Tanah Rampasan Taib

Kini sekali lagi para penyiasat dari Bruno Manser Fund telah berjaya membuka mata dunia mengenai kegiatan haram serta terkutuk Taib Mahmud ke atas rakyat dan negerinya sendiri. Pasukan penyiasat itu telah berusaha menjalankan siasatan mereka berpandukan maklumat yang dibocorkan dari Jabatan Tanah dan Survei, seperti yang pernah dikeluarkan dalam blog Sarawak Report.

Berdasarkan laporan BMF itu, kita dapat meneliti betapa banyaknya rampasan tanah yang dilakukan oleh Ketua Menteri dan keluarganya atas rakyat dan negerinya. Dengan bertopengkan ‘pembangunan’ Taib dan keluarganya telah memperoleh tanah tiga kali lebih luas dari pulau Singapura, walaupun Taib pernah mengatakan bahawa dia ‘tidak mempunyai sebarang perniagaan di negeri Sarawak’ di mana beliau sendiri adalah pengarah syarikat Delta Padi Sdn Bhd.
Menurut maklumat dari BMF, terdapat 50% dari kesemua tanah yang diserahkan kepada Taib Mahmud sekeluarga itu adalah secara percuma! Apakah jenis kerajaan yang menjalankan dasar merampas tanah rakyatnya sendiri?

Kleptokrasi

Kini Taib Mahmud dilihat mengamalkan kleptokrasi, “klepto” dari istilah Greek yang bermaksud “saya menchuri”.
Menurut laporan BMF terdapat 200,000 hektar tanah orang tempatan telah diserahkan kepada 31 buah syarikat yang ada kaitannya dengan Taib Mahmud, supaya hutannya menjadi sumber kayu balak dan kemudiannya kawasan perladangan dibuka. Kesemua syarikat itu telah membayar premium sekecil RM100 juta, iaitu hanya sebahagian dari hasil penjualan kayu balak dan juga hasil penjualan buah kelapa sawit.
Sebagai contoh, pada iklan Onn Mahmud yang ingin menjualkan tanah ladang milik Achi Jaya Plantations telah menetapkan harga sebanyak RM31 juta untuk seekar, iaitu bersamaan dengan RM77 juta untuk sehektar. Dengan keluasan tanah rampasan Taib sehingga 200,000 hektar, jumlah harganya mencecah RM15.4 bilion. Cuba bandingkan pula nilai RM3.47 juta yang diagihkan oleh kerajaan BN yang diketuai oleh Taib bagi membantu golongan miskin pada tahun ini!
Apakah yang dapat dilakukan oleh Sarawak dengan menggunakan RM15.4 bilion dalam menangani miskin tegar di kawasan pedalaman. Alangkah suatu kesilapan yang besar dan serius jika wang sejumlah itu berada di tangan orang yang tamak haloba seperti Abdul Taib Mahmud itu!

SPRM – degil dalam senyap

Sekali lagi, maklumat yang baru timbul ini akan mendesak pihak SPRM untuk bangun dan bertindak sewajarnya.
Hanya pada bulan lalu sahaja BMF telah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa suatu dokumen penting berkaitan dengan Ketua Menteri telah diutuskan kepada pihak SPRM, yang mendedahkan bagaimana Taib Mahmud dan keluarganya memilik saham dalam 332 syarikat di Malaysia dan 85 buah di luar negara.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments