Menentang Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), Malaysia harus menjalankan siasatan dengan bantuan negara-negara luar. Kini Taib Mahmud dan aset-asetnya di Germany, Switzerland, UK dan Kanada sedang disiasat.

Surat itu juga diperkukuhkan lagi dengan bukti-bukti untuk menentang Taib berdasarkan harta-harta kekayaannya dan keluarganya, sejak beliau menjadi menteri 30 tahun yang lalu. Kumpulan NGO itu membuat gesaan berdasarkan bukti-bukti yang menyebut saham-saham Taib sekeluarga wujud dalam lebih 400 buah syarikat di 25 buah negara, dan harta kekayaan mereka kini mencecah $1.5 bilion yang terjana dari lebih 14 syarikatnya.

Dengan disokong oleh kumpulan NGO dari Malaysia sendiri, Australia, UK, Germany dan Jepun, surat itu menuduh dengan menyatakan bahawa kekayaan luar biasa yang terkumpul sebanyak itu hanya dapat dilakukan oleh sesiapa yang menjawat jawatan perkhidmatan awam/menteri “dengan cara melanggar undang-undang”.

Surat itu tidak mengecualikan ahli-ahli keluarga Taib yang lain termasuk empat orang anaknya, yang kini semuanya sudah dewasa dan sedar akan jenayah rasuah. Surat itu menyenaraikan ahli-ahli keluarganya yang beroleh keuntungan hasil dari konsesi hutan yang ditebang dan perampasan tanah-tanah NCR selama ini. Mereka itu termasuk sepupunya sendiri, juga selaku penasihat perniagaannya, Hamed Sepawi.

Surat itu juga menuduh syarikat terbesar di Sarawak, iaitu Cahya Mata Sarawak (CMS) yang dikendalikan oleh Taib sekeluarga dan juga syarikat Achi Jaya yang pernah dikendalikan oleh adiknya, Onn Mahmud, untuk tujuan menguruskan ekspot kayu ke luar negara. Sebuah lagi syartikat, Ta Ann, yang dikendalikan dan dimiliki oleh sepupunya, Hamed Sepawi, pernah menerima konsesi menebang hutan seluas 362,439 hektar dan mengusahakan ladang seluas 313,078 hektar.

Surat itu juga disokong oleh angka-angka dan rajah-rajah berserta nama-nama, alamat-alamat kediaman dan pejabat serta nombor-nombor telefon Taib Mahmud sekeluarga bagi membantu penangkapan mereka!

12 Dec 2011

“Isteriku Berbangsa Kanada!” – Sean Murray Mendedahkan Jamilah Taib mempunyai Dua Kerakyatan!

This post is also available in: English, Iban

Sean (Hisham) Murray, iaitu suami anak Taib Mahmud, Jamilah, telah dengan tidak sengaja menyebut isterinya mempunyai dua kerakyatan, suatu kesalahan yang menyalahi mana-mana undang-undang!

Di bawah undang-undang Barisan Nasional, sesiapa yang diikhtiraf berbangsa Malaysia dilarang memiliki dua passport, dan mereka dikehendaki menyerahkan kerakyatan Malaysia jika mereka telah menjadi rakyat negara asing.

Namun, pada minggu lalu Sean Murray telah menjelaskan pada TV di Kanada bahawa isterinya kini “berbangsa kanada”, walaupun diketahui bahawa Jamilah masih berstatus rakyat Malaysia seperti yang tercatat pada daftar syarikat-syarikat yang ada kaitan dengannya di negeri Sarawak.

Seperti yang diketahui umum di Malaysia, seseorang rakyat Malaysia amatlah diperlukan jika mereka hendak menjadi pemegang saham dan menjadi pengarah dalam sesebuah syarikat di Malaysia, kerana hampir semua kontrak kerajaan menghendakkan syarikat-syarikat tempatan berstatus “bumiputera”. Kami mendapati bahawa jamilah yang berusia 51 tahun itu masih mengakui dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia sebagaimana yang tercatat dalam daftar 87 buah syarikat miliknya di mana dia menjadi pemegang saham-saham dan juga pengarah. Apa yang lebih mengelirukan kita adalah bagaimana Jamilah Taib masih lagi seorang pengundi berdaftar untuk mana-mana pilihanraya di Malaysia! Pada sepucuk surat Sean Murray menjelaskan bahawa mereka suami-isteri tidak pernah memindahkan pelaburan mereka yang bernilai berjuta-juta ringgit kepada aset-aset mereka di Kanada, US, Australia dan UK.

“Kami berdua kini adalah warganegara Kanada. Isteri saya telah menetap di Kanada selama 30 tahun dan kami tidak ingin ditanya oleh sebarang pemberita atau penerbit mengenai hidup kami, perniagaan kami, saudara-mara kami dan hubungan kami dengan politik di Malaysia… kamu harus tahu bahawa kami tidak ingin mengambil bahagian dalam politik Malaysia, dan bercakap bagi pihak Ketua Menterinya” [Sean Murray]

Kenyataan yang bercanggah-canggah antara yang dikeluarkan di hadapan para pemberita mahupun dokumen-dokumen berkaitan di Malaysia, Seam Murray dan Jamilah kini harus menjelaskan status kewarganegaraan mereka. Setiap rakyat Sarawak dan pihak berkuasa di Malaysia mempunyai alasan mereka untuk mengetahui siapakah pemegang saham antara yang terbanyak, dan juga peraih keuntungan dari projek-projek kerajaan yang dibiayai oleh duit pembayar cukai.

Dalam surat Sean Murray yang ditujukannya kepada stesen TV yang juga disertakan dengan dokumen sah juga dipaparkan di skrin TV. Ini telah menambahkan lagi kekeliruan status kewarganegaraan sepasang suami isteri itu berkaitan dengan negeri Sarawak.

Pada sebuah lagi keterangannya untuk membidas hasil siasatan Sarawak Report mengenai syarikat Sakto di Ottawa, Kanada, yang mendakwa bahawa syarikat itu ditubuhkan oleh keluarga Taib, dan Ketua Menteri tidak pernah menyediakan modal untuk anaknya itu berniaga di luar negara.

Menurut pengakuan dari Seam Murray, isterinya tiada lagi hubungan dengan perniagaan di Malaysia. Malah para peguam yang mewakili Sean pula menuduh Sarawak Report yang mempunyai niat politik di Malaysia. Namun, kami mohon penjelasan apakah modal perniagaan Sarawak Report jika ianya berminat dengan urusan politik di Malaysia.
Kini kami semakin memperolehi bukti-bukti yang menunjukkan hubungan Sean dan Jamilah dengan rejim bapa mereka itu, dan perniagaan mereka di Sarawak berkembang jauh sehingga ke luar negara, sebagaimana yang cuba disembunyikan secara halus dalam surat-surat para peguamnya bahawa pelaburan mereka adalah ‘pasif’.

12 Dec 2011

Alan Friedman Dari FBC Media Dituduh Menghentikan Para Pekerjanya!

This post is also available in: English, Iban

Sarawak Report kini telah mendapat suatu maklumat mengenai skandal FBC Media, sebuah syarikat penerbitan media elektronik yang telah menerima bayaran berjuta-juta ringgit untuk mempromosikan Najib Razak, Taib Mahmud, ahli-ahli politik dalam BN serta tokoh-tokoh ladang kelapa sawit, dituduh menghentikan pekerjanya tanpa bernotis.

Salah seorang dari pekerja FBC Media yang telah dihentikan, menulis surat kepada Sarawak Report menyuarakan rasa kesal dan kecewanya terhadap sikap dan tindakan bosnya, Alan Friedman, yang bergelar jutawan itu.

Pekerja tersebut juga mangatakan mereka hanya sedar bahawa khidmat mereka tiba-tiba tidak diperlukan lagi ketika mereka tiba ti hadapan bangunan pejabat mereka pada pagi hari Isnin. Ketika itu juga mereka menyaksikan para tukang kunci sedang sibuk menukar kunci-kunci pejabat mereka. Alan Friedman telah menutup perniagaannya tanpa sebarang notis, dan tidak pula membayar gaji terakhir mereka. Ada pula di kalangan mereka yang malang itu sedang berhutang.
Alan Friedman yang menetap ti Rom berasaskan kekayaan yang terjana dari FBC Media, kini diketahui merancang untuk meninggalkan Itali, dan ini bermaksud bank-bank UK tidak akan dapat menagih hutang-hutangnya.

Menurut cerita dari orang dalam, Friedman sering menafikan semua tuduhan terhadapnya yang mengatakan dia telah melanggar undang-undang penyiaran dengan mereka-reka maklumat pelanggannya.

Di samping itu para pelanggannya CNBC dan BBC World telah menghentikan kontrak mereka melanggan maklumat, dan sebuah badan penguatkuasa undang-undang penyiaran UK, Ofcom kini sedang menjalankan siasatan mereka ke atas FBC Media.
Cerita penuh dalam Sarawak Report mengenai skandal FBC Media dan hubungannya dengan Taib Mahmud diletakkan dalam pautan “Dirty Tricks” laman web ini. Kami turut bersimpati dengan nasib malang yang menimpa setiap pekerja FBC Media yang dilucutkan jawatan mereka, walaupun mereka telah menyumbang tanpa mengira penat lelat sebelum ini.

12 Dec 2011

Lagi Nama Taib Dicemari Skandal Bell Pottinger Dari UK!

This post is also available in: English, Iban

Sekali lagi fitnah dan sumpah seranah dari Abdul Taib Mahmud memaki hamun Sarawak Report dan Radio Free Sarawak kini telah makan dirinya!
Tidak berapa lama dahulu Ketua Menteri Sarawak, serta menantunya Sean (Hisham) Murray telah didapati menyewa khidmat syarikat Bell Pottinger untuk meminda entri-entri dalam laman-laman web Wikipedia mengenai diri mereka, keluarga mereka, syarikat-syarikat milik mereka … dan juga Sarawak Report/Radio Free Sarawak! Bell Pottinger merupakan sekumpulan pemberita yang telah diketahui terlibat dalam suatu skandal yang mengejutkan ramai pihak di UK sejak hari Selasa minggu ini. Menurut suatu sumber lagi Bell Pottinger juga pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan berkaitan dengan bekas PM Britain Margaret Thatcher.

Sehubungan itu Bell Pottinger juga telah didapati mereka-reka berita yang mendakwa diri mereka ada akses kepada PM UK David Cameron untuk sesiapa yang ingin melobi Kerajaan British, suatu perkara yang memalukan Parti Conservative UK.
Kini skandal tersebut telah masuk hari ke-tiga di mana Bell Pottinger sanggup menerima upahan daripada Taib Mahmud dan menantunya Sean (Hisham) Murray untuk meminda entri-entri dalam laman-laman Wikipedia. Berita mengenai skandal itu telah diterbitkan dalam kebanyakan akhbar di UK diketuai oleh The Independent dan Bureau of Investigative Journalism. Bell Pottinger telah menggunakan sekurang-kurangnya sepuluh nama samaran untuk meminda entri-entri dalam Wikipedia, dan pelanggan utama mereka baru-baru ini adalah Abdul Taib Mahmud dan menantunya Sean Murray.
Senarai entri yang telah dipinda oleh Bell Pottinger yang menggunakan nama samaran ‘Biggleswick’ itu termasuk entri-entri mengenai Abdul Taib Mahmud, Sean Murray Ridgeford Properties (syarikat milik Taib sekeluarga di UK), Christopher Murray (sepupu Sean yang juga dilantik menjadi Pengarah untuk mengendalikan Ridgeford Properties), Sakto (syarikat milik Taib sekeluarga di Kanada), dan… Clare Rewcastle Brown, Editor blog ini dan juga selaku Penerbit stesen radio Radio Free Sarawak!

Kumpulan akhbar di UK telah mendapati bahawa pindaan maklumat yang positif mengenai Taib Mahmud, Sean Murray, Chris Murray dan syarikat-syarikat mereka yang dikendalikan oleh ‘Biggleswick’, mana kala maklumat Clare Rewcastle Brown, Sarawak Report dan Radio Free Sarawak telah dipinda menjadi negative. Pindaan negative itu turut meminta maklumat ‘yang salah di sisi undang-undang’ yang dijalankan oleh Radio Free Sarawak, sebuah stesen radio yang diterbitkan dalam bahasa Iban sebagai suatu alat kempen pembangkang untuk memberi maklumat kepada rakyat Sarawak berkaitan masalah tanah NCR dan masalah-masalah yang melanda orang-orang di kawasan pedalaman Sarawak. Semasa pilihanraya yang lalu, wakil Taib Mahmud, iaitu Abdul Karim Hamza telah dipetik sebagai berkata agar Editor blog Sarawak Report dan Penerbit Radio Free Sarawak seharusnya dikesan dan ditangkap. Ini telah secara langsung menyebabkan pengacara Radio Free Sarawak Peter John Jaban (yang dikenali dengan nama samarannya Papa Orang Utan) kini sedang bersembunyi di luar negerinya sendiri Sarawak.

Skandal Bell Pottinger adalah merupakan suatu strategi kempen untuk menentang kegiatan blog Sarawak Report dan Radio Free Sarawak. Pada pertengahan tahun ini Taib Mahmud telah didapati membelanjakan wang yang begitu banyak untuk menyewa khidmat FBC Media (yang kini sedang disiasat kerana mereka-reka berita tidak berasas) yang digunakannya untuk mendapat akses promosi di stesen-stesen TV terkemuka di dunia. Selain itu, kami juga mendapati bahawa Bell Pottinger juga menawarkan khidmat mereka kepada regim kerajaan Uzbekistan.

Bell Pottinger juga didapati melaporkan bagai mana syarikat-syarikat Taib Mahmud sekeluarga di luar negara dikendalikan, diketuai oleh menantunya, Sean Murray. Tetapi sebelum ini Seam (Hisham) Murray pernah bersungguh-sungguh menafikan dirinya terlibat dalam menguruskan syarikat-syarikat bapa mertuanya di luar negara. Kini, Sean Murray juga didapati berada di sebalik projek membina Menara Kuching, sebuah bangunan pencakar langit yang tertinggi di bandar Kuching Sarawak. Juga didapati, syarikat Ridgeford Properties mengeluarkan perbelanjaan untuk mengupah Bell Pottinger meminda segala maklumat dan entri dalam Wikipedia.

8 Dec 2011

Lagi Banyak Mengenai Hubungan Daya Syukra – Samling!

This post is also available in: English, Iban

Taib Mahmud telah bersungguh-sungguh mengelakkan diri dari menjawab soalan-soalan dari pihak pembakang di dewan parlimen negeri Sarawak berkaitan dengan kesalahan rasuah keluarganya dan kemudian memadamkan semua soalan itu dari rekod rasmi kerajaan.

Menjual plot tanah negeri yang bernilai RM225 juta kepada sebuah syarikat milik anak-anaknya dengan harga serendah RM2 juta sahaja merupakan suatu jenayah rasuah yang terang-terang.

Ingat, kerajaan yang diketuai oleh Abdul Taib Mahmud telah memperuntukkan sekecil RM3.47 juta untuk meringankan bebanan golongan termiskin terutamanya kaum Dayak di negeri Sarawak, yang suatu ketika dahulu negeri yang terkaya di Malaysia.

Kelemahan kedua Taib yang begitu ketara adalah beliau memang tidak menyedari bahawa masa telah beredar. Taktik lama yang beliau gunakan untuk menekan sesiapa kini sudah tidak berkesan lagi. YB Wong telah mendedahkan dalam soalannya bahawa pemilik bertuah Shoreline Development Sdn Bhd, telah amat gembira membayar RM2 juta untuk harga plot tanah seluas 90 ekar bagi pihak Plieran Sdn Bhd dan Sarawak Land Sdn Bhd. Pada suatu maklumat syarikat Plieran Sdn Bhd dikendalikan oleh KBE Malaysia Sdn Bhd yang dimiliki 60% oleh Daya Syukra Sdn Bhd milik anak-anaknya, Jamilah, Abu Bekir, Sulaiman dan Hanifah! Siapa lagi yang sama-sama memiliki saham-saham dalam KBE Malaysia Sdn Bhd? Mereka itu termasuk taukey kayu balak Yaw Teck Seng dari syarikat Samling dan Wan Morshidi bin Tuanku Abdul Rahman, iaitu sepupu kepada Taib.

Kini Sarawak Report boleh menuduh Abdul Taib Mahmud melakukan semua rasuah ini bercanggah kepentingannya selaku seorang menteri, dan beliau juga didapati berbohong. Beliau telah menyalah-gunakan kuasa menterinya untuk mendapatkan tanah-tanah untuk keluarganya yang sememangnya kaya raya. Semasa beliau ditemubual dalam sebuah rancangan TV, beliau mengatakan bahawa anak-anaknya menjadi kaya raya kerana mereka pandai-pandai belaka berbanding dengan orang lain.

Taib percaya bahawa beliau tidak dapat mencari alternative lain untuk membantu golongan miskin kerana menurut beliau mereka itu bodoh-bodoh belaka. Beliau begitu yakin duit bantuan yang disalurkan kepada rakyat yang miskin akan terbazir begitu sahaja kerana mereka bodoh-bodoh belaka. Maka mungkin itulah sebabnya beliau hanya sanggup menyalurkan RM3.45 juta untuk membantu keluarga miskin, dan memberikan RM200 juta kepada anak-anaknya yang dianggapnya pandai-pandai untuk mendapatkan tanah-tanah secara rasuah.

Mungkin kerana itu juga Taib sentiasa memaksa, merasuah dan menipu untuk memenangi setiap pilihanraya.

Plieran Sdn Bhd (yang dimiliki oleh keluarga Yaw berkongsi dengan anak-anak Taib) dengan syarikat Sarawak Land Sdn Bhd yang memegang saham terbesar dalam Borsamulu, suatu pusat Warisan Dunia yang berkontroversi dikendalikan Raziah Mahmud merampas tanah dari kaum Berawan dan Penan. Plieran Sdn Bhd juga menjalankan berniagaan dengan Raziah dan Robert Geneid pada banyak lagi kegiatan perniagaan di Miri. Antaranya termasuk Miri Properties dan pembangunan Marriott Hotel Miri.

Bersempena itu, Plieran Sdn Bhd juga didapati selaku pemegang saham terbesar dalam anak syarikat Samling, Lingui. Sekali lagi Taib dituduh bercanggah kepentingan tugas menterinya dengan kesalahan rasuah.

Sebagai mana telah dilaporkan Sarawak Report, sepupu Taib iaitu Hamed Sepawi, bomoh peribadinya Ahmad Suut dan sepupunya Wan Morshidi bin Tuanku Abdul Rahman, ketiga-tiga orang itu adalah pemegang saham terbesar dalam Samling Global, bersama-sama keluarga Yaw. Bagaimana chara mereka bertiga boleh menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat pembalakan yang terbesar di dunia? Mungkin mereka itu terlalu pandai, atau Taib sendiri yang menyalah-gunakan kuasa menterinya mengeluarkan lesen pembalakan dengancahar rasuah untuk keluarga Yaw dan Samling?

Terima kasih dan tahniah kepada Taib yang telah menggunakan kuasa menterinya untuk mendatangkan kekayaan kepada keluarganya dan juga kroni-kroninya di Sarawak.

7 Dec 2011

Dongengan Semata-Mata dari Taib!

This post is also available in: English, Iban

Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak pernah membesar-besarkan dasar perdagangan sebagai mana dikeluarkan oleh kumpulan Oxford Business Group. Laman web Ketua Menteri sendiri juga dengan angkuhnya mengakui para editor dari Oxford Business Group itu melaporkan kenyataan mengenai perdagangan secara terperinci bagi negeri Sarawak. Namun editor laporan yang dipertanggungjawab mereka-reka laporan itu adalah merupakan seorang editor majalah lucah, The Daily Sport yang pernah dibuang kerja pada awal tahun ini. Peter Grimsditch juga pernah dilucutkan dari jawatannya setelah pelancaran berita sukan ‘Porn King’ yang mengaitkan David Sullivan dalam tahun 1988.

Taib telah melancarkan suatu laporan ‘Country Report’ yang dikarang oleh OBG dalam bulan Oktober tahun ini di hotel Pullman, dan acara tersebut tidak sekalipun mendatangkan apa kesan yang ketara terhadap ekonomi negeri itu. ‘The Report Sarawak’ telah dilancarkan bagaikan suatu laporan yang berobjektif dan telah menerima pujian daripada para hadirin. Kami juga ingin menjemput para hadirin untuk menilai siasatan kami supaya mereka akan mendapat maklumat yang seimbang.

Najib dan juga para menteri perdagangannya telah bersetuju dengan perkara-perkara yang dibesar-besarkan oleh kumpulan OBG itu, terutamanya pendapat yang dikeluarkan oleh seorang pegawainya ketika ditemubual oleh agensi berita Bernama mengenai perdagangan makro Malaysia, seolah-olah pegawai OBG tersebut terlalu arif dalam bidangnya.

Sebagai contoh, Pengurus Rantau bagi OBG, Daniel Moore yang masih muda mentah itu ketika ditanya Bernama sempena pembentangan belanjawan Malaysia baru-baru ini didengar memuji-muji Model Ekonomi Baru Malaysia. Pada suatu kenyataan Moore juga didengar seolah-olah menyejukkan hati Najib dengan mengatakan Malaysia harus menyokong perkembangan pelancongan, perbankan Islam dan juga barang-barang halal.

‘The Report Sarawak 2011’ mengandungi temubual dengan kroni dan ahli-ahli keluarga Taib Mahmud sahaja! Mereka itu termasuk Taib sendiri, rakan niaga dan sepupunya sendiri, Hamed Sepawi, iparnya sendiri Robert Geneid, Jabu, Masing, Awang Tengah, pembantu perniagaannya Richard Curtis dari syarikatnya CMS, Pengurus Sarawak Energy Berhad Torstein Dale Sjotveit.

Setakat ini kata pujia-pujian yang dikeluarkan oleh kumpulan OBG tidak menampakkan hasil yang ketara dalam soal perdagangan di Sarawak. Kumpulan itu hanya didengar mengulang-ulang perkara yang lama dan lapuk sahaja.

Sekumpulan penyiasat kami dari Sarawak Report pernah menjalankan siasatan ke atas ibu pejabat Oxford Business Group yang mendakwa diri mereka telah mengeluarkan banyak laporan sejak 1994. Kumpulan ini tiada kaitan langsung dengan daerah Oxford atau pun Universiti Oxford yang terkemuka itu. Para penyiasat kami pula mendapati kumpulan OBG tidak memiliki ruang atau bangunan pejabat, walaupun para pekerja OBG sekali-sekala kelihatan keluar-masuk ke tempat itu.

Pengasas OBG, Michael Benson-Colpi didapati memiliki beberapa buah syarikat, termasuk St James Partnership, yang kini telah dibubarkan, Oxford Business Group (Reports) Limited, OBG Reports Limited, Oxford Business Group (London) Limited enggau Oxford Business Associates LLP, kesemuanya diwujudkannya dalam tahun 2010.

Dalam Country Report yang dikeluarkanya, kata-kata pujian sememangnya dihalakan kepada negara-negara yang sedang membangun walaupun dasar laporannya tidak telus. Dia hanya boleh diterima oleh perniagaannya sendiri, tetapi rakyat Malaysia dan Sarawak harus sedar bahawa dia sebenarnya telah diperalatkan oleh Taib dan Najib bagi kepentingan PR mereka, dan bukannya secara jujur memberikan penilaian perdagangan negeri itu.

6 Dec 2011

Disimpan untuk Keluarganya! Bagai mana Taib Mengawal CMS Dengan Cara Rasuah

This post is also available in: English, Iban

Siasatan Sarawak Report terbaru mendedahkan lebih banyak bukti bagai mana Taib yang pernah mengakui “beliau (sekeluarga) memang tiada perniagaan di dalam negeri Sarawak” adalah suatu pembohongan semata-mata.

Kami kini berani menggelarkannya sebagai “Ketua Samseng” yang mengawal ke semua sahamnya dalam syarikat gergasinya CMS di negeri Sarawak.

Cara perniagaan ala-Mafia

Dengan menggunakan kedudukan dan kuasanya sebagai Menteri Kewangan dan juga Ketua Menteri Sarawak beliau telah berjaya mengubah status syarikat-syarikat milik kerajaan negeri seperti PPES, Steel Industries Sarawak dan PCMS dijual dengan harga yang sangat rendah kepada syarikat gergasinya CMS. Selepas itu saham-saham di situ diagih-agih kepada ahli-ahli keluarga. Ini telah menjadikan keluarganya berkuasa penuh atas CMS sejak 1996! Bukti yang terkini kami temui adalah berdasarkan pemindahan saham-saham dalam CMS. Taib juga diketahui berkuasa sepenuhnya ke atas semua saham dalam CMS. Bagi menyembunyikan dirinya berkuasa penuh dalam CMS Taib telah melantik ahli-ahli keluarganya menjawat jawatan-jawatan utama dalam syarikat itu.

Onn Mahmud

Dalam beberapa dokumen didedahkan bagai mana pada permulaan perniagaannya, ketika anak-anaknya masih lagi menuntut, orang yang dilantiknya untuk memegang saham-saham yang besar jumlahnya dan juga menjadi Pengarah dalam CMS adalah saudaranya sendiri, Onn Mahmud. Onn telah bertindak sebagai proksinya sehingga mereka bersengketa dalam tahun 2003. Menurut rekod CMS pada sekitar bulan April 2002 Onn Mahmud yang menjawat jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan pernah memegang 30% saham dalam CMS. Pada waktu itu kedua-dua anak lelakinya Sulaiman dan Abu Bekir pula memegang 12% saham setiap seorang.

Tetapi individu yang bertindak sebagai pemilik utama saham di situ adalah Abdul Taib Mahmud sendiri. Pemindahan saham-saham dan beberapa jawatan pada 2003, setelah persengketaannya dengan Onn adalah amat ketara. Onn didapati memegang saham yang sedikit tetapi anak-anak Taib pula memperolehi 44,925,102 saham pada masa yang sama.

Laila sebagai pemegang saham yang terbesar dalam CMS

Laporan-laporan dari CMS menunjukkan perpindahan saham-saham yang berjumlah besar dimasukkan ke dalam pegangan isterinya, Laila. Jawatan adiknya Onn diganti oleh anaknya Sulaiman sebagai Pengerusi Kumpulan, seorang pemuda yang meminati permotoran. Pada ketika itu juga Sulaiman adalah Pengerusi RHB Bank yang dikawal oleh Taib.

Setelah itu saham-saham berpindah dari anak-anak lelaki kepada anak-anak perempuannya!

Taib tidak membiarkan dua orang anak lelakinya memegang saham-saham yang banyak dalam CMS. Rekod-rekod syarikat ada menunjukkan pada taun 2007 syarikat Marjaharta dipindahkan supaya dikawal oleh anak-anak perempuannya Jamilah Taib dan Hanifah Taib. Proses ini telah menjadikan keempat-empat orang anaknya mendapat bahagian saham yang sama banyak jumlahnya dalam CMS mana kala isterinya adalah pemegang saham terbesar. Tidak lama selepas itu Syed Ahmad Alwee Asree, berbangsa Singapura yang memperisterikan anaknya Hanifah Taib dalam tahun 2002 mula memasuki CMS dan terus menjadi Pengurus Besar Kumpulan – yang mengawal Sumber Manusia. Maka, siapakah yang paling utama dalam CMS yang sentiasa berubah-ubah pengendaliannya? Sudah tentulah Abdul taib Mahmud sendiri.

Perniagaan yang dibelengu oleh maksiat rasuah!

Syarikat CMS telah disenaraikan sebagai syarikat awam dalam Bursa Saham Kuala Lumpur, yang diharuskan bertanggungjawab memberikan keuntungan kepada setiap pemegang saham-sahamnya. Kita akan terkejut dengan senarai nama syarikat yang menjadi peraih keuntungan dari kontrak-kontrak CMS sebagai mana dilaporkan mereka dalam tahun 2002.

Antara syarikat-syarikat yang disenaraikan yang bernaung di bawah CMS adalah: Achi Jaya Industries Sdn Bhd, Achi Jaya Holdings Sdn Bhd, Satria Realty, Asterix Incorporated Sdn Bhd, Insurepo Sdn Bhd, Wisma Printing Sdn Bhd, Sarawati Sdn Bhd, Centigrade Resources Sdn Bhd, Grogrow Sdn Bhd, Trans Dimension Sdn Bhd, Duta Bistari Sdn Bhd, Alpha Jelita Sdn bhd, Alpha Mantra Sdn Bhd, Alpha Wira Sdn Bhd, Mylink Communications Sdn Bhd, Bormill Line Sdn Bhd, Lanco Shipping Sdn Bhd, Hager Elektronik Sdn Bhd, Automobili Sdn Bhd, Bank Utama Bhd. Syarikat-syarikat itu menjalankan pelbagai-bagai urusan bagi pihak CMS, seperti sewaan bangunan, sewaan tapak, perkapalan, pengangkutan, minyak, percetakan, insurans, khidmat siaran radio, computer dan pembaikian kenderaan!

Ahli-ahli keluarganya yang terlibat dalam syarikat-syarikat itu termasuklah anak-anaknya Sulaiman dan Abu Bekir, saudara-saudaranya seperti Onn Mahmud, Tufail Mahmud, Arip Mahmud, Zaleha Mahmud, Fredahanam Mahmud, Ibrahim Mahmud, Raziah Mahmud (dan suaminya, Robert Geneid) dan ahli-ahli keluarganya yang lain.

5 Dec 2011

Lebih Kaya dari Permaisuri! Disiarkan di TV Terkemuka di Kanada, Sementara Kekayaan Taib didedahkan

This post is also available in: English, Iban

Kerana telah marahkan laporan-laporan kami Sean (Hisham) Murray, iaitu suami kepada Jamilah Taib telah mencabar kami. Laporan itu telah diterbitkan sebelum Yayasan Bruno Manser menerbitkan senarai hitam nama syarikat-syarikat keluarga Taib Mahmud. Kini senarai nama syarikat-syarikat keluarganya masih boleh diperolehi di laman-laman web.

Dalam laporan “Hentikan Rasuah Dari Pembalakan” yang diterbitkan oleh BMF, ianya ada mendedahkan keterangan mengenai kegiatan perniagaan keluarga Taib di Sarawak, Malaysia dan di tempat-tempat lain. BMF mengatakan bahawa keluarga memiliki saham-saham dalam tidak kurang dari 330 syarikat di seluruh Malaysia sahaja. Selain di Malaysia keluarga Taib juga mempunyai tidak kurang dari 80 buah syarikat di 25 negara di seluruh dunia termasuk Australia, UK, US, Kanada, New Zealand, Jersey, Hong Kong, British Virgin Islands, Fiji, Cayman Islands, Indonesia, India, Saudi Arabia, Labuan, Cambodia, Brunei, China, Philippines, Singapore, Sri Lanka, Thailand, United Arab Emirates dan Vietnam!

BMF hanya mengakui bahawa siasatan itu berdasarkan keterangan yang diperolehi dari Pejabat Pendaftar Syarikat-syarikat di Malaysia dan juga dari pejabat pendaftar syarikat-syarikat di luar negara.

Hasil dari Kegiatan Rasuah

Adalah jelas bahawa syarikat-syarikat milik keluarga Taib memperolehi keuntungan dan habuan mereka menerusi pemberian kontrak-kontrak dan geran-geran tanah dari kerajaan negeri Sarawak. Adalah sukar juga untuk menafikan bahawa kekayaan Taib adalah hasil dari kegiatan haram rasuah ketika beliau menjawat jawatan Ketua Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Sumber Asli Sarawak!

Kekayaan Taib dan keluarganya sememangnya dari kekayaan sumber asli negeri Sarawak, milik orang Sarawak, yang telah ditipu oleh Ketua Menteri mereka sendiri. Sarawak juga mempunyai simpanan minyak yang banyak yang tetap dirahsiakan oleh parti BN di Malaysia!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diarahkan untuk menyiasat dan mendakwa Taib Mahmud, tetapi suruhanjaya itu juga dihalang untuk menggugat parti BN yang 100% menguasai undi kerajaan pusat di negeri Sarawak.

Kini parti BN telah selesai dengan kelulusan rang undang-undang untuk menghalang sebarang perhimpunan melebihi 3 orang di tempat umum tanpa kebenaran! Hakikat seperti ini amat memalukan kerajaan Malaysia sendiri apatah lagi setelah kebangkitan perhimpunan secara aman kelolaan Bersih 2 yang lalu.

Bangkitlah, rakyat Sarawak! Kini tiba masanya Abdul Taib Mahmud menjadi tanggungjawab anda, dan jangan biarkan parti BN dari semenanjung menjadikan anda bagaikan budak kecil. Jom! Kita berkas Taib Mahmud!

  • anynomous

    Queen Elizabeth, 85, dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai $500 juta atau RM1.5 bilion berdasarkan 'Sunday Times Rich List'. Kekayaan beliau adalah dari pegangan harta termasuk Istana Balmoral di Scottish Highlands, ladang ternakan, ladang buah, taman air di seluruh U.K. Tambahan lagi dengan hasil seni dan barang kemas serta hasil pengumpulan setem terbesar dunia yang diperoleh dari datuknya.

    Itu tidak termasuk lagi dengan asset yang dimiliki Crown Estate yang dia dapat sebagai seorang permaisuri, hartanah iaitu Istana Buckingham bernilai $10 juta serta hasil seni diraja. Permaisuri Elizabeth juga menerima bayaran tahunan sebanyak $12.9 MILLION.

    Sila sertakan laporan BMF sebagai bukti yang boleh kami baca.

    Rujukan ; http://www.therichest.org/most-influential/queen-

    • nightmare

      ceh..kerajaan sekarang mana nak pentingkan rakyat..cuma nak ambil untung dr rakyat dan tanah rakyat untuk kepentingan keluarga dorg…sebab org kaya adalah bodoh..tidak pernah pintar dari segi aspek lain..sebab itu la sy benci kerajaan Malaysia…

      • hewhewhew

        benci,benci pun ntah2 dalam diam amik jugak elaub bantuan kerajaan bagi.ptuihh..bagi bukti dulu la woi

        • YgBenar

          apa salahnya ambik duit elaun tu?duit tu dari cukai rakyat,mmg dah jadi hak setiap rakyat. Bukannya duit tu dari harta mak bapak najib atau taib mahmud.Dorg yang yg selalu curi duit rakyat bagi anak bini dia makan.lain kali belajar dulu ttg hak rakyat sebelum buat komen

        • besut

          daa nama pn kerajaan…dia bg kita ambik…bodoh la klu x ambik…dasar bodoh sombong..! klu pakatan mng PRU nie agak2 ko ambik x duit bantuan klu dia bg…puiii

  • sarasul

    Orang Melayu memilih pemimpin Melayu kerana diharap boleh membantu bangsa Melayu. Orang Melayu yang beragama Islam sepatutnya bertakwa (IT-TAKULLAH), jujur, amanah, adil, bermaruah dan berintegriti, dan tidak mementingkan diri sendiri dan kaum keluarga sendiri sahaja. Rupa-rupanya pemimpin yang orang Melayu pilih di Sarawak selama 30 tahun itu seorang orang pempimpin bukan Melayu( Melay-no). yang sedikitpun tidak memiliki ciri-ciri kepemimpinan Melayu-Islam, hanya bertopeng sahaja. Sekarang sudah nyata pemimpin yang orang Melayu Sarawak pilih selama 30 tahun ini adalah seorang penipu terbesar, seorang penyangak paling rakus dan seorang perompak negeri yang terkejam. Kalaulah orang Melayu Sarawak masih lagi memilihnya dalam pilihan raya akan datang, sememangnyalah orang Melayu Sarawak sengaja mencari nahas dan bahlol.

  • anti penindasan

    Tidak mengapa biar lah taib mahmud hidup buat selama lamanya dgn kekayaan di dunia tetapi awas mata yang melihat setiap perbuatannya kebenaran pasti akan terbongkar. Surga hanya utk orang yang bersyukur neraka jahanam utk orang yang tamak dan menindas hak orang lain serta mengamalkan ilmu hitam utk tujuan kebal

5 Dec 2011

Hubungan Taib dengan Kegiatan Pembalakan – Lagi Banyak Kaitannya Dengan Kroni-Kroni yang Besar

This post is also available in: English, Iban

Inilah masanya peraturan dan undang-undang patut digunakan untuk membantu kaum Penan di Sarawak meneruskan usaha mereka menghalang pencerobohan dan pemusnahan hutan hujan tropika mereka dari diganggu-gugat oleh kroni-kroni pembalakan yang bersekongkol dengan Taib Mahmud.

Selain itu, kroni-kroni itu merestui para pembalak dengan zalimnya merobohkan bloked-bloked yang didirikan oleh kaum Penan yang bermati-matian melindungi kawasan mereka.

Tamak dan Gila Kuasa

Hakikat itu berlaku kerana Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud mengidap penyakit otak dan ketamakan yang semakin serius kini.

Seperti mana pernah kami laporkan dalam laman web kami, Taib telah berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan perniagaannya sendiri berlandaskan aktiviti menebang hutan, membuka ladang sawit yang luas-luas menggunakan hasil kekayaan sumber asli Sarawak.

Sarawak Report juga pernah melaporkan mengenai hubungan syarikat gergasi Samling dengan keluarga Taib. Semua syarikat-syarikat kroni dimestikan untuk menyuap dengan menggunakan wang suapan yang besar jumlahnya untuk mendapatkan lesen dan konsesi pembalakan dari Taib Mahmud.

Kini kami boleh melaporkan bagaimana WTK ada menyenaraikan nama Abdul Taib Mahmud sebagai pemegang terbesar saham-saham di dalam syarikat itu. Dengan bertindak sebagai pemegang terbesar saham-saham dalam syarikat itu, bermakna Abdul Taib Mahmud sudah tentunya menjadi peraih keuntungan dari setiap pokok yang ditebang oleh WTK.

Kita bermula dengan syarikat Marjaharta, sebuah syarikat yang memegang saham paling besar dalam CMS di mana kita mendedahkan Taib sememangnya pemegang terbesar saham dalam WTK.

Di peringkat permulaan penubuhan Marjaharta yang dipengerusikan oleh saudaranya Onn Mahmud, tetapi selang beberapa ketika diserahkan kepada anak-anak lelaki Taib dalam tahun 2003 setelah Taib dan Onn bersengketa. Jamilah juga pernah mengakui bahawa dia “tidak pernah aktif sepenuhnya dalam kegiatan pelaburan di Sarawak”, tetapi Marjaharta tetap melabur dalam WTK yang kian rancak meranapkan hutan hujan tropika di Sarawak.

Seorang lagi saudara Taib, Tufail Mahmud, pula menjadi salah seorang pengarah dalam syarikat Song Logging, iaitu anak syarikat kepada WTK. Kami juga pernah melaporkan bagai mana Tufail Mahmud dianugerahkan saham-saham percuma daripada syarikat Sanyan, yang digunakannya untuk menyembunyikan kegiatan proksinya dengan Taib Mahmud.

Kaitan dengan Syarikat AIG

Kerisauan semakin menjadi setelah mengetahui kiatan sebuah syarikat gergasi insurans AIG dari Amerika di dalam WTK dengan Taib Mahmud yang memusnahkan alam sekitar Sarawak. Ini merupakan suatu jenayah yang amat berat.

Pemegang saham ke-4 terbesar selama beberapa tahun dikendalikan oleh AIG menerusi suatu akaun untuk menyelewengkan wang masuk ke British Islands. AIG Goldflow, yang namanya telah ditukar kepada Pinebridge Goldflow (bernaung di bawah AIG) baharu sahaja dijual kepada sebuah lagi syarikat pelaburan, Pacific Century Group.

Abdul Taib Mahmud pernah didengar mengungkapkan kata-kata, “Saya ada wang lebih dari yang dapat saya belanjakan” – kata-kata yang telah dirakamkan.
Begitu juga Taib Mahmud harus membayar kaum Penan yang telah bersusah-payah menjaga hutan dara, bukan untuk kepentingan mereka sendiri, malah agar dapat dilihat dan dinikmati oleh para pelancong dari luar negara.

Kepulauan Borneo kini dilanda musibah kehilangan kecantikan alam sekitar dengan begitu pantas.