Skandal Eksport Hasil Kayu Balak Sarawak Memberi tamparan kepada UK!

Dua buah dari kedai berangkaian terkemuka Britain telah didapati mengelirukan pelanggan mereka mengenai hasil kayu ‘mesra-ekologi’ seperti yang didedahkan oleh akhbar terkemuka UK, the Daily Mail. Pihak kami boleh mengesahkan bahawa B & Q dan juga Wickes, yang pakar dalam perniagaan bahan binaan dan perhiasan dari hasil kayu, telah didapati menjual kayu yang diimport dari Sarawak, disebalik label yang mendakwa bahan-bahan itu dibekalkan oleh sumber-sumber yang bertanggungjawab.
Namun sebenarnya agensi akreditasi UK, Forest Stewardship Council (FSC), telah enggan mengesahkan sebarang kayu import dari Sarawak, disebabkan oleh ketamakan dan kegiatan pembalakan haram yang direstui oleh Ketua Menteri Taib Mahmud dan juga kroni-kroninya.

Rangkaian kedai itu, yang memiliki beratus-ratus buah cawangan di seluruh UK kini berpotensi untuk didakwa di bawah undang-undang kepenggunaan kerana mengelirukan pengguna-pengguna mereka.

Penipuan di sebalik skandal itu melibatkan sebuah syarikat dari Malaysia yang bernama Asia Plywood Company, yang telah secara terbuka mengiklankan sebagai pengeksport terbesar kayu Meranti dan papanlapis hutan tropika di Malaysia.

Kesemua papanlapis di kedai itu telah dicap Asia Plywood dengan logo lesen dari FSC. Selain itu papan-papanlapis itu juga dilekatkan pelekat kebenaran yang mengatakan pembuatannya “dikeluarkan dengan kebenaran dari sumber-sumber yang bertanggungjawab”.

Syarikat-syarikat B & Q dan Wickes telah menyebabkan produk-produk lain yang disahkan oleh FSC sukar untuk menjual hasil mereka. Namun harga papanlapis yang rendah itu telah menyebabkan pakar-pakar hasil kayu terkejut apabila mereka mendapati bahawa kesemua papanlapis itu adalah kayu keras hutan tropika, seperti kayu Meranti – sama bahannya dengan yang dieksport dalam kuantiti yang banyak oleh Asia Plywood melalui pelabuhan Tanjung Manis.

Pihak berkuasa di Britain telah dengan segera menarik balik lesen Asia Plywood dan mula menjalankan siasatan yang terperinci.
Pihak FSC juga telah mengesahkan ianya telah menanggalkan logo-logo akreditasinya dari kesemua papanlapis Asia Plywood Company, maksudnya Asia Plywood tidak lagi dibenarkan menggunakan logo FSC pada semua produknya.

Namun Asia Plywood Company tetap berdegil dan tidak menghiraukan larangan pihak FSC.

Jika Asia Plywood menanggalkan kesemua pelekat FSC dari kesemua papanlapis, syarikat B & Q akan kehilangan pelanggan mereka!
Tindakan segera harus diambil untuk menghalang kroni-kroni Taib Mahmud terus menjual lebih banyak hasil kayu keras Sarawak yang bernilai tinggi ke UK.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments