Rahsia dari Swiss!

Taib masih belum menerima sebarang respon dari Kerajaan Swiss semalam. Semasa memberikan respon kepada soalan dari ahli MP Maya Graf dalam Parlimen Persekutuan Bern, Menteri Kewangan Swiss, Evelyn Widmer Schlum, gagal mengeluarkan apa-apa jawapan yang munasabah!

Menurut Widmer, badan pemantau kewangan Swiss iaitu FINMA dijangkakan tidak dapat mengeluarkan hasil-hasil siasatan ke atas aset-aset Taib, berteraskan undang-undang kerahsiaan Swiss.
Tetapi FINMA “akan memberitahu individu yang disiasat” mengenai hasil-hasil siasatan mereka.
Kumpulan individu yang sangat memerlukan laporan siasatan itu, dijangkakan adalah keluarga Taib, dan juga Kerajaan Malaysia. Tetapi bagaimana pula rakyat negeri Sarawak, yang telah dan sedang kehilangan tanah bernilai berbilion-bilion ringgit setelah dirampas oleh Ketua Menteri dan diberikannya kepada ahli-ahli keluarga, termasuk konsesi-konsesi dan kontrak?

Menteri Kewangan Swiss enggan menyokong maklumat Taib yang menafikan bahawa beliau mempunyai simpanan kekayaan di negara tersebut. “Saya tidak berpuas hati kerana kerajaan Swiss tetap merahsiakan kekayaan individu-individu yang melakukan rasuah di negara-negara yang ditadbir oleh kerajaan yang lemah. Tiada gunanya kita mengadu mengenai kemusnahan hutan tropika dunia selagi negara-negara barat membantu keluarga-keluarga yang korup seperti keluarga Taib yang memperkayakan diri mereka dengan menebang pokok-pokok.”

Ramai yang berpendapat bahawa komen-komen Taib semasa persidangan DUN yang lalu adalah tersusun dan teratur, di mana beliau telah menafikan bahawa beliau tiada simpanan aset di Switzerland sekarang, tetapi bukannya dahulu.

Tetapi di negara Monaco yang ditadbir Putera Albert, cukai yang rendah ke atas simpanan dan undang-undang yang baik, telah menarik ramai penyimpan ke negaranya, termasuk keluarga Taib.
Pertubuhan Prince Albert Foundation (yang kononnya menyokong kempen pemeliharaan alam sekitar!) merupakan penerima biayaan terbanyak dari keluarga Taib, termasuk sekeping cek peribadi dari Taib bernilai 100,000 euro, yang diberi Taib semasa majlis pertunjukan fesyen di Monaco pada tahun lalu. Selain itu Taib juga dikatakan membiayaan lawatan rombongan Putera Albert ke Mulu National Park.

Keluarga yang membiayai Kallakis, setidak-tidaknya akan mengharapkan mereka tidak lagi menyimpan kekayaan mereka di Switzerland.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments