‘Dato’ Kotor’ Dari Baram Mendapat Habuan!

Kini kami dapat mengeluarkan kenyataan mengenai perniagaan yang dibelengu rasuah yang dikendalikan oleh Dato’ Jacob Sagan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Malaysia.

Kami berterima kasih kepada para pembaca kami, dan kami dapat mengenali dengan lebih dekat lagi siapa beliau, isteri beliau, saudara dan adik ipar beliau, yang kini turut bersamanya mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit kontrak-kontrak pembinaan biayaan kerajaan!

Kontrak Pembinaan Bernilai RM63 juta!

Kami mendapat maklumat dari para pembaca kami bahawa YB Jacob Sagan terlibat secara langsung dengan sebuah syarikat yang diberi nama Dema Tega Sdn Bhd, yang didaftarkan dan beralamat di Kuching, Sarawak.

Syarikat Dema Tega adalah di bawah arahan isterinya, Winnie Jolly, saudaranya Peter Usang Sagan dan adik iparnya (isteri Peter) Roseline Binti Andrew Gayu. Alangkah hebatnya Winnie, sebagai seorang isteri ahli politik. Bayangkan kebolehannya mengendalikan kerja-kerja untuk konstituensi pilihanraya suaminya, lawatan-lawatan luar negara menteri suaminya, menjaga makan-pakai keluarganya dan juga bertindak selaku pengarah bagi beberapa buah syarikat pembalakan dan juga projek-projek biayaan kerajaan negeri bernilai berjuta-juta ringgit!

Masalahnya sekarang, orang-orang yang berkedudukan menteri tidak seharusnya melibatkan diri secara umum dalam kontrak-kontrak biayaan kerajaan. Adakah syarikat Dema Tega dapat bersaing dengan syarikat-syarikat lain yang lebih layak mengerjakan projek-projek jika kontrak-kontrak itu ditawarkan secara terbuka dan penuh persaingan, atau adakah Dema Tega akan sub-kontrakkan kerja-kerja yang mereka dapat nanti?

Sementara itu, ruangan komen kami kini dikunjungi oleh maklumat-maklumat dari para pembaca kami mengenai aktiviti-aktivit perniagaan dan kontrak berkaitan pembinaan Empangan Baram. Menurut para pembaca kami juga, YB Jacob Sagan merupakan antara pemegang lesen mengendalikan stesen petrol Petronas di Kuching, Sarawak!

Soalan-soalan Untuk Najib

Pada umum, YB Jacob Sagan adalah anak kampung dari kawasan Baram, tetapi beliau juga seorang menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan, yang akan bertanding dalam pilihanraya parlimen nanti. Jacob Sagan juga mewakili Kerajaan Malaysia di luar negara sebagai seorang menteri berprofil tinggi di peringkat antarabangsa. Justeru itu, apakah tindakan Najib dan pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan penuh rasuah yang dilakukan oleh YB Jacob Dungau Sagan itu?

Kini Terserahlah Pada Para Pengundi

Walaupun parti BN akan menggunakan taktik menipu dalam pilihanraya parlimen akan datang untuk menang, tetapi YB Jacob Sagan akan dilihat sebagai melalui peluang yang terakhir kerana pengundinya kini sudah mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Setelah berbulan-bulan lamanya mereka dalam keadaan keliru kenapa rancangan pembinaan Empangan Baram dijelmakan. Kini lebih ramai orang tahu, kesetiaan YB Jacob Sagan sudah tergadai menggunakan kontrak-kontrak yang besar kepada Abdul Taib Mahmud untuk meneruskan pembinaan empangan itu.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments