Taib Beroleh Habuan Lagi Dalam SCORE!

Bersempena suku kaum Ukit yang menjalani kehidupan harian mereka mendiami gigi air di hulu Bakun, Taib Mahmud bersenang-lenang menambahkan kekayaannya dari Empangan Bakun.

Beberapa siri usahasama telah diproses, kesemuanya diadakan untuk menambah keuntungan kepada syarikat-syarikat Taib Mahmud sekeluarga, dalam bentuk kontrak-kontrak, dengan kemasukan pelabur-pelabur asing.

Tiada satu pun kontrak-kontrak itu melalui sistem tender terbuka dan telus, termasuk usahasama dengan syarikat-syarikat seperti O M Holdings dan Asia Minerals dan juga cadangan ‘usahasama’ dengan syarikat Rio Tinto Alcan. Apa yang menarik pelabur-pelabur itu adalah kos tenaga elektrik dari Empangan Bakun yang amat rendah, dan juga percukaian yang rendah jika syarikat-syarikat itu bersetuju untuk menjalankan perusahaan mereka di kawasan SCORE (sebuah kawasan industri berat jelmaan impian Abdul Taib Mahmud sendiri).

Tenaga elektrik yang murah bermaksud pulangan yang rendah juga untuk Tabung Pesara (yang telah digunakan secara paksa untuk membiayai pembinaan Bakun), tetapi pulangan yang amat lumayan untuk syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti mereka menyertai usahasama multi-nasional, di mana Taib sendiri turut menanam modal di situ.
Cukai yang minima juga bermaksud pulangan yang kecil untuk negeri Sarawak selama beberapa tahun akan datang.

Sebaliknya, syarikat-syarikat milik Taib juga menikmati percukaian yang rendah, kerana mereka turut berusahasama di samping syarikat-syarikat dari luar negara itu!
Perkara ini telah menjadikan Sarawak Report mengemukakan suatu soalan, kenapakah Pesuruhjaya Tinggi Australia, Miles Kupa, amat berminat memberikan sokongannya dalam usahasama yang dibelengu rasuah itu.

Kami pernah mendokumentasikan minat Miles Kupa dalam rundingan Taib Mahmud dengan Rio Tinto Alcan dalam 60% pelaburan di dalam perusahaan melebur aluminium.
Taib telah meluluskan keseluruhan projek itu kepada syarikat RM2.00 milik keluarganya, CMS, yang seterusnya bakal meraih keuntungan berbilion-bilion ringgit jika Rio Tinto Alcan melibatkan diri! Beribu-ribu orang di Australia akan kehilangan punca pendapatan jika Rio Tinto Alcan memindahkan industri mereka ke negeri Sarawak!

Kami dapat membuktikan bahawa Miles Kupa memberikan sokongannya kepada “syarikat Australia”, O M Holdings, yang telah memeterai perjanjian dengan CMS milik Taib, untuk mendapatkan kebenaran mendirikan kemudahan melebur manganese di dalam kawasan SCORE.

O M Materials (Sarawak) Sdn Bhd, adalah jentera milik O M Holdings yang telah bersetuju untuk berusahasama dengan CMS (80% O M Holdings, dan 20% lagi, CMS) untuk mendirikan fasiliti peleburan manganese bernilai RM450 juta di kawasan Samalaju, Sarawak.

O M Holdings sebenarnya adalah sebuah syarikat yang beribu-pejabat di Singapura dan telah dikorporatkan di Bermuda. Namun, kenapakah Miles Kupa beria-ia sangat mewakili pengerusi mereka, Ngee Tong Low?

O M Holdings mempunyai hubungan yang erat dengan China, yang kini berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan bahagian dalam penggunaan bahan mentah Sarawak dan akan mengembangkan kawalannya ke atas negeri itu dengan menawarkan pinjaman yang besar untuk membina lebih banyak empangan hidro untuk menyokong projek SCORE impian Taib Mahmud!

Keuntungan dari projek peleburan manganese yang akan dinikmati oleh orang-orang Australia dan Sarawak adalah kabur. Projek itu akan mendatangkan kesan kerosakan terhadap alam sekitar dan pencemaran secara meluas, manakala perusahaan-perusahaan yang besar akan menggunakan tenaga elektrik yang amat murah.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments