20 Feb 2012

Kartunis Zunar Berkempen Di UK!

This post is also available in: English, Iban

Orang awam dari kalangan warga kota yang lalu-lalang melewati ‘Malaysia’s Speakers’ Corner’ di London telah merasa terhibur dengan kartun-kartun yang dilukis secara spontan oleh seorang pelukis ‘nakal’ dari Malaysia pada hujung minggu ini.

Zunar telah melukis di Malaysia sama seperti kegiatan pelukis-pelukis antarabangsa lain di UK dan tempat lain yang mengamalkan kebebasan bersuara, merupakan suatu satira kepada ahli-ahli politik. Di UK sendiri, Perdana Menteri David Cameron telah digambarkan sebagai suatu kondom kerana dasarnya dan pandangannya mengenai seks. Sumbangan pelukis sedemikian boleh menghiburkan orang ramai, tetapi kebanyakan ahli politik tidak menyenanginya.
Di Malaysia, kerajaan BN tidak suka digambarkan menerusi kartun, dan kegiatan Zunar dianggap boleh menggugat negara dan bangsa, maka seorang kartunis seperti Zunar dicap sebagai seorang pengganas.

Najib Razak telah digambarkannya sebagai seorang lelaki yang lemah-lembut yang bertindak menurut arahan isterinya Rosmah, dan isterinya pula digambarkan dua kali ganda saiz badannya!

Kerana ‘kenakalannya’ Zunar telah, pada suatu petang, diberkas polis dan dimasukkan ke dalam tujuh buah lokap secara berpindah-pindah untuk menyukarkan rakan-rakan pejuangnya mengesannya! Kemudian polis memikirkan untuk menahannya di bawah akta hasutan kerana dia dianggap merbahaya dan dituduh mempunyai motif untuk menjatuhkan kerajaan.

Namun, seperti kebiasaannya, tindakan BN itu adalah ‘senjata makan tuannya’. Tindakan mereka telah mengharumkan lagi nama dan imej Zunar sebagai pejuang kebangsaan! Zunar telah berpegang pada senjatanya … hanya bersenjatakan sebatang pen lukisan.

Pada bulan-bulan sebelumnya Zunar telah mengadakan pameran kartunnya di seluruh Eropah dan pada kali ini dia berada di kota London bersama koleksi terkini hasil tangannya, yang mendapat sokongan kumpulan NGO, Freedom Of Speech, Article 19 di Free World Centre di jalan Farrington, London.

Zunar telah melancarkan pamerannya di hadapan sebuah audien pada minggu lalu dan mengatakan kepada mereka bahawa sebarang kerajaan yang tidak suka digambarkan adalah petanda kerajaan itu akan jatuh. Para audiennya turut ketawa.

Abdul Taib Mahmud juga tidak ketinggalan dalam hasil karikatur Zunar. Taib digambarkan sebagai sebuah patung Sphinx dan juga menyerupai imej kedua Tun Mahathir. Malah pada lukisan terkininya, Taib digambarkan sebagai berlari tanpa arah dan tujuan sambil melaung-laungkan retorik kemajuan dan pembangunannya, tetapi negeri Sarawak sendiri sudah ketandusan sumber alamnya kerana dimamah Taib sendiri. Taib kelihatan sebagai suatu kuasa yang mulai pudar!