Lagi Banyak Mengenai Hubungan Daya Syukra – Samling!

Taib Mahmud telah bersungguh-sungguh mengelakkan diri dari menjawab soalan-soalan dari pihak pembakang di dewan parlimen negeri Sarawak berkaitan dengan kesalahan rasuah keluarganya dan kemudian memadamkan semua soalan itu dari rekod rasmi kerajaan.

Menjual plot tanah negeri yang bernilai RM225 juta kepada sebuah syarikat milik anak-anaknya dengan harga serendah RM2 juta sahaja merupakan suatu jenayah rasuah yang terang-terang.

Ingat, kerajaan yang diketuai oleh Abdul Taib Mahmud telah memperuntukkan sekecil RM3.47 juta untuk meringankan bebanan golongan termiskin terutamanya kaum Dayak di negeri Sarawak, yang suatu ketika dahulu negeri yang terkaya di Malaysia.

Kelemahan kedua Taib yang begitu ketara adalah beliau memang tidak menyedari bahawa masa telah beredar. Taktik lama yang beliau gunakan untuk menekan sesiapa kini sudah tidak berkesan lagi. YB Wong telah mendedahkan dalam soalannya bahawa pemilik bertuah Shoreline Development Sdn Bhd, telah amat gembira membayar RM2 juta untuk harga plot tanah seluas 90 ekar bagi pihak Plieran Sdn Bhd dan Sarawak Land Sdn Bhd. Pada suatu maklumat syarikat Plieran Sdn Bhd dikendalikan oleh KBE Malaysia Sdn Bhd yang dimiliki 60% oleh Daya Syukra Sdn Bhd milik anak-anaknya, Jamilah, Abu Bekir, Sulaiman dan Hanifah! Siapa lagi yang sama-sama memiliki saham-saham dalam KBE Malaysia Sdn Bhd? Mereka itu termasuk taukey kayu balak Yaw Teck Seng dari syarikat Samling dan Wan Morshidi bin Tuanku Abdul Rahman, iaitu sepupu kepada Taib.

Kini Sarawak Report boleh menuduh Abdul Taib Mahmud melakukan semua rasuah ini bercanggah kepentingannya selaku seorang menteri, dan beliau juga didapati berbohong. Beliau telah menyalah-gunakan kuasa menterinya untuk mendapatkan tanah-tanah untuk keluarganya yang sememangnya kaya raya. Semasa beliau ditemubual dalam sebuah rancangan TV, beliau mengatakan bahawa anak-anaknya menjadi kaya raya kerana mereka pandai-pandai belaka berbanding dengan orang lain.

Taib percaya bahawa beliau tidak dapat mencari alternative lain untuk membantu golongan miskin kerana menurut beliau mereka itu bodoh-bodoh belaka. Beliau begitu yakin duit bantuan yang disalurkan kepada rakyat yang miskin akan terbazir begitu sahaja kerana mereka bodoh-bodoh belaka. Maka mungkin itulah sebabnya beliau hanya sanggup menyalurkan RM3.45 juta untuk membantu keluarga miskin, dan memberikan RM200 juta kepada anak-anaknya yang dianggapnya pandai-pandai untuk mendapatkan tanah-tanah secara rasuah.

Mungkin kerana itu juga Taib sentiasa memaksa, merasuah dan menipu untuk memenangi setiap pilihanraya.

Plieran Sdn Bhd (yang dimiliki oleh keluarga Yaw berkongsi dengan anak-anak Taib) dengan syarikat Sarawak Land Sdn Bhd yang memegang saham terbesar dalam Borsamulu, suatu pusat Warisan Dunia yang berkontroversi dikendalikan Raziah Mahmud merampas tanah dari kaum Berawan dan Penan. Plieran Sdn Bhd juga menjalankan berniagaan dengan Raziah dan Robert Geneid pada banyak lagi kegiatan perniagaan di Miri. Antaranya termasuk Miri Properties dan pembangunan Marriott Hotel Miri.

Bersempena itu, Plieran Sdn Bhd juga didapati selaku pemegang saham terbesar dalam anak syarikat Samling, Lingui. Sekali lagi Taib dituduh bercanggah kepentingan tugas menterinya dengan kesalahan rasuah.

Sebagai mana telah dilaporkan Sarawak Report, sepupu Taib iaitu Hamed Sepawi, bomoh peribadinya Ahmad Suut dan sepupunya Wan Morshidi bin Tuanku Abdul Rahman, ketiga-tiga orang itu adalah pemegang saham terbesar dalam Samling Global, bersama-sama keluarga Yaw. Bagaimana chara mereka bertiga boleh menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat pembalakan yang terbesar di dunia? Mungkin mereka itu terlalu pandai, atau Taib sendiri yang menyalah-gunakan kuasa menterinya mengeluarkan lesen pembalakan dengancahar rasuah untuk keluarga Yaw dan Samling?

Terima kasih dan tahniah kepada Taib yang telah menggunakan kuasa menterinya untuk mendatangkan kekayaan kepada keluarganya dan juga kroni-kroninya di Sarawak.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments