“Kaum Penan” Adalah “Perkara Remeh”, Bagaikan Haiwan Zoo! – Kenyataan Seorang Pesuruhjaya Malaysia Yang Menyinggung Perasaan Masyarakat Luar Negara

Inilah kali pertama orang-orang di UK merasa terkejut mendengar kenyataan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK, Datuk Seri Zakaria Sulong. Beliau telah meluahkan kata-kata yang tidak terkawal, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Borneo Post. Zakaria Sulong sememangnya menunggu kunjungan para pemberita dari Sarawak (yang dipaksa bekerja di institusi penerbitan yang dikawalselia oleh Taib Mahmud, seperti Borneo Post) menangkis golongan NGO yang sentiasa melaporkan masalah pelanggaran hak asasi manusia dan masalah berkaitan alam sekitar di Sarawak.

Perkara yang remeh-temeh?

Zakaria Sulong telah didengar merungut atas aktiviti NGO yang “gemar memperbesarkan perkara-perkara remeh, seperti haiwan zoo dan kaum Penan di Sarawak!” Pada hari ini Bruno Manser Fund (BMF) telah menunjukkan kemarahan mereka terhadap masalah yang melanda kaum Penan dan kaum-kaum orang asal yang lain, dan mengatakan Zakaria Sulong itu tidak sensitif dan bersikap rasis.

Dengan kenyataannya itu BMF telah menggesa Datuk Seri Zakaria Sulong untuk meletak jawatannya sebagai Pesuruhjaya Tinggi dengan serta-merta.

Kini banyak kumpulan NGO dan orang-perseorangan sedar akan masalah yang melanda hak asasi manusia, terutamanya yang melanda kaum-kaum orang asli di Sarawak, di mana para pembalak telah memusnahkan tempat tinggal mereka di hutan-hutan.

Kumpulan-kumpulan NGO itu merangkumi Bruno Manser Fund, Survival, Greenpeace, Borneo Project, Friends Of The Earth, Fern, Rainforest Alliance, dan banyak lagi NGO dari Malaysia seperti Brimas, Suhakam, termasuk parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Kaum Penan adalah suatu kaum di Sarawak yang kediaman mereka terganggu akibat pembalakan dan pembukaan ladang-ladang kelapa sawit secara meluas. Sama seperti kaum-kaum orang asal yang lain, kaum Penan juga telah kehilangan tanah NCR kerana dirampas oleh syarikat-syarikat pembalakan yang membeli lesen dan konsesi dari Abdul Taib Mahmud, namun kaum Penan itu tidak dibayar apa-apa pampasan, dan tidak juga melihat sebarang ‘pembangunan’ yang dijanji dari hasil penjualan kayu balak dan pembukaan ladang-ladang kelapa sawit di kawasan mereka.

Tambahan pula terdapat banyak laporan mengenai kes rogol ke atas golongan perempuan kaum Penan itu.

Disamakan dengan haiwan zoo

Maka, apakah jawapan Taib Mahmud untuk menangkis laporan seorang perempuan Penan yang pernah dirogol termasuk mereka yang berusia semuda 10 tahun? Walaupun kumpulan penyiasat Malaysia memang mengesahkan tuduhan kesalahan itu, namun Taib sentiasa menghalang sebarang siasatan terperinci dijalankan.

Mungkin itulah sebabnya Taib sentiasa mengatakan kaum Penan Kristian yang mendiami hutan itu serupa dengan kumpulan binatang. Selain Taib, menteri kabinetnya, James Masing, ketika ditemubual oleh pemberita dari UK iaitu BBC Television berkaitan kes seorang budak perempuan Penan yang pernah dirogol dan dipukul sehingga pengsan oleh perogolnya bukanlah perkara yang serius, kerana menurut James masing kaum Penan adalah suatu kaum yang “gatal” walau di peringkat usia yang muda!

Perkara seperti ini yang dibesar-besarkan oleh NGO, tetapi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Seri Zakaria Sulong mengatakan itu adalah “perkara yang remeh-temeh”!
Menurut kenyataannya yang dirakamkan oleh Borneo Post, Zakaria Sulong mengakui cerita-cerita sedemikian akan mencemarkan nama baik Malaysia.

Kuasa Kebenaran

Kuasa kumpulan NGO berpaksikan pelaporan benar dan sahih. Tetapi di Malaysia akhbar-akhbar tempatan seperti Borneo Post tetap dihalang melaporkan berita-berita yang benar dan sahih jika ianya berkaitan dengan masalah pelanggaran hak asasi manusia dan masalah kerosakan alam sekitar.

Akhbar-akhbar tempatan di Sarawak hanya digesa untuk melaporkan pergerakan Ketua Menteri dan mengenai mimpi-mimpinya terutama mengenai ‘pembangunan’ dan projek gergasi SCORE.

Akhbar-akhbar tempatan diharamkan melaporkan sesuatu yang boleh memalukan Ketua Menteri.

Pada suatu ketika dahulu akhbar-akhbar tempatan di Malaysia hanya membesar-besarkan berita mengenai kes seorang budak Malaysia yang dibelasah dalam suatu rusuhan di kota London, dan tidak pula menunjukkan simpati terhadap masalah yang melanda kaum Dayak di dalam negeri Sarawak sendiri.

Apakah masalah yang melanda kaum Dayak dan kes rogol ke atas budak perempuan Penan itu tidak serius?

Zakaria Sulong telah menuduh tetamu NGO ke Borneo Post yang gemar membesar-besarkan masalah di Sarawak sebagai mempunyai “agenda tersembunyi”. Tetapi agenda mengenai kegiatan Taib Mahmud dan para pembalak yang merosakkan alam sekitar tidak diketahui.

‘Haiwan Zoo’

Apakah maksud “haiwan zoo” yang disebut oleh Zakaria Sulong yang merujuk kepada kaum Penan? Adakah itu caranya untuk mempromosikan industri pelancongan ke Malaysia? Zakaria telah didapati merendah-rendahkan sesuatu kaum dan juga menafikan keindahan alam sekitar di Sarawak.

Terdapat beratus-ratus spesis haiwan liar, dalam masa 30 tahun mendiami hutan, kini dilanda masalah kepupusan, dan haiwan-haiwan yang dikurung dalam zoo yang dipertontonkan kepada tetamu asing pula tidak akan hidup selamanya. Kerajaan BN Malaysia sangat gemar berpura-pura menunjukkan simpati terhadap haiwan orang utan, yang mana habitat orang utan itu banyak yang telah dimusnahkan bagi memberi ruang pada pembukaan ladang-ladang kelapa sawit. Begitulah sikap sebenar kerajaan BN yang digambarkan oleh kenyataan-kenyataan Datuk Seri Zakaria Sulong.

Menurut Zakaria Sulong lagi, orang utan, seperti juga kaum Penan dilanda kelaparan adalah “perkara yang remeh-temeh” tidak ubah juga seperti “haiwan zoo”.

Seorang diplomat?

Maka siapakah yang harus merungut tentang kesibukan kumpulan NGO. Jika bukannya Zakaria Sulong yang menceritakan kisah-kisah benar dan sahih berkaitan hidup serba kekurangan kaum Penan?

Usahlah kita mendesak Zakaria Sulong meletak jawatannya, tetapi kita harus terus bertanyakan pandangannya!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments