Jurucakap Parti Conservative UK Berlakon Dalam Video Mempromosikan Sime Darby!

Bekas jurucakap alam sekitar parti Conservative UK, Bill Wiggin, telah bersetuju menjadi pelakon dalam video untuk mempromosikan syarikat Sime Darby, setelah lawatan eksklusifnya ke Malaysia dibiayai oleh syarikat itu.

Gergasi Kelapa Sawit yang diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam, telah didedahkan sebagai klien kepada FBC Media, sebuah syarikat perhubungan awam (PR) Britain yang dibelengu skandal rasuah, yang kini telah diharamkan penerbitan mereka di Sarawak dan Malaysia setelah kami mendedahkan kegiatan haram mereka suatu ketika dahulu.

FBC Media pernah suatu ketika dahulu mendabik dada mengakui bahawa mereka telah berjaya ‘melahirkan’ orang-orang terkenal sebagai ‘duta’ kepada Sime Darby, yang kini giat berusaha membersihkan imej mereka setelah mereka dicemuh oleh masyarakat antarabangsa kerana merosakkan alam sekitar.

Syarikat Sime Darby telah menyenaraikan nama Bill Wiggin, seorang Menteri Alam Sekitar Bayangan dari parti Conservative sehingga pertengahan 2010, menjadi salah seorang duta dalam arena politik.

Petikan temuramah bersama Wiggin kemudiannya digunakan oleh Ryan Meltzer, seorang pemberita FBC Media untuk mempromosikan Sime Darby secara haram dalam rancangan World Business CNBC, dalam sebuah pakej berserta laporan yang kelihatan tulen mengenai minyak kelapa sawit. Sebenarnya Sime Darby adalah pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia dengan kawasan ladangnya di seluruh Borneo yang dahulunya hutan dara yang subur. Wiggin kelihatan faham akan peranannya sebagai jurucakap yang dipergunakan oleh Sime Darby untuk mendapatkan pensijilan kegiatan perladangan secara berterusan untuk menarik penggunaan UK dan negara-negara lain.

Laporan Bill Wiggin yang mewakili Sime Darby amatlah ketara berat sebelah dan kurang berobjektif atau tidak seimbang. Wiggin tidak memberikan bukti-bukti kukuh bahawa dia pernah mendalami isu yang dia kemukakan, selain menyebut segala sesuatu yang diarahkan oleh Sime Darby.

Kita mendapati bahawa Wiggin tidak menjalankan sebarang kajian sendiri bagaimana keadaan sebenar kerosakan alam sekitar di Sabah dan Sarawak yang telah dicetuskan oleh Sime Darby sejak beberapa tahun ini.

Bill Wiggin bukanlah seorang dari orang-orang ternama yang dipergunakan oleh FBC Media mempromosikan Sime Darby, tetapi ramai lagi klien dari Malaysia. Jayson Clay dari pertubuhan WWF juga disenaraikan oleh FBC Media untuk mempromosikan Sime Darby. Malah, individu-individu kenamaan yang lain yang dijadikan alat promosi Sime Darby termasuk Perdana Menteri Britain, David Cameron!

Cameron juga dilihat menyertai forum yang melibatkan Sime Darby dan dianjurkan oleh Ahli Parlimen parti Conservative Andrew Clumpsty, yang juga disenaraikan oleh jaringan kenalan dalam FBC Media.

Pada penghujung tahun lalu Sarawak Report pernah mengutuskan sebuah emel kepada Bill Wiggin untuk bertanyakan pendapatnya mengenai ketulenan pengakuan FBC Media yang melantiknya sebagai ‘duta’ kepada Sime Darby, dan juga menyoalnya mengenai rekod alam sekitar syarikat itu. Namun, sehingga kini Wiggin belum lagi memberi respon kepada emel kami itu.

Kami juga mempersoalkan pujian-pujian Wiggin mengenai kewujudan sekolah yang dikhaskan untuk anak-anak pekerja asing dalam ladang-ladang Sime Darby.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments