Konspirasi dalam Sarawak Club – Suatu Permainan Kotor!

Dengan Taib yang mengikis RM3.47 juta, menurut beliau, digunakan untuk membantu golongan miskin di Sarawak, beliau menganggap adalah berbaloi dengan mendermakan tanah yang bernilai RM30 juta kepada ahli-ahli dalam Sarawak Club.
Sarawak Club yang terletak di Kuching hanya dianggotai oleh orang-orang kaya di sekitar Kuching. Dalam tahun 2004, ketika mendermakan tanah itu kepada Sarawak Club, tujuannya adalah untuk membangunkan padang golf tersebut.

Siasatan kami mendedahkan maklumat bahawa urusan itu dicetuskan oleh lembaga pengarah Sarawak Club, yang kebetulannya dianggotai oleh para kroni dan juga ahli-ahli keluarga Abdul Taib Mahmud sendiri.

Sebagai contoh, Presiden kelab itu, Abdul Aziz Hussain adalah adik ipar Taib Mahmud. Kebetulannya Aziz diketahui cemerlang dalam bidang politik dan perniagaan, tambahan pula dia pernah bertugas sebagai Setiausaha Negeri Sarawak dan juga mengetuai syarikat Sarawak Energy.

Turut menganggotai lembaga kelab itu adalah Setiausaha Negeri yang berikutnya, Datuk Amar Abdul Ghani! Dengan mengelakkan memberi wang tunai kepada projek itu, Negeri Sarawak (yang dipimpin oleh Taib Mahmud) telah sebulat suara bersetuju untuk menyerahkan 62 ekar tanah perdana itu kepada lembaga pengarah dengan alasan untuk membangunkan kawasan yang bersebelahan dengan padang golf di situ.
Selama ini kawasan padang golf itu disewa dari UNIMAS.

Pendapat yang pelik itu dicetuskan, supaya para pemaju yang dilantik oleh lembaga pengarah akan dapat membayar kos projek dan mengambil keuntungan dari pembangunan atas tanah itu di masa akan datang.
Sarawak Club telah memperuntukkan RM12 juta dan mereka seharusnya telah dapat menjualkan sebahagian dari tanah mereka itu untuk membayar baki RM24 juta kepada pemaju, Liang Court, atau meminjam wang dari punca yang lain.

Namun, kerana urusan-urusan dikendalikan oleh para kroni Taib Mahmud, maka tidak wujud persaingan secara tender terbuka untuk melaksanakan projek itu. Liang Court telah menganggarkan RM24 juta, tetapi mereka telah bersetuju secara anih di mana kedua-dua belah pihak akan mendapat habuan hasil dari pengambilan tanah itu.
Malah, pada suatu ketika para pemaju merasa sangsi bahawa tanah itu mungkin tidak akan diserahkan oleh kerajaan Negeri, maka mereka menuntut petambahan ke atas perjanjian, di mana jika projek itu tidak dilaksanakan maka kelab itu hendaklah menjelaskan RM8 juta, menjadikan jumlah selepas penyelarasannya RM20 juta.
Maklumat-maklumat mengenai perbalahan itu telah timbul dalam dokumen-dokumen mahkamah, kerana lembaga pengarah Sarawak Club dan Liang Court kini sedang berbalah mengenai penyiapan projek itu. Sumber dalaman telah menganggarkan nilai sebenar tanah seluas 62 ekar yang telah diserahkan kepada pemaju untuk dibangunkan itu, supaya mereka dapat mendapatkan baki RM8 juta yang masih belum dijelaskan itu, sekurang-kurangnya RM30 juta.

Ini bermakna sekurang-kurangnya RM42 juta telah diserahkan untuk menjelaskan kos kerja-kerja bernilai RM20 juta. Maka orang awam pun tertanya-tanya, siapakah sebenarnya pemilik tanah itu dan kemanakah perginya lebihan keuntungan itu?
Kita dimaklumkan bahawa tanah itu telah dibahagi-bahagikan untuk menjadi 90 plot perumahan. Perkara itu dapat diperiksa di Pejabat Pendaftar Tanah. Suatu sebab kenapa ramai pihak yang terkejut adalah Jabatan Tanah dan Survei (dipimpin dan dikawal oleh Taib Mahmud sendiri) masih enggan menggunakan protokol yang betul untuk menerbitkan pemilikan plot-plot tanah itu.

Para pembeli plot-plot itu tidak seharusnya dimarahi jika mereka tertanya-tanya andainya terdapat perjanjian berahsia mengenai perlepasan tanah itu, yang bernilai lebih dari kos memajukan sebuah padang golf di situ.

Lagipun, kenapakah sekumpulan individu yang berbakat tinggi seperti ahli-ahli lembaga pengarah Sarawak Club membenarkan para pemaju membawa bersama mereka habuan yang amat lumayan sebagai bayaran untuk kerja yang sangat murah itu?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments