Kaitan Keluarga Hii dalam Asia Plywood dan Keluarga Abdul Taib Mahmud

Sumber maklumat dari dalam industri perkayuan Sarawak mendedahkan di sebalik skandal Asia Plywood adalah sebuah keluarga yang berpusat di Miri Sarawak, iaitu keluarga Hii.

Asia Plywood yang menyewa kemudahan kilang kayu ‘Tegas Kesuma’ yang beroperasi di Tanjung Manis merupakan industri menghasilkan produk papanlapis yang terbesar di Malaysia.

Kami boleh mendedahkan secara berbukti bahawa kilang kayu Tegas kesuma menerima bekalan kayu dari syarikat Fonsen Timber Sdn Bhd menerusi Fonsen Holdings milik keluarga Hii.

Keluarga Hii menerima konsesi dari rakan kongsi mereka iaitu Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Bin Mahmud, untuk menebang hutan di sekitar Bintulu-Miri untuk membuka lebih banyak lagi kawasan perladangan kelapa sawit.

Taib, yang bertanggungjawab sebenuhnya secara peribadi mengeluarkan konsesi untuk menebang hutan sejak 30 tahun yang lalu. Sebelum itu, beliau pernah mengkritik bapa saudaranya iaitu Abdul Rahman Ya’akub kerana pernah berbuat sedemikian semasa menjadi ketua menteri!

Semua produk kayu dari negeri Sarawak tidak pernah mendapat pensijilan dari pejabat Forest Stewardship Council (FSC) di UK kerana mendapati Taib telah menebang hutan secara tidak terkawal dan tidak menjalankan dasar penghutanan berterusan.

Suatu contoh, di mana sebuah syarikat perladangan yang terbesar di Sarawak, Delta Padi sentiasa menerima konsesi menebang kayu dari Ketua Menteri. Syarikat itu dikendalikan oleh keluarga Hii bersama syarikat Mesti Bersatu milik keluarga Abdul Taib Mahmud!

Sebuah lagi syarikat yang sedang mewujudkan hubungan dengan keluarga Taib adalah Kingwood Inns dan Kingwood Travel Services Sdn Bhd. Inilah salah satu cara Taib menghimpunkan kekayaannya dan keluarganya menerusi kegiatan rasuah bersekongkol dengan keluarga Hii.

Sebelum ini kami pernah mendedahkan bagaimana Taib dipromosikan membantu mengisi tabung ‘Alam Sekitar’ Prince Albert dari Monaco di suatu majlis pertunjukan fesyen Islam. Bersempena majlis itu Prince Albert telah menerima sekeping cek bernilai 100,000 euro yang diserahkan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor, tetapi punca sebenar duit sejumlah itu datangnya dari keluarga Hii yang dihulurkan menerusi tangan Taib Mahmud!

Hubungan perniagaan keluarga Taib dengan keluarga Hii juga dapat ditemui dalam syarikat Bormill Wood (Trengganu) Sdn Bhd yang dikendalikan oleh Jamilah Taib dan keluarga Hii, dan juga Sarawak Company Sdn Bhd yang dikendalikan oleh saudara Taib, iaitu Tufail Mahmud bersama keluarga Hii.

Dan, bagaimana pula projek kongsi antara adik Taib, Raziah Mahmud dengan keluarga Hii dalam pembinaan jalan pintas Lapangan Terbang di Miri? Sebagaimana yang pernah kami laporkan, Taib telah menyerahkan suatu kawasan tanah yang amat luas berhampiran bandar Miri kepada adik perempuannya itu menerusi syarikat Kumpulan Parabena dan Miri Properties (di mana Taib juga memegang saham, menerusi syarikatnya Mesti Bersatu). Setelah berjaya mendapatkan kontrak itu Raziah didapati menyerahkan projek itu kepada sub-kontraktor Rich Venture milik keluarga Hii!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments