Permohonan Maaf BBC Mempertahankan Sarawak Report, Tetapi Bagaimana Dengan Bakun?

Lidah Barisan Nasional, seperti Borneo Post, telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menafikan integriti Sarawak Report and kesemua hasil siasatan kami, yang telah mendedahkan rasuah di sebalik kemusnahan hutan Borneo dan orang-orang asli yang menghuninya.

Kami dikatakan mempunyai “agenda-agenda tersembunyi” dan dituduh mengeluarkan maklumat-maklumat tidak berasas berdasarkan “sumber-sumber yang meragukan untuk membuat kenyataan dan tuduhan yang salah”.

Seperti yang pernah kami dedahkan, perkhidmatan FBC Media pernah digunakan oleh Abdul Taib Mahmud dengan bayaran sebanyak USD$5 juta kontrak selama setahun, khasnya untuk menangkis tuduhan-tuduhan kami. Ianya telah menjadi sebahagian besar dokumentasi kami yang mendedahkan rasuah yang dilakukan oleh Abdul Taib Mahmud. Jadi, siapakah yang akan anda percaya, pihak BBC atau Borneo Post? Dalam permohonan maaf secara meluas di seluruh dunia, yang dikeluarkan sebanyak empat kali BBC World Channel (hari Sabtu) dan dijangka dapat diikuti oleh lebih kurang 300 juta penonton, BBC telah mengakui bahawa sumber maklumatnya adalah FBC Media yang disewa oleh Taib Mahmud dan Najib Razak untuk mengeluarkan propaganda palsu pada rancangan-rancangan berita seperti kebiasaannya.

Penemuan oleh BBC itu pada mulanya berdasarkan maklumat yang kami keluarkan menerusi Sarawak Report (dan seterusnya yang telah kami salurkan kepada akhbar The Independent di UK) yang mengatakan bahawa pejabat Perdana Menteri telah menyewa dan membayar FBC Media sebanyak RM94 juta untuk mempromosikan perjalanan parti Barisan Nasional dan industri minyak kelapa sawit dalam siaran berita, menunjukkan FBC Media menerbitkan berita-berita seperti itu untuk BBC, CNBC dan juga CNN. Badan pemantau media UK, Ofcom, kini sedang menjalankan siasatan mereka terhadap isu-isu itu. Namun BBC telah bertindak cepat dengan mengisytiharkan bahawa ianya telah digoda dengan bayaran perkhidmatan penerbitan berita yang amat murah yang ditawarkan oleh FBC Media mengenai berita-berita di Malaysia dan kemudiannya, Sarawak.

Rancangan-rancangan berita berharga RM5!

Sementara itu, sebagai tanda kurangnya integriti mereka, pada mulanya FBC Media telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka melakukan kerja untuk Taib dan Najib. Menurut syarikat guaman yang mewakili mereka, syarikat Peter Carter Ruck, mendakwa FBC Media “tidak pernah berurusan dengan mana-mana kerajaan, termasuk Malaysia”!

Dakwaan mereka itu amat bercanggah dengan dokumen-dokumen dalaman yang didedahkan oleh Sarawak report, termasuk slaid-slaid persembahan berformat PowerPoint oleh FBC Media.

Jadi, apabila kita bercakap mengenai integriti dan kesahihan berita, adakah anda percaya akan Borneo Post, FBC Media dan media-media kawalan kerajaan Malaysia yang lain, atau adakah anda percaya pada Sarawak Report dan BBC?

Soalan-soalan untuk CNBC dan CNN

Sarawak Report kini mempunyai bukti-bukti yang menunjukkan bahawa CNBC bukan sahaja menggunakan perkhidmatan penerbitan FBC Media yang amat murah, namun sebaliknya ia telah mengenakan bayaran ke atas FBC Media kerana menggunakan platformnya untuk mengeluarkan berita, seperti World Business, untuk mempromosikan kliennya. CNBC seharusnya membayar FBC Media untuk mengeluarkan ‘berita-berita editorial dan hal ehwal semasa’, tetapi sebaliknya mereka meminta FBC Media membayar mereka sebanyak RM10 juta! Sementara itu, CNN masih cuba tidak mengendahkan bukti-bukti berkaitan rasuah yang menyelubungi penyiar kegemaran mereka John Defterios, yang telah bertugas selaku Presiden FBC Media bertahun-tahun lamanya.

Empangan Bakun

Jadi, apabila menyentuh soal integriti laporan yang berasaskan bukti-bukti, adakah anda percaya akan BBC dan Sarawak Report, atau Borneo Post, yang telah menuduh Sarawak Report secara melulu menyiarkan berita palsu mengenai pembinaan empangan Bakun?

Pihak kami telah mengeluarkan bukti berbentuk video yang disalurkan oleh staf senior di Bakun, yang menyatakan kerisauannya mengenai kegiatan penjimatan kos yang dilakukan oleh para pekerja pada empangan itu, termasuk menambah kuantiti air ke dalam campuran konkrit yang digunakan untuk membuat struktur utama empangan itu.

Sarawak Report tidak mengatakan bahawa empangan Bakun itu merbahaya dan kami juga tiada bukti untuk mengesahkan khabar angin yang mengatakan terdapat rekahan-rekahan pada permukaan konkrit di situ adalah benar.

Syarikat Hydro-Tasmania

Syarikat Hydro-Tasmania juga amat berminat untuk membina lebih banyak empangan yang Taib harapkan untuk menenggelamkan bumi Sarawak dalam beberapa tahun akan datang untuk kepentingan projek gergasinya, ‘Score’.

Dan, di Tasmania sendiri, syarikat Hydro-Tasmania juga disokong oleh sekumpulan ahli politik, yang telah sepakat menyokong syarikat Ta Ann milik sepupu Taib, Hamed Sepawi, dalam kegiatan mereka membalak di kepulauan itu, walaupun tunjuk perasaan dan suara-suara risau orang-orang tempatan sudah kedengaran.

Jika para pemerhati telah menunjukkan keresahan mengenai wujudnya urusan keluarga Taib di Tasmania, adakah syarikat Hydro-Tasmani sesuai dan berobjektif dijadikan pakar untuk menguji tahap keselamatan empangan Bakun?

Bukti dan maklumat adalah apa yang amat diperlukan, bukannya penafian dan pembidasan.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments