Kemajuan Dan Pembangunan?

Inilah sebahagian dari pemandangan yang cuba disembunyikan oleh kerajaan BN pimpinan Abdul Taib Mahmud, dengan mewujudkan zon larangan untuk mengelak kemasukan pihak-pihak NGO dan pemberita memasuki kawasan hulu Empangan Bakun.

Namun, para pekerja Bruno Manser Fund (BMF) telah berjaya memasuki kawasan larangan itu untuk melihat sendiri dan mengambil gambar-gambar foto berkaitan kemusnahan di sebalik empangan itu, yang kini telah dinaiki air dengan keluasan kawasan sebesar pulau Singapura di tengah-tengah negeri Sarawak.

Ini adalah kali pertama kami melihat sendiri keadaan kaum Ukit, yang masih mendiami kawasan mereka walaupun terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih tinggi kerana paras air yang semakin naik.

Taib mungkin boleh merasa gembira dengan kekayaan yang dijanjikan oleh Bakun untuk syarikat-syarikatnya, di samping beliau mempelawa syarikat peleburan logam dari luar negara untuk mendirikan kilang-kilang mereka di Sarawak.

Namun tidak sedikit pun tanda-tanda Bakun telah mendatangkan manfaat kepada orang yang empunya tanah-tanah di situ, yang pada mulanya telah ditebang oleh syarikat Ekran, yang dimiliki oleh anak-anak Taib bersama-sama kroni mereka, Ting Pek Kiing.

Taib telah memaksa berpuluh-puluh ribu orang asal berpindah meninggalkan kampung halaman mereka ke kem penempatan semula di Sungai Asap yang tidak kurang daifnya di segi keadaan dan kemudahan. Perpindahan itu dilaksanakan untuk memberi ruang kepada projek pembinaan Empangan Bakun, empangan kedua terbesar di dunia.

Taib telah menjanjikan bahawa orang-orang yang dipindahkan itu akan menikmati kehidupan yang jauh lebih selesa selari dengan arus ‘kemajuan dan pembangunan’ dunia yang semakin moden. Mereka juga dijanjikan bekalan elektrik dan air bersih yang percuma namun janji-janji itu tidak ditunaikan, malah ramai di kalangan orang-orang itu tidak mempunyai pekerjaan dan mereka tidak mampu membayar tambang bas untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Dengan itu, kitaran kemiskinan yang membelengu hidup mereka belum dapat dipecahkan.

Salah seorang ketua dari suku kaum yang masih menghuni kawasan hulu Bakun telah menjelaskan bahawa mereka akan tetap mendiami kawasan itu dan juga akan membina rumah panjang yang baru di kawasan yang lebih tinggi tidak jauh dari kampung halaman mereka yang telah ditenggelami air empangan itu.

Dengan menggunakan tenaga elektrik yang murah dari empangan Bakun, kerajaan BN pimpinan Taib Mahmud telah membina empangan itu dengan menggunakan secara paksa tabungan Wang Pencen. Kini Taib mula mempelawa syarikat-syarikat asing untuk membuka kilang peleburan logam di Sarawak.

Bagi setiap kontrak yang dikeluarkannya, Taib akan mempastikan bahawa syarikatnya, CMS, akan menerima habuan yang amat lumayan, hasil penggunaan elektrik yang murah itu. Pada laporan-laporan yang akan datang, Sarawak Report akan memfokuskan kepada skandal rasuah yang luar biasa itu.

Ingat, Empangan Bakun merupakan Peringkat 1 dari 12 Peringkat yang terkandung dalam rancangan koridor SCORE jelmaan igauan Abdul Taib Mahmud, dalam usahanya mengusir berpuluh-puluh ribu orang lagi dari kampung halaman mereka.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments