18 Jan 2012

Taib Disaman Para Pengundinya Sendiri

This post is also available in: English, Iban

Baru-baru ini Ketua Menteri Sarawak dimalukan kerana dituduh menipu para pengundinya sendiri ti mahkamah di Kuching. Rancangan yang belum pernah dilakukan oleh kaum Melanau itu, di mana sehingga kini Taib sering menganggap mereka setia padanya. Mereka telah memberitahu Radio Free Sarawak menerusi temubual bahawa kawasan mereka telah dirampas, dan maklumat sedemikian telahpun dikeluarkan oleh Bruno Manser Fund (BMF).

“Syarikat Taib telah menipu kami”

Taib Mahmud sentiasa mengakui bahawa dirinya “tiada perniagaan di dalam negeri Sarawak”, sedangkan syarikatnya Mesti Bersatu Sdn Bhd mempunyai banyak kepentingan di dalam syarikat Delta Padi Sdn Bhd.
Menurut maklumat dari BMF itu, Delta Padi S/B merupakan satu-satunya syarikat tunggal yang menerima tanah yang diserahkan kepada Taib Mahmud sekeluarga! Syarikat tersebut telah menerima kawasan tanah perladangan seluas 28,000 hektar yang merangkumi kawasan-kawasan kaum Melanau di Pulau Bruit dan sekitar bahagian Sibu. Kawasan-kawasan itu berharga RM6 juta yang dibeli dari Kerajaan Sarawak. Orang-orang tempatan yang memberitahu Radio Free Sarawak bahawa mereka belum pernah dibayar pampasan walau sesen pun.

Tanah tidak dipampas namun Taib mendapat keuntungan berbilion-bilion ringgit

Pertubuhan SADIA begitu percaya bahawa sebuah kes mahkamah akan difailkan oleh sekumpulan penduduk Melanau dalam masa beberapa hari ini untuk menentang Kerajaan Sarawak dan juga syarikat Delta Padi S/B.
Kumpulan NGO itu juga akan mengeluarkan senarai lebih 100 konsesi yang dikeluarkan oleh Taib Mahmud kepada 30 buah milik Taib sekeluarga yang mempunyai banyak saham. Sebagai contoh, syarikat Titanium Management milik anak Taib, iaitu Abu Bekir, telah memperoleh tanah ladang yang lebih luas dari kepulauan Singapura, kebanyakannya secara percuma.

Kebanyakan tanah yang dirampas itu merupakan hak milik sah orang-orang tempatan. Orang-orang tempatan itu amat terkejut dan terkilan setelah mereka mendengar maklumat dari RFS berkaitan keuntungan syarikat-syarikat apabila tanah-tanah itu dijadikan ladang.
Berdasarkan harga yang ditetapkan oleh Onn Mahmud yang akan menjual ladangnya seluas 28,000 hektar dengan harga RM1 bilion, tanah itu seterusnya berharga RM2 bilion.
Rakan-rakan niaga Taib termasuk ahli-ahli keluarga dan kroni-kroninya, termasuk juga keluarga Hii, yang memiliki hotel Pullman di Kuching.
Pertuduhan penyelewengan itu akan memalukan Taib Mahmud yang kini telah diketahui melakukan banyak kesalahan dan jenayah ke atas rakyat dan negerinya sendiri.
Orang-orang tempatan yang telah dirampas tanah hak mereka telah tidak dibayar sebarang pampasan, malah kerajaan Sarawak juga tidak dibayar harga yang berpatutan.
Premium yang berjumlah RM6 juta untuk tanah-tanah itu yang seharusnya bernilai berbilion-bilion ringgit seperti pada kes Delta Padi adalah jelas suatu kes skandal.
Dengan demikian para pembayar cukai di Sarawak telah kehilangan wang yang sepatunya digunakan untuk membangunkan kehidupan golongan yang menjadi mangsa rampasan tanah yang dilakukan oleh Taib Mahmud, untuk manfaatnya sendiri.