Lagi Nama Taib Dicemari Skandal Bell Pottinger Dari UK!

Sekali lagi fitnah dan sumpah seranah dari Abdul Taib Mahmud memaki hamun Sarawak Report dan Radio Free Sarawak kini telah makan dirinya!
Tidak berapa lama dahulu Ketua Menteri Sarawak, serta menantunya Sean (Hisham) Murray telah didapati menyewa khidmat syarikat Bell Pottinger untuk meminda entri-entri dalam laman-laman web Wikipedia mengenai diri mereka, keluarga mereka, syarikat-syarikat milik mereka … dan juga Sarawak Report/Radio Free Sarawak! Bell Pottinger merupakan sekumpulan pemberita yang telah diketahui terlibat dalam suatu skandal yang mengejutkan ramai pihak di UK sejak hari Selasa minggu ini. Menurut suatu sumber lagi Bell Pottinger juga pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan berkaitan dengan bekas PM Britain Margaret Thatcher.

Sehubungan itu Bell Pottinger juga telah didapati mereka-reka berita yang mendakwa diri mereka ada akses kepada PM UK David Cameron untuk sesiapa yang ingin melobi Kerajaan British, suatu perkara yang memalukan Parti Conservative UK.
Kini skandal tersebut telah masuk hari ke-tiga di mana Bell Pottinger sanggup menerima upahan daripada Taib Mahmud dan menantunya Sean (Hisham) Murray untuk meminda entri-entri dalam laman-laman Wikipedia. Berita mengenai skandal itu telah diterbitkan dalam kebanyakan akhbar di UK diketuai oleh The Independent dan Bureau of Investigative Journalism. Bell Pottinger telah menggunakan sekurang-kurangnya sepuluh nama samaran untuk meminda entri-entri dalam Wikipedia, dan pelanggan utama mereka baru-baru ini adalah Abdul Taib Mahmud dan menantunya Sean Murray.
Senarai entri yang telah dipinda oleh Bell Pottinger yang menggunakan nama samaran ‘Biggleswick’ itu termasuk entri-entri mengenai Abdul Taib Mahmud, Sean Murray Ridgeford Properties (syarikat milik Taib sekeluarga di UK), Christopher Murray (sepupu Sean yang juga dilantik menjadi Pengarah untuk mengendalikan Ridgeford Properties), Sakto (syarikat milik Taib sekeluarga di Kanada), dan… Clare Rewcastle Brown, Editor blog ini dan juga selaku Penerbit stesen radio Radio Free Sarawak!

Kumpulan akhbar di UK telah mendapati bahawa pindaan maklumat yang positif mengenai Taib Mahmud, Sean Murray, Chris Murray dan syarikat-syarikat mereka yang dikendalikan oleh ‘Biggleswick’, mana kala maklumat Clare Rewcastle Brown, Sarawak Report dan Radio Free Sarawak telah dipinda menjadi negative. Pindaan negative itu turut meminta maklumat ‘yang salah di sisi undang-undang’ yang dijalankan oleh Radio Free Sarawak, sebuah stesen radio yang diterbitkan dalam bahasa Iban sebagai suatu alat kempen pembangkang untuk memberi maklumat kepada rakyat Sarawak berkaitan masalah tanah NCR dan masalah-masalah yang melanda orang-orang di kawasan pedalaman Sarawak. Semasa pilihanraya yang lalu, wakil Taib Mahmud, iaitu Abdul Karim Hamza telah dipetik sebagai berkata agar Editor blog Sarawak Report dan Penerbit Radio Free Sarawak seharusnya dikesan dan ditangkap. Ini telah secara langsung menyebabkan pengacara Radio Free Sarawak Peter John Jaban (yang dikenali dengan nama samarannya Papa Orang Utan) kini sedang bersembunyi di luar negerinya sendiri Sarawak.

Skandal Bell Pottinger adalah merupakan suatu strategi kempen untuk menentang kegiatan blog Sarawak Report dan Radio Free Sarawak. Pada pertengahan tahun ini Taib Mahmud telah didapati membelanjakan wang yang begitu banyak untuk menyewa khidmat FBC Media (yang kini sedang disiasat kerana mereka-reka berita tidak berasas) yang digunakannya untuk mendapat akses promosi di stesen-stesen TV terkemuka di dunia. Selain itu, kami juga mendapati bahawa Bell Pottinger juga menawarkan khidmat mereka kepada regim kerajaan Uzbekistan.

Bell Pottinger juga didapati melaporkan bagai mana syarikat-syarikat Taib Mahmud sekeluarga di luar negara dikendalikan, diketuai oleh menantunya, Sean Murray. Tetapi sebelum ini Seam (Hisham) Murray pernah bersungguh-sungguh menafikan dirinya terlibat dalam menguruskan syarikat-syarikat bapa mertuanya di luar negara. Kini, Sean Murray juga didapati berada di sebalik projek membina Menara Kuching, sebuah bangunan pencakar langit yang tertinggi di bandar Kuching Sarawak. Juga didapati, syarikat Ridgeford Properties mengeluarkan perbelanjaan untuk mengupah Bell Pottinger meminda segala maklumat dan entri dalam Wikipedia.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments