Masuk Melalui Lubang Jarum – Ibrahim Mahmud

Kata pepatah orang dulu-dulu mengatakan bahawa kekayaan di dunia ini tidak mungkin boleh kita bawa apabila kita meninggal nanti.
Banyak kebudayaan purba percaya bahawa si mati harus membawa harta yang dia himpunkan semasa dia masih hidup, tetapi para penggali kuburlah antara mereka yang akan gembira melarikan harta yang ditanam sedemikian.

Kekayaan Ibrahim

Seperti rakan-rakan setugasnya ketika menganggotai pasukan polis dulu, Ibrahim seharusnya menikmati pencennya dengan selesa. Namun jika saudaranya Taib Mahmud tidak mengamalkan rasuah sepanjang mengetuai kerajaan negeri Sarawak, maka pencen orang seperti Ibrahim sudah memadai dinikmatinya. Akan tetapi, Sarawak Report berjaya mendedahkan bukti-bukti bagaimana Taib membantu saudaranya Ibrahim menghimpunkan harta kekayaan yang amat besar jumlahnya. Kekayaan Ibrahim adalah berlandaskan kehidupan rakyat Sarawak.

Kami di Sarawak Report juga pernah mendedahkan bagaimana Taib telah dengan secara senyap-senyap menyalahgunakan kuasa menterinya merampas tanah negeri dan juga tanah-tanah NCR dan kemudiannya diserahkan kepada saudaranya Ibrahim dengan harga yang amat rendah.

Syarikat Masretus

Masretus Plantations merupakan salah satu cara berahsia yang melibatkan jual-beli tanah itu. Bukti sulit yang bocor dari Jabatan Tanah dan Survei mendedahkan bagaimana Taib telah menyerahkan konsesi untuk mengambil tanah-tanah NCR ti kawasan Sungai Retus. Harga premium yang dikenakan pada Ibrahim hanya berjumlah sekitar setengah juta ringgit dalam tahun 2008. Tidak ramai bekas pegawai polis mampu melakukan kerja seprti ini bagi menambahkan pendapatan mereka. Hanya sehingga penduduk di kawasan Sungai Retus mengetahui tanah-tanah NCR mereka telah menjadi milik Ibrahim, maka mahkamah mengatakan bahawa tempoh bantahan sudah tamat!
Inilah cara Abdul Taib Mahmud membantu keluarganya menghimpunkan kekayaan dengan menjadikan rakyatnya sendiri papa kedana.

Amgreen Plantation

Menerusi syarikat Amgreen Plantations juga Ibrahim Mahmud menghimpunkan kekayaannya. Sarawak Report pernah mendedahkan bagaimana Taib menyerahkan 5,000 hektar untuk secara berpura-pura membantu tabung Yayasan Sarawak. Yayasan Sarawak pada mulanya ditubuhkan untuk membantu pelajar-pelajar tempatan meneruskan pelajaran mereka. Dengan pengendalian yayasan yang berubah, maka nama baru pengurusannya menjadi Sarawak Foundation Plantations! Walaupun ianya kelihatan baik namun Taib sememangnya akan menentukan bahawa jumlah saham yang lebih besar dipegang oleh saudaranya, Ibrahim Mahmud. Berdasarkan maklumat yang bocor dari Jabatan Tanah dan Survei, Taib Mahmud telah bertindak bagi pihak kerajaan negeri meminta bayaran premium sebanyak RM3.7 juta untuk konsesi tanah seluas 5,000 hektar daripada saudaranya, Ibrahim Mahmud, menerusi syarikatnya, Network Jaya.

Ibrahim dan rakan kongsinya didapati hanya membayar premium berjumlah kurang dari RM2 juta kepada kerajaan Sarawak, dan kemudiannya menjualkan semula tanah-tanah itu dengan meletakkan tanda harga RM20 juta. Maka dengan bertambahnya kekayaan Ibrahim, siapa pula yang menjadi rugi? Sudah tentunya pihak yang menanggung kerugian adalah para pelajar, orang-orang tempatan dan pembayar cukai di Sarawak.

Sarawak Pulp Industries

Taib Mahmud juga didapati membantu saudaranya menambahkan kekayaan menerusi Sarawak Pulp Industries.
Sarawak Pulp Industries telah diberikan tanah perladangan kelapa sawit seluas lebih 10,000 hektar dengan harga premium yang kecil tetapi dijual semula dengan harga berpuluh-puluh juta ringgit!

Sarawak Pulp Industries juga dipertanggungjawabkan untuk membina kawasan perindustrian yang amat besar, Simalajau Industrial Park oleh kroninya Ting Peck King, dengan bantuan kewangan dari kerajaan negeri. Sekali lagi pemegang saham utama yang diberikan konsesi dan kontrak ke atas projek itu adalah Ibrahim Mahmud.
Selain Ibrahim yang memegang saham di situ, anak perempuan Taib, iaitu Hanifah Taib dan juga menantunya Anisa, iaitu bekas isteri anaknya Sulaiman Abdul Rahman.

Cats Radio

Salah satu cara Abdul Taib Mahmud berjaya melarikan dan menyembunyikan kekayaannya adalah dengan mengawal media bercetak dan media elektronik di Sarawak. Dengan demikian rakyat Sarawak sendiri tidak akan mengetahui kegiatan haram yang dilakukannya. Sebagai contoh Taib telah memberikan lesen penyiaran hanya kepada Cats Radio yang dimiliki oleh Kristal Harta. Kristal Harta pula dimiliki oleh Hanib Corporation yang dikendalikan oleh anaknya Hanifah Taib dan saudaranya Ibrahim Mahmud.

Sementara itu, kebenaran mengenai amalan-amalan terkutuk yang dilakukan oleh Taib, keluarganya dan juga kroninya kini dapat dibaca menerusi internet … dan mendengar siaran Radio Free Sarawak yang enggan memohon lesen penyiaran secara rasuah dari kerajaan negeri Sarawak pimpinan Abdul Taib Mahmud!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments