28 Feb 2012

‘Dato’ Kotor’ Dari Baram Mendapat Habuan!

This post is also available in: English, Iban

Kini kami dapat mengeluarkan kenyataan mengenai perniagaan yang dibelengu rasuah yang dikendalikan oleh Dato’ Jacob Sagan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Malaysia.

Kami berterima kasih kepada para pembaca kami, dan kami dapat mengenali dengan lebih dekat lagi siapa beliau, isteri beliau, saudara dan adik ipar beliau, yang kini turut bersamanya mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit kontrak-kontrak pembinaan biayaan kerajaan!

Kontrak Pembinaan Bernilai RM63 juta!

Kami mendapat maklumat dari para pembaca kami bahawa YB Jacob Sagan terlibat secara langsung dengan sebuah syarikat yang diberi nama Dema Tega Sdn Bhd, yang didaftarkan dan beralamat di Kuching, Sarawak.

Syarikat Dema Tega adalah di bawah arahan isterinya, Winnie Jolly, saudaranya Peter Usang Sagan dan adik iparnya (isteri Peter) Roseline Binti Andrew Gayu. Alangkah hebatnya Winnie, sebagai seorang isteri ahli politik. Bayangkan kebolehannya mengendalikan kerja-kerja untuk konstituensi pilihanraya suaminya, lawatan-lawatan luar negara menteri suaminya, menjaga makan-pakai keluarganya dan juga bertindak selaku pengarah bagi beberapa buah syarikat pembalakan dan juga projek-projek biayaan kerajaan negeri bernilai berjuta-juta ringgit!

Masalahnya sekarang, orang-orang yang berkedudukan menteri tidak seharusnya melibatkan diri secara umum dalam kontrak-kontrak biayaan kerajaan. Adakah syarikat Dema Tega dapat bersaing dengan syarikat-syarikat lain yang lebih layak mengerjakan projek-projek jika kontrak-kontrak itu ditawarkan secara terbuka dan penuh persaingan, atau adakah Dema Tega akan sub-kontrakkan kerja-kerja yang mereka dapat nanti?

Sementara itu, ruangan komen kami kini dikunjungi oleh maklumat-maklumat dari para pembaca kami mengenai aktiviti-aktivit perniagaan dan kontrak berkaitan pembinaan Empangan Baram. Menurut para pembaca kami juga, YB Jacob Sagan merupakan antara pemegang lesen mengendalikan stesen petrol Petronas di Kuching, Sarawak!

Soalan-soalan Untuk Najib

Pada umum, YB Jacob Sagan adalah anak kampung dari kawasan Baram, tetapi beliau juga seorang menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan, yang akan bertanding dalam pilihanraya parlimen nanti. Jacob Sagan juga mewakili Kerajaan Malaysia di luar negara sebagai seorang menteri berprofil tinggi di peringkat antarabangsa. Justeru itu, apakah tindakan Najib dan pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan penuh rasuah yang dilakukan oleh YB Jacob Dungau Sagan itu?

Kini Terserahlah Pada Para Pengundi

Walaupun parti BN akan menggunakan taktik menipu dalam pilihanraya parlimen akan datang untuk menang, tetapi YB Jacob Sagan akan dilihat sebagai melalui peluang yang terakhir kerana pengundinya kini sudah mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Setelah berbulan-bulan lamanya mereka dalam keadaan keliru kenapa rancangan pembinaan Empangan Baram dijelmakan. Kini lebih ramai orang tahu, kesetiaan YB Jacob Sagan sudah tergadai menggunakan kontrak-kontrak yang besar kepada Abdul Taib Mahmud untuk meneruskan pembinaan empangan itu.

27 Feb 2012

Taib Beroleh Habuan Lagi Dalam SCORE!

This post is also available in: English, Iban

Bersempena suku kaum Ukit yang menjalani kehidupan harian mereka mendiami gigi air di hulu Bakun, Taib Mahmud bersenang-lenang menambahkan kekayaannya dari Empangan Bakun.

Beberapa siri usahasama telah diproses, kesemuanya diadakan untuk menambah keuntungan kepada syarikat-syarikat Taib Mahmud sekeluarga, dalam bentuk kontrak-kontrak, dengan kemasukan pelabur-pelabur asing.

Tiada satu pun kontrak-kontrak itu melalui sistem tender terbuka dan telus, termasuk usahasama dengan syarikat-syarikat seperti O M Holdings dan Asia Minerals dan juga cadangan ‘usahasama’ dengan syarikat Rio Tinto Alcan. Apa yang menarik pelabur-pelabur itu adalah kos tenaga elektrik dari Empangan Bakun yang amat rendah, dan juga percukaian yang rendah jika syarikat-syarikat itu bersetuju untuk menjalankan perusahaan mereka di kawasan SCORE (sebuah kawasan industri berat jelmaan impian Abdul Taib Mahmud sendiri).

Tenaga elektrik yang murah bermaksud pulangan yang rendah juga untuk Tabung Pesara (yang telah digunakan secara paksa untuk membiayai pembinaan Bakun), tetapi pulangan yang amat lumayan untuk syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti mereka menyertai usahasama multi-nasional, di mana Taib sendiri turut menanam modal di situ.
Cukai yang minima juga bermaksud pulangan yang kecil untuk negeri Sarawak selama beberapa tahun akan datang.

Sebaliknya, syarikat-syarikat milik Taib juga menikmati percukaian yang rendah, kerana mereka turut berusahasama di samping syarikat-syarikat dari luar negara itu!
Perkara ini telah menjadikan Sarawak Report mengemukakan suatu soalan, kenapakah Pesuruhjaya Tinggi Australia, Miles Kupa, amat berminat memberikan sokongannya dalam usahasama yang dibelengu rasuah itu.

Kami pernah mendokumentasikan minat Miles Kupa dalam rundingan Taib Mahmud dengan Rio Tinto Alcan dalam 60% pelaburan di dalam perusahaan melebur aluminium.
Taib telah meluluskan keseluruhan projek itu kepada syarikat RM2.00 milik keluarganya, CMS, yang seterusnya bakal meraih keuntungan berbilion-bilion ringgit jika Rio Tinto Alcan melibatkan diri! Beribu-ribu orang di Australia akan kehilangan punca pendapatan jika Rio Tinto Alcan memindahkan industri mereka ke negeri Sarawak!

Kami dapat membuktikan bahawa Miles Kupa memberikan sokongannya kepada “syarikat Australia”, O M Holdings, yang telah memeterai perjanjian dengan CMS milik Taib, untuk mendapatkan kebenaran mendirikan kemudahan melebur manganese di dalam kawasan SCORE.

O M Materials (Sarawak) Sdn Bhd, adalah jentera milik O M Holdings yang telah bersetuju untuk berusahasama dengan CMS (80% O M Holdings, dan 20% lagi, CMS) untuk mendirikan fasiliti peleburan manganese bernilai RM450 juta di kawasan Samalaju, Sarawak.

O M Holdings sebenarnya adalah sebuah syarikat yang beribu-pejabat di Singapura dan telah dikorporatkan di Bermuda. Namun, kenapakah Miles Kupa beria-ia sangat mewakili pengerusi mereka, Ngee Tong Low?

O M Holdings mempunyai hubungan yang erat dengan China, yang kini berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan bahagian dalam penggunaan bahan mentah Sarawak dan akan mengembangkan kawalannya ke atas negeri itu dengan menawarkan pinjaman yang besar untuk membina lebih banyak empangan hidro untuk menyokong projek SCORE impian Taib Mahmud!

Keuntungan dari projek peleburan manganese yang akan dinikmati oleh orang-orang Australia dan Sarawak adalah kabur. Projek itu akan mendatangkan kesan kerosakan terhadap alam sekitar dan pencemaran secara meluas, manakala perusahaan-perusahaan yang besar akan menggunakan tenaga elektrik yang amat murah.

27 Feb 2012

Dibeli Dengan Kayu Belian! MP BN Menggadaikan Pengundi Kawasan Baram

This post is also available in: English, Iban

Masyarakat tempatan yang mendiami sepanjang sungai Baram telah tergadai oleh MP pilihan mereka sendiri, seorang Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian di peringkat Kerajaan Persekutuan, YB Jacob Sagan.

Sarawak Report telah mendapat maklumat yang menyatakan Jacob Sagan telah memberikan sokongan kepada tuannya, Abdul Taib Mahmud yang merancang untuk menenggelamkan sebahagian kawasan Baram yang dibeli dengan dua konsesi menebang kayu belian.

Empangan Hidro Elektrik Baram yang dirancangkan itu meliputi kawasan hutan seluas 400 kilometer persegi dan akan memindahkan seramai 20,000 orang dari kawasan pilihanrayanya termasuk kampung halaman kelahirannya sendiri, Long Anap. Para pengundinya tidak mengetahui kegiatan yang dijalankan oleh Jacob Sagan yang menyokong pembinaan Empangan Baram, yang bakal memusnahkan salah sebuah hutan hujan tropika yang bernilai tinggi termasuk kediaman orang-orang asli di situ.

Peta-peta kami memaparkan bukti bahawa Jacob Sagan telah menyerahkan dua buah konsesi untuk menebang kayu belian bernilai tinggi bertempat di dalam kawasan pilihanrayanya sendiri!

Konsesi untuk menebang kayu yang standard amat jarang merangkumi kayu belian, sejenis kayu bernilai tinggi yang kini semakin pupus dari hutan Borneo.

Peta-peta kami juga memaparkan jaringan konsesi-konsesi menebang kayu belian di kawasan Baram, yang merangkumi hutan hujan tropika berserta nama-nama syarikat dan nombor-nombor lesen mereka.

Syarikat-syarikat yang terbabit dengan konsesi itu adalah Winjac Sdn Bhd dan Milisha Holdings Sdn Bhd.

Peta-peta yang lebih luas memperlihatkan kedua-dua konsesi itu merangkumi kawasan di tengah-tengah Baram, berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia dan tidak jauh dari kampung halaman kelahiran Jacob Sagan di Long Anap.

Nilai konsesi-konsesi itu mencecah jutaan ringgit, menurut mereka yang pakar dalam kegiatan itu. Seharusnya duit dari konsesi itu digunakan untuk membiayai sekolah-sekolah, jalanraya, tenaga elektrik dan pam air dan juga elaun-elaun tertentu. Namun orang asli di kawasan Baram masih hidup dalam kedaifan dan serba kekurangan.

Kami mendapati para pemegang saham dalam Milisha Holdings Sdn Bhd adalah Jacob Sagan sendiri dan isterinya Winnie Jolly!

Pihak kita menuntut jawapan dari Abdul Taib Mahmud dan Jacob Sagan kenapakah mereka mengabaikan tanggungjawab mereka menguatkuasakan undang-undang berkaitan angkara itu. Ini kerana, memberikan konsesi secara rahsia kepada seseorang MP dari parti politik yang sama adalah merupakan suatu skandal yang bercanggah kepentingan dengan tugas dan tanggungjawab seorang menteri sesebuah kerajaan.

Selepas ini kita mungkin akan mengetahui berapa ramaikah pengundi yang akan tahu dan sedar akan perkara berkaitan konsesi belian yang menyumbangkan keuntungan jutaan ringgit, terima kasih kepada keputusan bijak Menteri Perancangan dan Sumber, Abdul Taib Mahmud.

Selepas itu, adalah wajar kita mengetahui berapakah jumlah yang telah dibayar oleh Jacob Sagan ke atas konsesi rahsia berkenaan hutan dan tanah milik para pengundinya yang selama ini telah menyokong BN pimpinan Abdul Taib Mahmud?

Namun setakat ini, oleh kerana Taib Mahmud sedang menyembunyikan apa jua perkara berkaitan pemberian konsesi-konsesi pembalakan, kami sukar mendapatkan maklumat dan bukti berapakah jumlah yang dibayar oleh Jacob Sagan, jika ada.

Kini jelaslah kesetiaan Jacob Sagan terhadap tuannya Abdul Taib Mahmud dibeli dengan kayu belian!

Kerana dibeli dengan kayu belian, maka Jacob Sagan tidak lagi berupaya memperjuangkan hak-hak para pengundinya.

Malah jika Taib terus berniat untuk menenggelamkan hutan dan tanah mereka, merosakkan kehidupan mereka dan mengusir saudara-maranya ke penempatan yang baru pada pampasan yang minima, Jacob Sagan tetap setia kepada Abdul Taib Mahmud.

Jika dia tidak menyokong rencana tuannya itu, Jacob Sagan dan isterinya serta keluarganya akan kehilangan konsesi kayu belian dan akhirnya akan hidup dengan gaji menterinya RM12,000 sebulan.

  • captain jack sparrow

    Dibeli dengan kayu belian! YB Jacob Sagan sanggup menggadaikan pengundi kawasan Baram kerana takut dan ikut terlunjuk tuannya Abdul Taib Mahmud..kita kick out YB BN pada PRU-13 ini..terlalu banyak melakukan RASUAH…..

  • LEPO LAENG GALZ

    INI RUPANYA CERITA SI LUNCAI SEBENAR….TERJUN DENGAN LABU LABUNYA

22 Feb 2012

Kemajuan Dan Pembangunan?

This post is also available in: English, Iban

Inilah sebahagian dari pemandangan yang cuba disembunyikan oleh kerajaan BN pimpinan Abdul Taib Mahmud, dengan mewujudkan zon larangan untuk mengelak kemasukan pihak-pihak NGO dan pemberita memasuki kawasan hulu Empangan Bakun.

Namun, para pekerja Bruno Manser Fund (BMF) telah berjaya memasuki kawasan larangan itu untuk melihat sendiri dan mengambil gambar-gambar foto berkaitan kemusnahan di sebalik empangan itu, yang kini telah dinaiki air dengan keluasan kawasan sebesar pulau Singapura di tengah-tengah negeri Sarawak.

Ini adalah kali pertama kami melihat sendiri keadaan kaum Ukit, yang masih mendiami kawasan mereka walaupun terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih tinggi kerana paras air yang semakin naik.

Taib mungkin boleh merasa gembira dengan kekayaan yang dijanjikan oleh Bakun untuk syarikat-syarikatnya, di samping beliau mempelawa syarikat peleburan logam dari luar negara untuk mendirikan kilang-kilang mereka di Sarawak.

Namun tidak sedikit pun tanda-tanda Bakun telah mendatangkan manfaat kepada orang yang empunya tanah-tanah di situ, yang pada mulanya telah ditebang oleh syarikat Ekran, yang dimiliki oleh anak-anak Taib bersama-sama kroni mereka, Ting Pek Kiing.

Taib telah memaksa berpuluh-puluh ribu orang asal berpindah meninggalkan kampung halaman mereka ke kem penempatan semula di Sungai Asap yang tidak kurang daifnya di segi keadaan dan kemudahan. Perpindahan itu dilaksanakan untuk memberi ruang kepada projek pembinaan Empangan Bakun, empangan kedua terbesar di dunia.

Taib telah menjanjikan bahawa orang-orang yang dipindahkan itu akan menikmati kehidupan yang jauh lebih selesa selari dengan arus ‘kemajuan dan pembangunan’ dunia yang semakin moden. Mereka juga dijanjikan bekalan elektrik dan air bersih yang percuma namun janji-janji itu tidak ditunaikan, malah ramai di kalangan orang-orang itu tidak mempunyai pekerjaan dan mereka tidak mampu membayar tambang bas untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Dengan itu, kitaran kemiskinan yang membelengu hidup mereka belum dapat dipecahkan.

Salah seorang ketua dari suku kaum yang masih menghuni kawasan hulu Bakun telah menjelaskan bahawa mereka akan tetap mendiami kawasan itu dan juga akan membina rumah panjang yang baru di kawasan yang lebih tinggi tidak jauh dari kampung halaman mereka yang telah ditenggelami air empangan itu.

Dengan menggunakan tenaga elektrik yang murah dari empangan Bakun, kerajaan BN pimpinan Taib Mahmud telah membina empangan itu dengan menggunakan secara paksa tabungan Wang Pencen. Kini Taib mula mempelawa syarikat-syarikat asing untuk membuka kilang peleburan logam di Sarawak.

Bagi setiap kontrak yang dikeluarkannya, Taib akan mempastikan bahawa syarikatnya, CMS, akan menerima habuan yang amat lumayan, hasil penggunaan elektrik yang murah itu. Pada laporan-laporan yang akan datang, Sarawak Report akan memfokuskan kepada skandal rasuah yang luar biasa itu.

Ingat, Empangan Bakun merupakan Peringkat 1 dari 12 Peringkat yang terkandung dalam rancangan koridor SCORE jelmaan igauan Abdul Taib Mahmud, dalam usahanya mengusir berpuluh-puluh ribu orang lagi dari kampung halaman mereka.

20 Feb 2012

Kartunis Zunar Berkempen Di UK!

This post is also available in: English, Iban

Orang awam dari kalangan warga kota yang lalu-lalang melewati ‘Malaysia’s Speakers’ Corner’ di London telah merasa terhibur dengan kartun-kartun yang dilukis secara spontan oleh seorang pelukis ‘nakal’ dari Malaysia pada hujung minggu ini.

Zunar telah melukis di Malaysia sama seperti kegiatan pelukis-pelukis antarabangsa lain di UK dan tempat lain yang mengamalkan kebebasan bersuara, merupakan suatu satira kepada ahli-ahli politik. Di UK sendiri, Perdana Menteri David Cameron telah digambarkan sebagai suatu kondom kerana dasarnya dan pandangannya mengenai seks. Sumbangan pelukis sedemikian boleh menghiburkan orang ramai, tetapi kebanyakan ahli politik tidak menyenanginya.
Di Malaysia, kerajaan BN tidak suka digambarkan menerusi kartun, dan kegiatan Zunar dianggap boleh menggugat negara dan bangsa, maka seorang kartunis seperti Zunar dicap sebagai seorang pengganas.

Najib Razak telah digambarkannya sebagai seorang lelaki yang lemah-lembut yang bertindak menurut arahan isterinya Rosmah, dan isterinya pula digambarkan dua kali ganda saiz badannya!

Kerana ‘kenakalannya’ Zunar telah, pada suatu petang, diberkas polis dan dimasukkan ke dalam tujuh buah lokap secara berpindah-pindah untuk menyukarkan rakan-rakan pejuangnya mengesannya! Kemudian polis memikirkan untuk menahannya di bawah akta hasutan kerana dia dianggap merbahaya dan dituduh mempunyai motif untuk menjatuhkan kerajaan.

Namun, seperti kebiasaannya, tindakan BN itu adalah ‘senjata makan tuannya’. Tindakan mereka telah mengharumkan lagi nama dan imej Zunar sebagai pejuang kebangsaan! Zunar telah berpegang pada senjatanya … hanya bersenjatakan sebatang pen lukisan.

Pada bulan-bulan sebelumnya Zunar telah mengadakan pameran kartunnya di seluruh Eropah dan pada kali ini dia berada di kota London bersama koleksi terkini hasil tangannya, yang mendapat sokongan kumpulan NGO, Freedom Of Speech, Article 19 di Free World Centre di jalan Farrington, London.

Zunar telah melancarkan pamerannya di hadapan sebuah audien pada minggu lalu dan mengatakan kepada mereka bahawa sebarang kerajaan yang tidak suka digambarkan adalah petanda kerajaan itu akan jatuh. Para audiennya turut ketawa.

Abdul Taib Mahmud juga tidak ketinggalan dalam hasil karikatur Zunar. Taib digambarkan sebagai sebuah patung Sphinx dan juga menyerupai imej kedua Tun Mahathir. Malah pada lukisan terkininya, Taib digambarkan sebagai berlari tanpa arah dan tujuan sambil melaung-laungkan retorik kemajuan dan pembangunannya, tetapi negeri Sarawak sendiri sudah ketandusan sumber alamnya kerana dimamah Taib sendiri. Taib kelihatan sebagai suatu kuasa yang mulai pudar!

17 Feb 2012

Skandal dalam SALCO – Bagaimana Taib Akan Meraih Keuntungan Berbilion-bilion Dari Bakun!

This post is also available in: English, Iban

Kaum keluarga yang telah dipindahkan dari Bakun sudah tentunya ingin mengetahui bagaimana Taib Mahmud sekeluarga merancang untuk meraih keuntungan berbilion-bilion ringgit untuk mereka sendiri dari hidro elektrik Bakun dengan bermodalkan hanya RM2.00 sahaja!

Kami dapat mendedahkan bagaimana syarikat SALCO (iaitu Sarawak Aluminium Company Sdn Bhd), iaitu sebuah syarikat yang telah diberi lesen untuk mendirikan kilang peleburan aluminium di Samalaju, Sarawak, yang akan dijana menggunakan tenaga elektrik yang murah dari empangan hidro-elektrik Bakun, adalah milik syarikat CMS.
Syarikat SALCO telah memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat gergasi multi-nasional, Rio Tinto Alcan dan CMS, setelah dua buah syarikat itu memeterai perjanjian awal dalam tahun 2007 untuk meneroka peluang melabur dalam projek peleburan aluminium.

Dalam tahun 2008 pula, usahasama itu telah mendapat lesen untuk mendirikan kilang dari kerajaan pusat, dan kemudiannya mereka memeterai perjanjian dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk mendapatkan kebenaran menggunakan tenaga elektrik. Kini kilang peleburan aluminium itu menjadi projek utama dalam SCORE yang dibesar-besarkan oleh Taib Mahmud selama ini.

Pelaburan dalam SALCO menyaksikan penglibatan Rio Tinto Alcan (60% saham) dan CMS (40%).

Berdasarkan kajian yang kami jalankan ke atas perkara persyarikatan, SALCO hanya memegang dua saham, yang diagihkan satu ringgit setiap satu, dan kedua-duanya dipegang oleh syarikat Samalaju Aluminium Industries Sdn Bhd.

Kami seterusnya mendapati bahawa syarikat Samalaju Aluminium Industries Sdn Bhd sebenarnya dimiliki oleh Samalaju Industries yang 100% dimiliki oleh CMS! Namun, pada awal minggu ini jurucakap syarikat Rio Tinto Alcan mengatakan bahawa mereka tiada sebarang hubungan perniagaan di negeri Sarawak.

Memandangkan syarikat CMS milik keluarga Taib bukannya syarikat yang arif dalam kerja-kerja peleburan aluminium, maka adalah janggal jika kerajaan Negeri Sarawak dan kerajaan Persekutuan di KL menyokong SALCO dengan memberi lesen untuk meneruskan kerja-kerja mereka itu!

Jurucakap Rio Tinto Alcan telah mengesahkan pada Sarawak Report bahawa syarikat multi-nasional itu mempunyai pegangan saham sebanyak 60% seperti yang dijanjikan dalam SALCO, jika mereka dapat menggunakan bekalan tenaga elektrik yang murah sebagai mana yang mereka minta.

Ini bermakna Rio Tinto Alcan akan membeli 60% saham dalam SALCO milik Taib Mahmud sekeluarga. Inilah perjanjian yang diidam-idamkan oleh Taib dan menantunya, Robert Geneid, pada sebuah mesyuarat bersama Rio Tinto Alcan di Kuching pada bulan yang lalu (laporan boleh dilihat dalam Borneo Post).

Cuba fikirkan berapa besarkah keuntungan yang diraih oleh CMS, jika Rio Tinto Alcan berjaya membeli 60% saham dalam projek gergasi peleburan aluminium itu nanti!
Antara individu yang akan memegang saham nanti adalah aruah isteri Taib iaitu Laila, dan diikuti oleh empat orang anaknya.

Kita harus ingat bahawa Taib telah melabur seminima RM2.00 sahaja. Dan kenapakah CMS sanggup membahagikan 60% saham kepada Rio Tinto Alcan pada kadar yang rendah?
Sebenarnya, jika perjanjian untuk menggunakan tenaga elektrik yang murah keluaran Sarawak Energy Bhd (yang dikawalselia oleh sepupu Taib sendiri, Hamed Sepawi), CMS tentu akan meraih keuntungan berbilion-bilion ringgit hanya bermodalkan RM2.00 dalam usahama dengan SALCO!

Kini Taib diketahui telah membelakangkan sistem tender terbuka, maka kerajaan negeri Sarawak tidak akan mendapat keuntungan yang ketara walaupun setelah ianya mengeluarkan lesen berkaitan projek ityu nanti. Justeru itu, seperti kebiasaannya, semua syarikat tempatan yang lainnya tidak berpeluang menjadi kontraktor induk, tetapi sekadar menjadi sub-kontraktor di CMS sahaja.

Kita juga harus ingat bahawa tabungan Wang Pencen, sebagai mana yang diminta secara paksa oleh menteri-menteri Taib, akan digunakan dalam pelaburan pembinaan Bakun, agar projek itu sentiasa terapung, kerana syarikat-syarikat tempatan telah meragui akan kejayaan projek itu dahulu. Rio Tinto Alcan telah mengesahkan bahawa mereka akan mewujudkan sebanyak 4,700 pekerjaan dalam SCORE, namun sehingga kini, tiada seorang pun dari Sarawak berjaya bekerja di Pressmetal Sarawak itu.

Akhirnya, apakah yang bakal menimpa nasib pekerja-pekerja industri peleburan aluminium Rio Tinto Alcan di Tasmania?

Rio Tinto Alcan telah bercadang untuk menjualkan projek mereka di Tasmania, kerana mereka dijangka telah menemui negara lain yang kos operasinya jauh lebih murah!
Kini Taib Mahmud sendiri sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di peringkat kerajaan pusat.

Kini kita tahu bahawa orang yang merancang projek berkenaan adalah Taib Mahmud dan menantunya Robert Geneid supaya mereka dapat menjadi lebih kaya.

Oleh yang demikian, adakah betul bagi syarikat-syarikat gergasi multi-nasional seperti Rio Tinto Alcan menarik diri dari projek mereka di Tasmania kerana ingin berniaga dengan hanya seorang individu seperti Abdul Taib Mahmud dari negeri Sarawak?

16 Feb 2012

Terlalu Korup! – Inilah Masanya Kita Menyoal Kepentingan Negara Luar menyokong Taib

This post is also available in: English, Iban

Pada hari ini, suatu kempen di luar negara telah menghala perhatiannya ke Sarawak – termasuk ke arah syarikat-syarikat yang dijemput melabur dengan kerajaan Taib Mahmud yang terlalu korup. Di negara Switzerland sendiri, Bruno Manser Fund (BMF) telah mengadakan kempen untuk membantah projek-projek hidro-elektrik yang akan membawa kerosakan dan kemusnahan di Sarawak. Tindakan BMF itu mendapat sokongan NGO yang lain.

Kempen-kempen sedemikian telah berjaya menyatu-padukan banyak NGO yang menyatakan kerisauan mereka berkaitan projek-projek Australia dan kerajaan Taib Mahmud yang korup itu.

Syarikat Ta Ann telah didapati menjual produk-produk berasaskan kayu yang mereka dakwa sebagai “eco-wood” dan “hutan tanam semula”, namun sebenarnya produk-produk itu dihasilkan menggunakan kayu dari hutan dara Tasmania!

Setelah tipu-muslihat Ta Ann didedahkan, keuntungan syarikat itu didapati merosot sehingga 50%, yang menunjukkan kemerosotan itu bukan berpunca dari pihak yang membantah, tetapi berpunca dari pasaran yang telah terkilan kerana dikelirukan oleh iklan palsu Ta Ann.

Selepas itu juga Ta Ann dijangka akan mengakui kesilapannya sendiri kerana telah menyebabkan kekeliruan pada para pengguna produk mereka. Menerusi sebuah siaran di Radio Tasmania, jurucakap Ta Ann, Greg Hickey telah didengar mengakui kesilapan mereka itu yang telah berbohong menerusi iklan mereka di Jepun.
Ahli Parlimen bebas Tasmania, Paul Hariss telah mengetuai sebuah kempen untuk membuka hutan di kepulauan itu yang akan diusahakan oleh Ta Ann. Di sini kami ingin bertanya, apakah objektif Paul Hariss dalam kempen itu.

Ta Ann telah menyatakan mereka menghadapi kerugian di Tasmania sebaik sahaja mereka beroperasi di situ. Bersempena kerugian yang dialami Ta Ann itu, syarikat Hydro-Tasmania telah menunjukkan minat mereka untuk meraih keuntungan berjuta-juta ringgit di Sarawak menerusi program pembinaan empangan hidro-elektrik yang telah mendapat tentangan, di mana kumpulan-kumpulan NGO telah mengemukakan bantahan mereka hari ini!

Hydo-Tasmani amat berminat untuk mendapatkan kontrak yang besar-besar membina sebanyak 12 buah empangan di seluruh Sarawak seperti yang dirancang oleh Abdul Taib Mahmud selama ini.

Dengan bermulanya kegiatan Hydro-Tasmania di Sarawak, bukan hanya orang-orang di Sarawak sahaja yang akan kehilangan pekerjaan. Malah orang-orang di Tasmania juga akan kehilangan punca pendapatan mereka seandainya syarikat Rio Tinto Alcan menghentikan operasi mereka di Tasmania dan berpindah ke Sarawak. Mereka berpindah adalah untuk membuka kilang peleburan aluminium di Sarawak. Perpindahan itu dilihat sebagai suatu muslihat untuk mencari tempat baru (Sarawak) yang kos buruhnya jauh lebih murah, serta undang-undang mengenai kualiti udara yang tidak begitu ketat.

Pada laporan akan datang, Sarawak Report tetap akan mempersoalkan hubungan antara Australia dengan kerajaan Sarawak pimpinan Abdul Taib Mahmud!

13 Feb 2012

“Kaum Penan” Adalah “Perkara Remeh”, Bagaikan Haiwan Zoo! – Kenyataan Seorang Pesuruhjaya Malaysia Yang Menyinggung Perasaan Masyarakat Luar Negara

This post is also available in: English, Iban

Inilah kali pertama orang-orang di UK merasa terkejut mendengar kenyataan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK, Datuk Seri Zakaria Sulong. Beliau telah meluahkan kata-kata yang tidak terkawal, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Borneo Post. Zakaria Sulong sememangnya menunggu kunjungan para pemberita dari Sarawak (yang dipaksa bekerja di institusi penerbitan yang dikawalselia oleh Taib Mahmud, seperti Borneo Post) menangkis golongan NGO yang sentiasa melaporkan masalah pelanggaran hak asasi manusia dan masalah berkaitan alam sekitar di Sarawak.

Perkara yang remeh-temeh?

Zakaria Sulong telah didengar merungut atas aktiviti NGO yang “gemar memperbesarkan perkara-perkara remeh, seperti haiwan zoo dan kaum Penan di Sarawak!” Pada hari ini Bruno Manser Fund (BMF) telah menunjukkan kemarahan mereka terhadap masalah yang melanda kaum Penan dan kaum-kaum orang asal yang lain, dan mengatakan Zakaria Sulong itu tidak sensitif dan bersikap rasis.

Dengan kenyataannya itu BMF telah menggesa Datuk Seri Zakaria Sulong untuk meletak jawatannya sebagai Pesuruhjaya Tinggi dengan serta-merta.

Kini banyak kumpulan NGO dan orang-perseorangan sedar akan masalah yang melanda hak asasi manusia, terutamanya yang melanda kaum-kaum orang asli di Sarawak, di mana para pembalak telah memusnahkan tempat tinggal mereka di hutan-hutan.

Kumpulan-kumpulan NGO itu merangkumi Bruno Manser Fund, Survival, Greenpeace, Borneo Project, Friends Of The Earth, Fern, Rainforest Alliance, dan banyak lagi NGO dari Malaysia seperti Brimas, Suhakam, termasuk parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Kaum Penan adalah suatu kaum di Sarawak yang kediaman mereka terganggu akibat pembalakan dan pembukaan ladang-ladang kelapa sawit secara meluas. Sama seperti kaum-kaum orang asal yang lain, kaum Penan juga telah kehilangan tanah NCR kerana dirampas oleh syarikat-syarikat pembalakan yang membeli lesen dan konsesi dari Abdul Taib Mahmud, namun kaum Penan itu tidak dibayar apa-apa pampasan, dan tidak juga melihat sebarang ‘pembangunan’ yang dijanji dari hasil penjualan kayu balak dan pembukaan ladang-ladang kelapa sawit di kawasan mereka.

Tambahan pula terdapat banyak laporan mengenai kes rogol ke atas golongan perempuan kaum Penan itu.

Disamakan dengan haiwan zoo

Maka, apakah jawapan Taib Mahmud untuk menangkis laporan seorang perempuan Penan yang pernah dirogol termasuk mereka yang berusia semuda 10 tahun? Walaupun kumpulan penyiasat Malaysia memang mengesahkan tuduhan kesalahan itu, namun Taib sentiasa menghalang sebarang siasatan terperinci dijalankan.

Mungkin itulah sebabnya Taib sentiasa mengatakan kaum Penan Kristian yang mendiami hutan itu serupa dengan kumpulan binatang. Selain Taib, menteri kabinetnya, James Masing, ketika ditemubual oleh pemberita dari UK iaitu BBC Television berkaitan kes seorang budak perempuan Penan yang pernah dirogol dan dipukul sehingga pengsan oleh perogolnya bukanlah perkara yang serius, kerana menurut James masing kaum Penan adalah suatu kaum yang “gatal” walau di peringkat usia yang muda!

Perkara seperti ini yang dibesar-besarkan oleh NGO, tetapi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Seri Zakaria Sulong mengatakan itu adalah “perkara yang remeh-temeh”!
Menurut kenyataannya yang dirakamkan oleh Borneo Post, Zakaria Sulong mengakui cerita-cerita sedemikian akan mencemarkan nama baik Malaysia.

Kuasa Kebenaran

Kuasa kumpulan NGO berpaksikan pelaporan benar dan sahih. Tetapi di Malaysia akhbar-akhbar tempatan seperti Borneo Post tetap dihalang melaporkan berita-berita yang benar dan sahih jika ianya berkaitan dengan masalah pelanggaran hak asasi manusia dan masalah kerosakan alam sekitar.

Akhbar-akhbar tempatan di Sarawak hanya digesa untuk melaporkan pergerakan Ketua Menteri dan mengenai mimpi-mimpinya terutama mengenai ‘pembangunan’ dan projek gergasi SCORE.

Akhbar-akhbar tempatan diharamkan melaporkan sesuatu yang boleh memalukan Ketua Menteri.

Pada suatu ketika dahulu akhbar-akhbar tempatan di Malaysia hanya membesar-besarkan berita mengenai kes seorang budak Malaysia yang dibelasah dalam suatu rusuhan di kota London, dan tidak pula menunjukkan simpati terhadap masalah yang melanda kaum Dayak di dalam negeri Sarawak sendiri.

Apakah masalah yang melanda kaum Dayak dan kes rogol ke atas budak perempuan Penan itu tidak serius?

Zakaria Sulong telah menuduh tetamu NGO ke Borneo Post yang gemar membesar-besarkan masalah di Sarawak sebagai mempunyai “agenda tersembunyi”. Tetapi agenda mengenai kegiatan Taib Mahmud dan para pembalak yang merosakkan alam sekitar tidak diketahui.

‘Haiwan Zoo’

Apakah maksud “haiwan zoo” yang disebut oleh Zakaria Sulong yang merujuk kepada kaum Penan? Adakah itu caranya untuk mempromosikan industri pelancongan ke Malaysia? Zakaria telah didapati merendah-rendahkan sesuatu kaum dan juga menafikan keindahan alam sekitar di Sarawak.

Terdapat beratus-ratus spesis haiwan liar, dalam masa 30 tahun mendiami hutan, kini dilanda masalah kepupusan, dan haiwan-haiwan yang dikurung dalam zoo yang dipertontonkan kepada tetamu asing pula tidak akan hidup selamanya. Kerajaan BN Malaysia sangat gemar berpura-pura menunjukkan simpati terhadap haiwan orang utan, yang mana habitat orang utan itu banyak yang telah dimusnahkan bagi memberi ruang pada pembukaan ladang-ladang kelapa sawit. Begitulah sikap sebenar kerajaan BN yang digambarkan oleh kenyataan-kenyataan Datuk Seri Zakaria Sulong.

Menurut Zakaria Sulong lagi, orang utan, seperti juga kaum Penan dilanda kelaparan adalah “perkara yang remeh-temeh” tidak ubah juga seperti “haiwan zoo”.

Seorang diplomat?

Maka siapakah yang harus merungut tentang kesibukan kumpulan NGO. Jika bukannya Zakaria Sulong yang menceritakan kisah-kisah benar dan sahih berkaitan hidup serba kekurangan kaum Penan?

Usahlah kita mendesak Zakaria Sulong meletak jawatannya, tetapi kita harus terus bertanyakan pandangannya!

  • josh

    saya juga kaum penan dan mempunyai pencapaian pendidikan setanding james masing..dia ingat dia baik sangat???pirahhhh….mereka blh perbodohkan kaum penan yg tggl dikampung dan mereka tidak sedar bahawa banyak lagi anak2 penan yang telah hidup dibandar malah setanding dengan kaum lain…pemimpin mcm ni xlayak memegang jawatan itu.

13 Feb 2012

Permohonan Maaf BBC Mempertahankan Sarawak Report, Tetapi Bagaimana Dengan Bakun?

This post is also available in: English, Iban

Lidah Barisan Nasional, seperti Borneo Post, telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menafikan integriti Sarawak Report and kesemua hasil siasatan kami, yang telah mendedahkan rasuah di sebalik kemusnahan hutan Borneo dan orang-orang asli yang menghuninya.

Kami dikatakan mempunyai “agenda-agenda tersembunyi” dan dituduh mengeluarkan maklumat-maklumat tidak berasas berdasarkan “sumber-sumber yang meragukan untuk membuat kenyataan dan tuduhan yang salah”.

Seperti yang pernah kami dedahkan, perkhidmatan FBC Media pernah digunakan oleh Abdul Taib Mahmud dengan bayaran sebanyak USD$5 juta kontrak selama setahun, khasnya untuk menangkis tuduhan-tuduhan kami. Ianya telah menjadi sebahagian besar dokumentasi kami yang mendedahkan rasuah yang dilakukan oleh Abdul Taib Mahmud. Jadi, siapakah yang akan anda percaya, pihak BBC atau Borneo Post? Dalam permohonan maaf secara meluas di seluruh dunia, yang dikeluarkan sebanyak empat kali BBC World Channel (hari Sabtu) dan dijangka dapat diikuti oleh lebih kurang 300 juta penonton, BBC telah mengakui bahawa sumber maklumatnya adalah FBC Media yang disewa oleh Taib Mahmud dan Najib Razak untuk mengeluarkan propaganda palsu pada rancangan-rancangan berita seperti kebiasaannya.

Penemuan oleh BBC itu pada mulanya berdasarkan maklumat yang kami keluarkan menerusi Sarawak Report (dan seterusnya yang telah kami salurkan kepada akhbar The Independent di UK) yang mengatakan bahawa pejabat Perdana Menteri telah menyewa dan membayar FBC Media sebanyak RM94 juta untuk mempromosikan perjalanan parti Barisan Nasional dan industri minyak kelapa sawit dalam siaran berita, menunjukkan FBC Media menerbitkan berita-berita seperti itu untuk BBC, CNBC dan juga CNN. Badan pemantau media UK, Ofcom, kini sedang menjalankan siasatan mereka terhadap isu-isu itu. Namun BBC telah bertindak cepat dengan mengisytiharkan bahawa ianya telah digoda dengan bayaran perkhidmatan penerbitan berita yang amat murah yang ditawarkan oleh FBC Media mengenai berita-berita di Malaysia dan kemudiannya, Sarawak.

Rancangan-rancangan berita berharga RM5!

Sementara itu, sebagai tanda kurangnya integriti mereka, pada mulanya FBC Media telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka melakukan kerja untuk Taib dan Najib. Menurut syarikat guaman yang mewakili mereka, syarikat Peter Carter Ruck, mendakwa FBC Media “tidak pernah berurusan dengan mana-mana kerajaan, termasuk Malaysia”!

Dakwaan mereka itu amat bercanggah dengan dokumen-dokumen dalaman yang didedahkan oleh Sarawak report, termasuk slaid-slaid persembahan berformat PowerPoint oleh FBC Media.

Jadi, apabila kita bercakap mengenai integriti dan kesahihan berita, adakah anda percaya akan Borneo Post, FBC Media dan media-media kawalan kerajaan Malaysia yang lain, atau adakah anda percaya pada Sarawak Report dan BBC?

Soalan-soalan untuk CNBC dan CNN

Sarawak Report kini mempunyai bukti-bukti yang menunjukkan bahawa CNBC bukan sahaja menggunakan perkhidmatan penerbitan FBC Media yang amat murah, namun sebaliknya ia telah mengenakan bayaran ke atas FBC Media kerana menggunakan platformnya untuk mengeluarkan berita, seperti World Business, untuk mempromosikan kliennya. CNBC seharusnya membayar FBC Media untuk mengeluarkan ‘berita-berita editorial dan hal ehwal semasa’, tetapi sebaliknya mereka meminta FBC Media membayar mereka sebanyak RM10 juta! Sementara itu, CNN masih cuba tidak mengendahkan bukti-bukti berkaitan rasuah yang menyelubungi penyiar kegemaran mereka John Defterios, yang telah bertugas selaku Presiden FBC Media bertahun-tahun lamanya.

Empangan Bakun

Jadi, apabila menyentuh soal integriti laporan yang berasaskan bukti-bukti, adakah anda percaya akan BBC dan Sarawak Report, atau Borneo Post, yang telah menuduh Sarawak Report secara melulu menyiarkan berita palsu mengenai pembinaan empangan Bakun?

Pihak kami telah mengeluarkan bukti berbentuk video yang disalurkan oleh staf senior di Bakun, yang menyatakan kerisauannya mengenai kegiatan penjimatan kos yang dilakukan oleh para pekerja pada empangan itu, termasuk menambah kuantiti air ke dalam campuran konkrit yang digunakan untuk membuat struktur utama empangan itu.

Sarawak Report tidak mengatakan bahawa empangan Bakun itu merbahaya dan kami juga tiada bukti untuk mengesahkan khabar angin yang mengatakan terdapat rekahan-rekahan pada permukaan konkrit di situ adalah benar.

Syarikat Hydro-Tasmania

Syarikat Hydro-Tasmania juga amat berminat untuk membina lebih banyak empangan yang Taib harapkan untuk menenggelamkan bumi Sarawak dalam beberapa tahun akan datang untuk kepentingan projek gergasinya, ‘Score’.

Dan, di Tasmania sendiri, syarikat Hydro-Tasmania juga disokong oleh sekumpulan ahli politik, yang telah sepakat menyokong syarikat Ta Ann milik sepupu Taib, Hamed Sepawi, dalam kegiatan mereka membalak di kepulauan itu, walaupun tunjuk perasaan dan suara-suara risau orang-orang tempatan sudah kedengaran.

Jika para pemerhati telah menunjukkan keresahan mengenai wujudnya urusan keluarga Taib di Tasmania, adakah syarikat Hydro-Tasmani sesuai dan berobjektif dijadikan pakar untuk menguji tahap keselamatan empangan Bakun?

Bukti dan maklumat adalah apa yang amat diperlukan, bukannya penafian dan pembidasan.

9 Feb 2012

Konspirasi dalam Sarawak Club – Suatu Permainan Kotor!

This post is also available in: English, Iban

Dengan Taib yang mengikis RM3.47 juta, menurut beliau, digunakan untuk membantu golongan miskin di Sarawak, beliau menganggap adalah berbaloi dengan mendermakan tanah yang bernilai RM30 juta kepada ahli-ahli dalam Sarawak Club.
Sarawak Club yang terletak di Kuching hanya dianggotai oleh orang-orang kaya di sekitar Kuching. Dalam tahun 2004, ketika mendermakan tanah itu kepada Sarawak Club, tujuannya adalah untuk membangunkan padang golf tersebut.

Siasatan kami mendedahkan maklumat bahawa urusan itu dicetuskan oleh lembaga pengarah Sarawak Club, yang kebetulannya dianggotai oleh para kroni dan juga ahli-ahli keluarga Abdul Taib Mahmud sendiri.

Sebagai contoh, Presiden kelab itu, Abdul Aziz Hussain adalah adik ipar Taib Mahmud. Kebetulannya Aziz diketahui cemerlang dalam bidang politik dan perniagaan, tambahan pula dia pernah bertugas sebagai Setiausaha Negeri Sarawak dan juga mengetuai syarikat Sarawak Energy.

Turut menganggotai lembaga kelab itu adalah Setiausaha Negeri yang berikutnya, Datuk Amar Abdul Ghani! Dengan mengelakkan memberi wang tunai kepada projek itu, Negeri Sarawak (yang dipimpin oleh Taib Mahmud) telah sebulat suara bersetuju untuk menyerahkan 62 ekar tanah perdana itu kepada lembaga pengarah dengan alasan untuk membangunkan kawasan yang bersebelahan dengan padang golf di situ.
Selama ini kawasan padang golf itu disewa dari UNIMAS.

Pendapat yang pelik itu dicetuskan, supaya para pemaju yang dilantik oleh lembaga pengarah akan dapat membayar kos projek dan mengambil keuntungan dari pembangunan atas tanah itu di masa akan datang.
Sarawak Club telah memperuntukkan RM12 juta dan mereka seharusnya telah dapat menjualkan sebahagian dari tanah mereka itu untuk membayar baki RM24 juta kepada pemaju, Liang Court, atau meminjam wang dari punca yang lain.

Namun, kerana urusan-urusan dikendalikan oleh para kroni Taib Mahmud, maka tidak wujud persaingan secara tender terbuka untuk melaksanakan projek itu. Liang Court telah menganggarkan RM24 juta, tetapi mereka telah bersetuju secara anih di mana kedua-dua belah pihak akan mendapat habuan hasil dari pengambilan tanah itu.
Malah, pada suatu ketika para pemaju merasa sangsi bahawa tanah itu mungkin tidak akan diserahkan oleh kerajaan Negeri, maka mereka menuntut petambahan ke atas perjanjian, di mana jika projek itu tidak dilaksanakan maka kelab itu hendaklah menjelaskan RM8 juta, menjadikan jumlah selepas penyelarasannya RM20 juta.
Maklumat-maklumat mengenai perbalahan itu telah timbul dalam dokumen-dokumen mahkamah, kerana lembaga pengarah Sarawak Club dan Liang Court kini sedang berbalah mengenai penyiapan projek itu. Sumber dalaman telah menganggarkan nilai sebenar tanah seluas 62 ekar yang telah diserahkan kepada pemaju untuk dibangunkan itu, supaya mereka dapat mendapatkan baki RM8 juta yang masih belum dijelaskan itu, sekurang-kurangnya RM30 juta.

Ini bermakna sekurang-kurangnya RM42 juta telah diserahkan untuk menjelaskan kos kerja-kerja bernilai RM20 juta. Maka orang awam pun tertanya-tanya, siapakah sebenarnya pemilik tanah itu dan kemanakah perginya lebihan keuntungan itu?
Kita dimaklumkan bahawa tanah itu telah dibahagi-bahagikan untuk menjadi 90 plot perumahan. Perkara itu dapat diperiksa di Pejabat Pendaftar Tanah. Suatu sebab kenapa ramai pihak yang terkejut adalah Jabatan Tanah dan Survei (dipimpin dan dikawal oleh Taib Mahmud sendiri) masih enggan menggunakan protokol yang betul untuk menerbitkan pemilikan plot-plot tanah itu.

Para pembeli plot-plot itu tidak seharusnya dimarahi jika mereka tertanya-tanya andainya terdapat perjanjian berahsia mengenai perlepasan tanah itu, yang bernilai lebih dari kos memajukan sebuah padang golf di situ.

Lagipun, kenapakah sekumpulan individu yang berbakat tinggi seperti ahli-ahli lembaga pengarah Sarawak Club membenarkan para pemaju membawa bersama mereka habuan yang amat lumayan sebagai bayaran untuk kerja yang sangat murah itu?

6 Feb 2012

Masuk Melalui Lubang Jarum – Ibrahim Mahmud

This post is also available in: English, Iban

Kata pepatah orang dulu-dulu mengatakan bahawa kekayaan di dunia ini tidak mungkin boleh kita bawa apabila kita meninggal nanti.
Banyak kebudayaan purba percaya bahawa si mati harus membawa harta yang dia himpunkan semasa dia masih hidup, tetapi para penggali kuburlah antara mereka yang akan gembira melarikan harta yang ditanam sedemikian.

Kekayaan Ibrahim

Seperti rakan-rakan setugasnya ketika menganggotai pasukan polis dulu, Ibrahim seharusnya menikmati pencennya dengan selesa. Namun jika saudaranya Taib Mahmud tidak mengamalkan rasuah sepanjang mengetuai kerajaan negeri Sarawak, maka pencen orang seperti Ibrahim sudah memadai dinikmatinya. Akan tetapi, Sarawak Report berjaya mendedahkan bukti-bukti bagaimana Taib membantu saudaranya Ibrahim menghimpunkan harta kekayaan yang amat besar jumlahnya. Kekayaan Ibrahim adalah berlandaskan kehidupan rakyat Sarawak.

Kami di Sarawak Report juga pernah mendedahkan bagaimana Taib telah dengan secara senyap-senyap menyalahgunakan kuasa menterinya merampas tanah negeri dan juga tanah-tanah NCR dan kemudiannya diserahkan kepada saudaranya Ibrahim dengan harga yang amat rendah.

Syarikat Masretus

Masretus Plantations merupakan salah satu cara berahsia yang melibatkan jual-beli tanah itu. Bukti sulit yang bocor dari Jabatan Tanah dan Survei mendedahkan bagaimana Taib telah menyerahkan konsesi untuk mengambil tanah-tanah NCR ti kawasan Sungai Retus. Harga premium yang dikenakan pada Ibrahim hanya berjumlah sekitar setengah juta ringgit dalam tahun 2008. Tidak ramai bekas pegawai polis mampu melakukan kerja seprti ini bagi menambahkan pendapatan mereka. Hanya sehingga penduduk di kawasan Sungai Retus mengetahui tanah-tanah NCR mereka telah menjadi milik Ibrahim, maka mahkamah mengatakan bahawa tempoh bantahan sudah tamat!
Inilah cara Abdul Taib Mahmud membantu keluarganya menghimpunkan kekayaan dengan menjadikan rakyatnya sendiri papa kedana.

Amgreen Plantation

Menerusi syarikat Amgreen Plantations juga Ibrahim Mahmud menghimpunkan kekayaannya. Sarawak Report pernah mendedahkan bagaimana Taib menyerahkan 5,000 hektar untuk secara berpura-pura membantu tabung Yayasan Sarawak. Yayasan Sarawak pada mulanya ditubuhkan untuk membantu pelajar-pelajar tempatan meneruskan pelajaran mereka. Dengan pengendalian yayasan yang berubah, maka nama baru pengurusannya menjadi Sarawak Foundation Plantations! Walaupun ianya kelihatan baik namun Taib sememangnya akan menentukan bahawa jumlah saham yang lebih besar dipegang oleh saudaranya, Ibrahim Mahmud. Berdasarkan maklumat yang bocor dari Jabatan Tanah dan Survei, Taib Mahmud telah bertindak bagi pihak kerajaan negeri meminta bayaran premium sebanyak RM3.7 juta untuk konsesi tanah seluas 5,000 hektar daripada saudaranya, Ibrahim Mahmud, menerusi syarikatnya, Network Jaya.

Ibrahim dan rakan kongsinya didapati hanya membayar premium berjumlah kurang dari RM2 juta kepada kerajaan Sarawak, dan kemudiannya menjualkan semula tanah-tanah itu dengan meletakkan tanda harga RM20 juta. Maka dengan bertambahnya kekayaan Ibrahim, siapa pula yang menjadi rugi? Sudah tentunya pihak yang menanggung kerugian adalah para pelajar, orang-orang tempatan dan pembayar cukai di Sarawak.

Sarawak Pulp Industries

Taib Mahmud juga didapati membantu saudaranya menambahkan kekayaan menerusi Sarawak Pulp Industries.
Sarawak Pulp Industries telah diberikan tanah perladangan kelapa sawit seluas lebih 10,000 hektar dengan harga premium yang kecil tetapi dijual semula dengan harga berpuluh-puluh juta ringgit!

Sarawak Pulp Industries juga dipertanggungjawabkan untuk membina kawasan perindustrian yang amat besar, Simalajau Industrial Park oleh kroninya Ting Peck King, dengan bantuan kewangan dari kerajaan negeri. Sekali lagi pemegang saham utama yang diberikan konsesi dan kontrak ke atas projek itu adalah Ibrahim Mahmud.
Selain Ibrahim yang memegang saham di situ, anak perempuan Taib, iaitu Hanifah Taib dan juga menantunya Anisa, iaitu bekas isteri anaknya Sulaiman Abdul Rahman.

Cats Radio

Salah satu cara Abdul Taib Mahmud berjaya melarikan dan menyembunyikan kekayaannya adalah dengan mengawal media bercetak dan media elektronik di Sarawak. Dengan demikian rakyat Sarawak sendiri tidak akan mengetahui kegiatan haram yang dilakukannya. Sebagai contoh Taib telah memberikan lesen penyiaran hanya kepada Cats Radio yang dimiliki oleh Kristal Harta. Kristal Harta pula dimiliki oleh Hanib Corporation yang dikendalikan oleh anaknya Hanifah Taib dan saudaranya Ibrahim Mahmud.

Sementara itu, kebenaran mengenai amalan-amalan terkutuk yang dilakukan oleh Taib, keluarganya dan juga kroninya kini dapat dibaca menerusi internet … dan mendengar siaran Radio Free Sarawak yang enggan memohon lesen penyiaran secara rasuah dari kerajaan negeri Sarawak pimpinan Abdul Taib Mahmud!

3 Feb 2012

Kaitan Keluarga Hii dalam Asia Plywood dan Keluarga Abdul Taib Mahmud

This post is also available in: English, Iban

Sumber maklumat dari dalam industri perkayuan Sarawak mendedahkan di sebalik skandal Asia Plywood adalah sebuah keluarga yang berpusat di Miri Sarawak, iaitu keluarga Hii.

Asia Plywood yang menyewa kemudahan kilang kayu ‘Tegas Kesuma’ yang beroperasi di Tanjung Manis merupakan industri menghasilkan produk papanlapis yang terbesar di Malaysia.

Kami boleh mendedahkan secara berbukti bahawa kilang kayu Tegas kesuma menerima bekalan kayu dari syarikat Fonsen Timber Sdn Bhd menerusi Fonsen Holdings milik keluarga Hii.

Keluarga Hii menerima konsesi dari rakan kongsi mereka iaitu Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Bin Mahmud, untuk menebang hutan di sekitar Bintulu-Miri untuk membuka lebih banyak lagi kawasan perladangan kelapa sawit.

Taib, yang bertanggungjawab sebenuhnya secara peribadi mengeluarkan konsesi untuk menebang hutan sejak 30 tahun yang lalu. Sebelum itu, beliau pernah mengkritik bapa saudaranya iaitu Abdul Rahman Ya’akub kerana pernah berbuat sedemikian semasa menjadi ketua menteri!

Semua produk kayu dari negeri Sarawak tidak pernah mendapat pensijilan dari pejabat Forest Stewardship Council (FSC) di UK kerana mendapati Taib telah menebang hutan secara tidak terkawal dan tidak menjalankan dasar penghutanan berterusan.

Suatu contoh, di mana sebuah syarikat perladangan yang terbesar di Sarawak, Delta Padi sentiasa menerima konsesi menebang kayu dari Ketua Menteri. Syarikat itu dikendalikan oleh keluarga Hii bersama syarikat Mesti Bersatu milik keluarga Abdul Taib Mahmud!

Sebuah lagi syarikat yang sedang mewujudkan hubungan dengan keluarga Taib adalah Kingwood Inns dan Kingwood Travel Services Sdn Bhd. Inilah salah satu cara Taib menghimpunkan kekayaannya dan keluarganya menerusi kegiatan rasuah bersekongkol dengan keluarga Hii.

Sebelum ini kami pernah mendedahkan bagaimana Taib dipromosikan membantu mengisi tabung ‘Alam Sekitar’ Prince Albert dari Monaco di suatu majlis pertunjukan fesyen Islam. Bersempena majlis itu Prince Albert telah menerima sekeping cek bernilai 100,000 euro yang diserahkan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor, tetapi punca sebenar duit sejumlah itu datangnya dari keluarga Hii yang dihulurkan menerusi tangan Taib Mahmud!

Hubungan perniagaan keluarga Taib dengan keluarga Hii juga dapat ditemui dalam syarikat Bormill Wood (Trengganu) Sdn Bhd yang dikendalikan oleh Jamilah Taib dan keluarga Hii, dan juga Sarawak Company Sdn Bhd yang dikendalikan oleh saudara Taib, iaitu Tufail Mahmud bersama keluarga Hii.

Dan, bagaimana pula projek kongsi antara adik Taib, Raziah Mahmud dengan keluarga Hii dalam pembinaan jalan pintas Lapangan Terbang di Miri? Sebagaimana yang pernah kami laporkan, Taib telah menyerahkan suatu kawasan tanah yang amat luas berhampiran bandar Miri kepada adik perempuannya itu menerusi syarikat Kumpulan Parabena dan Miri Properties (di mana Taib juga memegang saham, menerusi syarikatnya Mesti Bersatu). Setelah berjaya mendapatkan kontrak itu Raziah didapati menyerahkan projek itu kepada sub-kontraktor Rich Venture milik keluarga Hii!

1 Feb 2012

Skandal Eksport Hasil Kayu Balak Sarawak Memberi tamparan kepada UK!

This post is also available in: English, Iban

Dua buah dari kedai berangkaian terkemuka Britain telah didapati mengelirukan pelanggan mereka mengenai hasil kayu ‘mesra-ekologi’ seperti yang didedahkan oleh akhbar terkemuka UK, the Daily Mail. Pihak kami boleh mengesahkan bahawa B & Q dan juga Wickes, yang pakar dalam perniagaan bahan binaan dan perhiasan dari hasil kayu, telah didapati menjual kayu yang diimport dari Sarawak, disebalik label yang mendakwa bahan-bahan itu dibekalkan oleh sumber-sumber yang bertanggungjawab.
Namun sebenarnya agensi akreditasi UK, Forest Stewardship Council (FSC), telah enggan mengesahkan sebarang kayu import dari Sarawak, disebabkan oleh ketamakan dan kegiatan pembalakan haram yang direstui oleh Ketua Menteri Taib Mahmud dan juga kroni-kroninya.

Rangkaian kedai itu, yang memiliki beratus-ratus buah cawangan di seluruh UK kini berpotensi untuk didakwa di bawah undang-undang kepenggunaan kerana mengelirukan pengguna-pengguna mereka.

Penipuan di sebalik skandal itu melibatkan sebuah syarikat dari Malaysia yang bernama Asia Plywood Company, yang telah secara terbuka mengiklankan sebagai pengeksport terbesar kayu Meranti dan papanlapis hutan tropika di Malaysia.

Kesemua papanlapis di kedai itu telah dicap Asia Plywood dengan logo lesen dari FSC. Selain itu papan-papanlapis itu juga dilekatkan pelekat kebenaran yang mengatakan pembuatannya “dikeluarkan dengan kebenaran dari sumber-sumber yang bertanggungjawab”.

Syarikat-syarikat B & Q dan Wickes telah menyebabkan produk-produk lain yang disahkan oleh FSC sukar untuk menjual hasil mereka. Namun harga papanlapis yang rendah itu telah menyebabkan pakar-pakar hasil kayu terkejut apabila mereka mendapati bahawa kesemua papanlapis itu adalah kayu keras hutan tropika, seperti kayu Meranti – sama bahannya dengan yang dieksport dalam kuantiti yang banyak oleh Asia Plywood melalui pelabuhan Tanjung Manis.

Pihak berkuasa di Britain telah dengan segera menarik balik lesen Asia Plywood dan mula menjalankan siasatan yang terperinci.
Pihak FSC juga telah mengesahkan ianya telah menanggalkan logo-logo akreditasinya dari kesemua papanlapis Asia Plywood Company, maksudnya Asia Plywood tidak lagi dibenarkan menggunakan logo FSC pada semua produknya.

Namun Asia Plywood Company tetap berdegil dan tidak menghiraukan larangan pihak FSC.

Jika Asia Plywood menanggalkan kesemua pelekat FSC dari kesemua papanlapis, syarikat B & Q akan kehilangan pelanggan mereka!
Tindakan segera harus diambil untuk menghalang kroni-kroni Taib Mahmud terus menjual lebih banyak hasil kayu keras Sarawak yang bernilai tinggi ke UK.