30 Jan 2012

Jurucakap Parti Conservative UK Berlakon Dalam Video Mempromosikan Sime Darby!

This post is also available in: English, Iban

Bekas jurucakap alam sekitar parti Conservative UK, Bill Wiggin, telah bersetuju menjadi pelakon dalam video untuk mempromosikan syarikat Sime Darby, setelah lawatan eksklusifnya ke Malaysia dibiayai oleh syarikat itu.

Gergasi Kelapa Sawit yang diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam, telah didedahkan sebagai klien kepada FBC Media, sebuah syarikat perhubungan awam (PR) Britain yang dibelengu skandal rasuah, yang kini telah diharamkan penerbitan mereka di Sarawak dan Malaysia setelah kami mendedahkan kegiatan haram mereka suatu ketika dahulu.

FBC Media pernah suatu ketika dahulu mendabik dada mengakui bahawa mereka telah berjaya ‘melahirkan’ orang-orang terkenal sebagai ‘duta’ kepada Sime Darby, yang kini giat berusaha membersihkan imej mereka setelah mereka dicemuh oleh masyarakat antarabangsa kerana merosakkan alam sekitar.

Syarikat Sime Darby telah menyenaraikan nama Bill Wiggin, seorang Menteri Alam Sekitar Bayangan dari parti Conservative sehingga pertengahan 2010, menjadi salah seorang duta dalam arena politik.

Petikan temuramah bersama Wiggin kemudiannya digunakan oleh Ryan Meltzer, seorang pemberita FBC Media untuk mempromosikan Sime Darby secara haram dalam rancangan World Business CNBC, dalam sebuah pakej berserta laporan yang kelihatan tulen mengenai minyak kelapa sawit. Sebenarnya Sime Darby adalah pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia dengan kawasan ladangnya di seluruh Borneo yang dahulunya hutan dara yang subur. Wiggin kelihatan faham akan peranannya sebagai jurucakap yang dipergunakan oleh Sime Darby untuk mendapatkan pensijilan kegiatan perladangan secara berterusan untuk menarik penggunaan UK dan negara-negara lain.

Laporan Bill Wiggin yang mewakili Sime Darby amatlah ketara berat sebelah dan kurang berobjektif atau tidak seimbang. Wiggin tidak memberikan bukti-bukti kukuh bahawa dia pernah mendalami isu yang dia kemukakan, selain menyebut segala sesuatu yang diarahkan oleh Sime Darby.

Kita mendapati bahawa Wiggin tidak menjalankan sebarang kajian sendiri bagaimana keadaan sebenar kerosakan alam sekitar di Sabah dan Sarawak yang telah dicetuskan oleh Sime Darby sejak beberapa tahun ini.

Bill Wiggin bukanlah seorang dari orang-orang ternama yang dipergunakan oleh FBC Media mempromosikan Sime Darby, tetapi ramai lagi klien dari Malaysia. Jayson Clay dari pertubuhan WWF juga disenaraikan oleh FBC Media untuk mempromosikan Sime Darby. Malah, individu-individu kenamaan yang lain yang dijadikan alat promosi Sime Darby termasuk Perdana Menteri Britain, David Cameron!

Cameron juga dilihat menyertai forum yang melibatkan Sime Darby dan dianjurkan oleh Ahli Parlimen parti Conservative Andrew Clumpsty, yang juga disenaraikan oleh jaringan kenalan dalam FBC Media.

Pada penghujung tahun lalu Sarawak Report pernah mengutuskan sebuah emel kepada Bill Wiggin untuk bertanyakan pendapatnya mengenai ketulenan pengakuan FBC Media yang melantiknya sebagai ‘duta’ kepada Sime Darby, dan juga menyoalnya mengenai rekod alam sekitar syarikat itu. Namun, sehingga kini Wiggin belum lagi memberi respon kepada emel kami itu.

Kami juga mempersoalkan pujian-pujian Wiggin mengenai kewujudan sekolah yang dikhaskan untuk anak-anak pekerja asing dalam ladang-ladang Sime Darby.

27 Jan 2012

Taib Berada Di Alam Fantasinya Sendiri

This post is also available in: English, Iban

Pada minggu ini, Setiausaha Akhbar bagi Ketua Menteri Sarawak, Amin Sahmat, mendapati sukar untuk memberikan penjelasan kenapa sidang-sidang media pasca mesyuarat kabinet tidak diadakan seperti kebiasaannya, seperti dilaporkan oleh akhbar Borneo Post.

Bagaimanakah cara Ketua Menteri itu memperoleh banyak syarikat dan tanah negeri, walaupun gaji menterinya tidaklah begitu lumayan?
Perkara-perkara yang dibincangkan dalam kabinet dilihat sebagai remeh jika dibandingkan dengan skandal rasuah yang teruk membelengu Taib Mahmud yang berlaku di tengah-tengah kerajaan Sarawak!

Tetapi, Abdul Taib Mahmud tidak dapat menjawab semua soalan yang diutarakan oleh para pemberita! Oleh yang demikian beliau telah mengarahkan sidang-sidang media dibatalkan selepas mesyuarat kabinetnya! Ketua Menteri itu diketahui berkuasa penuh atas media cetak di Sarawak (terutamanya akhbar Sarawak Tribune, milik keluarganya, dan Borneo Post, milik rakan-niaganya). Kini akbar-akbar itu tidak lagi melaporkan berita biasa, tetapi melaporkan pergerakan orang tua itu yang mundar-mandir di seluruh negeri cengkamannya (tetapi tidak akan melaporkan dapatan-dapatan dari mesyuarat kabinetnya).

Taib juga telah cuba mengharumkan namanya di mana dia telah diketahui membiayai ‘panduan pelabur’, yang sebenarnya sekadar promosi-promosi yang kelihatan seperti laporan dan analisa perniagaan.

Investvine adalah sekadar risalah promosi perniagaan yang Taib gunakan untuk meraih berpuluh billion dollar dari peniaga-peniaga Arab yang akan melabur dalam projek SCORE. Projek itu, yang terletak di tengah negeri Sarawak akan menjadi sebuah kawasan penjana kekayaan bagi Taib dan keluarga nanti.
Laporan dalam Investvine juga mengetengahkan anak Taib, iaitu Mahmud Abu Bekir yang disanjungi sebagai seorang yang ‘cerdik’. Kini laporan itu telah diketahui sebagai alat membesar-besarkan segerombolan keluarga terasuah jika dibandingkan dengan orang kebiasaan di Sarawak.

Sarawak Report pernah melaporkan mengenai Mahmud Abu Bekir Bin Abdul Taib yang akan berdiri di kawasan Mukah, manakala sepupunya Ahmad Bin Ibrahim (seorang yang pernah menerima banyak tanah rampasan) akan berdiri di Kota Samarahan. Kita boleh mengandaikan, selepas ini nanti Pengerusi UMNO BN, Najib Razak akan bertambah meluat dan marah jika Taib terus mencalonkan ahli-ahli keluarganya sendiri untuk berdiri dalam parlimen dan DUN di Sarawak. Pada pilihanraya lalu, Najib pernah menegur Taib kerana hal yang sedemikian. Abu Bekir, suatu ketika dahulu, pernah gagal menyiapkan projek-projek membina jambatan, menerusi syarikat Titanium Management miliknya, walaupun dia memang tidak mempunyai sebarang pengetahuan dalam bidang berkenaan. Setelah kegagalan itu, Taib telah membiayai ‘Inside Sarawak’ untuk menggembar-gemburkan mengenai kejayaan Abu Bekir.

Setiap orang di Sarawak telah mengetahui mengenai kegagalan projek itu. Siapa lagi yang akan dibohongi oleh Taib selepas ini?

Ketika orang tua bangka itu hidup dilamun mimpi rekaannya sendiri, sambil mengelakkan diri bercakap dengan pihak medianya sendiri, dan membiayai media luar untuk melaporkan berita-berita rekaan, orang-orang Sarawak sepatutnya berfikir panjang-panjang pada pilihanraya yang akan datang nanti. Pilihlah wakil rakyat yang betul-betul akan membantu menambahbaik kualiti kehidupan kita, dan anak cucu kita. Cukuplah dengan yang ada sekarang, yang telah semakin uzur dan tidak akan berubah.

19 Jan 2012

Tanah Rampasan Taib

This post is also available in: English, Iban

Kini sekali lagi para penyiasat dari Bruno Manser Fund telah berjaya membuka mata dunia mengenai kegiatan haram serta terkutuk Taib Mahmud ke atas rakyat dan negerinya sendiri. Pasukan penyiasat itu telah berusaha menjalankan siasatan mereka berpandukan maklumat yang dibocorkan dari Jabatan Tanah dan Survei, seperti yang pernah dikeluarkan dalam blog Sarawak Report.

Berdasarkan laporan BMF itu, kita dapat meneliti betapa banyaknya rampasan tanah yang dilakukan oleh Ketua Menteri dan keluarganya atas rakyat dan negerinya. Dengan bertopengkan ‘pembangunan’ Taib dan keluarganya telah memperoleh tanah tiga kali lebih luas dari pulau Singapura, walaupun Taib pernah mengatakan bahawa dia ‘tidak mempunyai sebarang perniagaan di negeri Sarawak’ di mana beliau sendiri adalah pengarah syarikat Delta Padi Sdn Bhd.
Menurut maklumat dari BMF, terdapat 50% dari kesemua tanah yang diserahkan kepada Taib Mahmud sekeluarga itu adalah secara percuma! Apakah jenis kerajaan yang menjalankan dasar merampas tanah rakyatnya sendiri?

Kleptokrasi

Kini Taib Mahmud dilihat mengamalkan kleptokrasi, “klepto” dari istilah Greek yang bermaksud “saya menchuri”.
Menurut laporan BMF terdapat 200,000 hektar tanah orang tempatan telah diserahkan kepada 31 buah syarikat yang ada kaitannya dengan Taib Mahmud, supaya hutannya menjadi sumber kayu balak dan kemudiannya kawasan perladangan dibuka. Kesemua syarikat itu telah membayar premium sekecil RM100 juta, iaitu hanya sebahagian dari hasil penjualan kayu balak dan juga hasil penjualan buah kelapa sawit.
Sebagai contoh, pada iklan Onn Mahmud yang ingin menjualkan tanah ladang milik Achi Jaya Plantations telah menetapkan harga sebanyak RM31 juta untuk seekar, iaitu bersamaan dengan RM77 juta untuk sehektar. Dengan keluasan tanah rampasan Taib sehingga 200,000 hektar, jumlah harganya mencecah RM15.4 bilion. Cuba bandingkan pula nilai RM3.47 juta yang diagihkan oleh kerajaan BN yang diketuai oleh Taib bagi membantu golongan miskin pada tahun ini!
Apakah yang dapat dilakukan oleh Sarawak dengan menggunakan RM15.4 bilion dalam menangani miskin tegar di kawasan pedalaman. Alangkah suatu kesilapan yang besar dan serius jika wang sejumlah itu berada di tangan orang yang tamak haloba seperti Abdul Taib Mahmud itu!

SPRM – degil dalam senyap

Sekali lagi, maklumat yang baru timbul ini akan mendesak pihak SPRM untuk bangun dan bertindak sewajarnya.
Hanya pada bulan lalu sahaja BMF telah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa suatu dokumen penting berkaitan dengan Ketua Menteri telah diutuskan kepada pihak SPRM, yang mendedahkan bagaimana Taib Mahmud dan keluarganya memilik saham dalam 332 syarikat di Malaysia dan 85 buah di luar negara.

  • http://yahoo.com halel

    Rm31juta seekar,betul kah itu?bukan Rm31ribu seekar?Kalau itu lah harganya(31juta seekar),saya rasa itu lah tanah ladang yang paling mahal di malaysia.BODOH lah orang mauk beli.

  • iban miri

    kalau kau tak percaya itu harga seekar tanah,engkaulah orang yang hidup di bawah tempurung kelapa,sebuah tanah yang dah ada kelapa sawit yang boleh hidup dalam 25 tahun,kau bayangkan 99 tahun bahagi 25 tahun untuk pajak tanah itu. 4 kali company boleh tanam semula kelapa sawit di tanah itu dan balik semua ke kerajaan sarawak apabila mencapai 99 tahun pajakkan. kamu nak pajak tanah ini bukan senang..kamu ingat macam beli tanah ncr kampung kah..ini tanah state land. saya pernah jual tanah(native land>section 18) 13 ekar tanah itu dan harga pada servay title ialah 218k..itu tanah kosong sahaja. belum lagi tanah state land Achi Jaya Plantations ni..dah tanam kelapa sawit tu siapa tak nak beli kalau hanya nak ambik tuaian buah sahaja. ini taib mahmud sampai tanah kampung aku pun dia jual.. .

18 Jan 2012

Taib Disaman Para Pengundinya Sendiri

This post is also available in: English, Iban

Baru-baru ini Ketua Menteri Sarawak dimalukan kerana dituduh menipu para pengundinya sendiri ti mahkamah di Kuching. Rancangan yang belum pernah dilakukan oleh kaum Melanau itu, di mana sehingga kini Taib sering menganggap mereka setia padanya. Mereka telah memberitahu Radio Free Sarawak menerusi temubual bahawa kawasan mereka telah dirampas, dan maklumat sedemikian telahpun dikeluarkan oleh Bruno Manser Fund (BMF).

“Syarikat Taib telah menipu kami”

Taib Mahmud sentiasa mengakui bahawa dirinya “tiada perniagaan di dalam negeri Sarawak”, sedangkan syarikatnya Mesti Bersatu Sdn Bhd mempunyai banyak kepentingan di dalam syarikat Delta Padi Sdn Bhd.
Menurut maklumat dari BMF itu, Delta Padi S/B merupakan satu-satunya syarikat tunggal yang menerima tanah yang diserahkan kepada Taib Mahmud sekeluarga! Syarikat tersebut telah menerima kawasan tanah perladangan seluas 28,000 hektar yang merangkumi kawasan-kawasan kaum Melanau di Pulau Bruit dan sekitar bahagian Sibu. Kawasan-kawasan itu berharga RM6 juta yang dibeli dari Kerajaan Sarawak. Orang-orang tempatan yang memberitahu Radio Free Sarawak bahawa mereka belum pernah dibayar pampasan walau sesen pun.

Tanah tidak dipampas namun Taib mendapat keuntungan berbilion-bilion ringgit

Pertubuhan SADIA begitu percaya bahawa sebuah kes mahkamah akan difailkan oleh sekumpulan penduduk Melanau dalam masa beberapa hari ini untuk menentang Kerajaan Sarawak dan juga syarikat Delta Padi S/B.
Kumpulan NGO itu juga akan mengeluarkan senarai lebih 100 konsesi yang dikeluarkan oleh Taib Mahmud kepada 30 buah milik Taib sekeluarga yang mempunyai banyak saham. Sebagai contoh, syarikat Titanium Management milik anak Taib, iaitu Abu Bekir, telah memperoleh tanah ladang yang lebih luas dari kepulauan Singapura, kebanyakannya secara percuma.

Kebanyakan tanah yang dirampas itu merupakan hak milik sah orang-orang tempatan. Orang-orang tempatan itu amat terkejut dan terkilan setelah mereka mendengar maklumat dari RFS berkaitan keuntungan syarikat-syarikat apabila tanah-tanah itu dijadikan ladang.
Berdasarkan harga yang ditetapkan oleh Onn Mahmud yang akan menjual ladangnya seluas 28,000 hektar dengan harga RM1 bilion, tanah itu seterusnya berharga RM2 bilion.
Rakan-rakan niaga Taib termasuk ahli-ahli keluarga dan kroni-kroninya, termasuk juga keluarga Hii, yang memiliki hotel Pullman di Kuching.
Pertuduhan penyelewengan itu akan memalukan Taib Mahmud yang kini telah diketahui melakukan banyak kesalahan dan jenayah ke atas rakyat dan negerinya sendiri.
Orang-orang tempatan yang telah dirampas tanah hak mereka telah tidak dibayar sebarang pampasan, malah kerajaan Sarawak juga tidak dibayar harga yang berpatutan.
Premium yang berjumlah RM6 juta untuk tanah-tanah itu yang seharusnya bernilai berbilion-bilion ringgit seperti pada kes Delta Padi adalah jelas suatu kes skandal.
Dengan demikian para pembayar cukai di Sarawak telah kehilangan wang yang sepatunya digunakan untuk membangunkan kehidupan golongan yang menjadi mangsa rampasan tanah yang dilakukan oleh Taib Mahmud, untuk manfaatnya sendiri.

10 Jan 2012

Anwar Dibebaskan – Persoalan-persoalan untuk Najib

This post is also available in: English, Iban

Kes mahkamah melibatkan Taib Mahmud telah membuka tirai tahun baru ini, dan kini pula kes mahkamah kendalian Najib Razak pula menjadi tumpuan – kedua-duanya lihat sebagai gagal memenuhi objektif mereka!

Anwar Ibrahim yang menjadi mangsa tuduhan, pada mulanya, telah merasa terkejut dan terkilan dengan keputusan saat-saat akhir untuk menggugurkan dakwaan ke atasnya yang telah berlarutan selama tiga tahun.

Di negara UK suatu kempen membantah lawatan di-raja Putera William dan pasangannya Kate tetap akan dianjurkan jika Anwar dikenakan hukuman. Isu penghukuman Anwar akan tetap menjadi suatu masalah yang memalukan kerajaan Malaysia di mata dunia.

Bagi mengatasi masalah seperti ini jentera BN terpaksa memutar-belitkan cerita mereka. Menerusi media yang mereka kawal mereka tetap mengakui bahawa Anwar dibebaskan dari dakwaan kerana sistem perundangan Malaysia adalah bebas, berkecuali, telus dan bersih. Ini juga untuk menjernihkan nama baik kerajaan BN pimpinan Najib Razak!
Jika ditinjau dari sudut lain, keputusan mahkamah sedemikian telah memperlihatkan kelemahan Najib menguatkuasakan hukumannya – suatu kesilapan yang sukar diatasinya juga.

Kini Najib yang diketahui telah menghalang para hakim menjatuhkan hukuman ke atas Anwar telah menjadikan suatu tanda tanya apakah sebenarnya ketegasan pada sikap dan pandangannya.

Bukti dalam kes itu telah memperlihatkan a) Najib sememangnya bersekongkol dengan Mohd Saiful membuat keputusannya menentang Anwar, dan b) Najib telah berbohong kerana menafikan mengenali Saiful, kerana dia telah beberapa kali mengubah ceritanya ketika ditanya dan disiasat.

Kesimpulan kes tersebut telah disediakan oleh seorang peguam dari Australia, Mark Trowell yang menyatakan bahawa tuduhan ke atas Anwar adalah terlalu lemah dan tidak seharusnya dibicarakan dalam mana mahkamah. Dalam rekod perjalanan perbicaraan itu Najib dilihat tidak pernah berjumpa Saiful. Namun gambar foto Saiful yang menemuinya di pejabatnya ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dia kemudiannya mengakui berjumpa dan berbual dengan Saiful yang seterusnya menurutnya berbincang mengenai permohonan biasiswa pelajaran Saiful! Suatu persoalan – apakah perkara lain yang mereka bincangkan selain mengenai biasiswa Saiful?
Kini, Perdana Menteri Najib mengakui memberikan keterangan yang tidak konsisten, maka kini dia seharusnya disoalsiasat kerana mengganggu Anwar menjalankan urusan politiknya. Persoalan-persoalan juga harus diajukan kepada pasukan polis dan sistem perundangan Malaysia, apakah objektif institusi mereka!

5 Jan 2012

Taib Menarik Balik Saman Malunya – Selamat Tahun Baru!

This post is also available in: English, Iban

Kini, ancaman Taib terpadam begitu sahaja, bagaikan api dicurah air! Namun, tiada siapa pun yang hairan.

Taib Mahmud pernah mengemukakan saman malu menentang portal berita internet Malaysiakini dalam tahun 2008 dahulu, dan di samping itu pernah marah-marah semasa persidangan Dewan Undangan Negeri kerana berita-berita “bohong” dan “fitnah” berkaitan dengan kesalahan rasuah adiknya berhubung dengan syarikat-syarikat perkapalan Jepun yang memohon lesen-lesen mengekspot kayu balak ke luar dari Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak itu telah memberikan syarikat adiknya, Achi Jaya, suatu perniagaan monopoli yang mengeluarkan lesen-lesen pengangkutan.
Kerana setelah diketahui kesalahannya, Taib telah berusaha sedaya-upaya memusnahkan portal berita internet, Malaysiakini, yang telah menyebarkan beritanya ke seluruh dunia.

Tetapi malangnya Taib telah mengambil langkah silap dengan mengemukakan saman malu! Kini, dengan pesatnya perkembangan internet, dan kita juga menyaksikan beberapa rejim di Timur Tengah yang telah tumbang akibat internet, maka Taib juga tidak akan terkecuali suatu hari nanti.
Kini, dengan kawalan baik rejim BN ke atas mahkamah dan sistem perundangan Malaysia, maka ahli politik yang telah berasa malu itu berharapan besar agar portal berita internet seperti Malaysiakini lingkup dalam perniagaan mereka. Masyarakat dunia kini telah tahu bahawa berita-berita dari Malaysiakini adalah penuh dengan bukti yang kukuh dan sahih yang mereka perolehi dari pihak percukaian Jepun. Dan Ketua Menteri Sarawak dan ahli-ahli keluarganya pula telah membenarkan kroni-kroni mereka memusnahkan hutan di Sarawak – menjadikan diri mereka kaya-raya.

Dengan kes mahkamah saman malu yang akan dimulakan, yang juga pilihanraya umum yang hampir, Taib dilihat telah berusaha sedaya-upayanya untuk menjernihkan persengketaannya dengan Malaysiakini, dengan apa jua kosnya. Hari ini, rasa malu Taib telah terserlah, dan Malaysiakini pula tidak perlu membayarnya satu sen pun.
Sekali lagi kita harus ingat, pertaruran utama dalam mengemukakan saman malu adalah jika kita tiada apa-apa yang disembunyikan, maka jangan dikemukakan.
Taib Mahmud, yang merupakan seorang peguam telah lupa akan peraturan utama mengemukakan saman malu itu. Malah dia kini sudah lupa akan keberkesanan media internet yang kini kian mengatasi media lain, dengan adanya undang-undang siber yang dibuat oleh kerajaan rejim BN di Malaysia.
Walaupun Taib kini masih marah, namun para peguam yang mewakilinya telah dengan segera menasihatkannya untuk menarik balik saman malunya untuk tidak mengeruhkan pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi!

Dalam pengertian sebenar, pengemukaan saman malu adalah untuk membersihkan nama individu, dan Taib pula tiada nama yang bersih yang hendak dijaganya – kerana rekod-rekod kesalahannya terserlah dengan sendirinya.

Malaysiakini sekarang tidak perlu risau akan berdepan dengan salah seorang individu yang terkaya dan berpengaruh di Malaysia dalam suatu perbicaraan yang boleh diatur mengikut selera rejim BN.

Kini kes mahkamah yang boleh diatur itu telah terpadamnya, dan dengan kematian si pemberita yang menulis artikel-artikel itu baru-baru ini, dan begitu juga dengan keputusan pihak percukaian Jepun yang bersetuju menarik balik dakwaan mereka itu.

Namun kita harus ingat bahawa pihak percukaian Jepun tidak pernah menyatakan bahawa bayaran tidak pernah dibuat.
Pihak jepun hanya menganggap bahawa berniaga di Sarawak bukannya usaha yang mudah terutama kerana mereka dikehendaki membayar berbagai-bagai wang suapan kepada pihak-pihak yang korup – dalam kes ini kepada adik Abdul Taib Mahmud sendiri!

Kerajaan BN yang memerintah, kini mentadbir sebuah negara yang ketiga paling korup kena menjawab persoalan mengenai penghinaan. Pada mulanya Malaysiakini telah menolak tawaran Taib untuk menarik balik saman malunya itu jika mereka telah diminta membayar kos perbicaraan yang besar itu.
Malaysiakini juga enggan bersetuju dengannya jika mereka telah membayarnya walaupun seribu-dua, hanya supaya beliau boleh mengatakan bahawa mereka telah menjelaskan pampasan saman malu kepadanya.

Suatu kata-kata mohon maaf, berdasarkan perubahan pada kaedah yang dilakukan oleh pihak pendakwaraya Jepun, telah menyebabkan Malaysiakini tidak perlu mengeluarkan satu sen pun bentuk bayaran!

Taib telah, sebenarnya, tewas dalam pembalasan dendamnya – dan juga tercemar pada reputasinya!

  • http://www.facebook.com/hairylawisan Hai Ry

    ini memang masalah di malaysia