Terlalu Korup! – Inilah Masanya Kita Menyoal Kepentingan Negara Luar menyokong Taib

Pada hari ini, suatu kempen di luar negara telah menghala perhatiannya ke Sarawak – termasuk ke arah syarikat-syarikat yang dijemput melabur dengan kerajaan Taib Mahmud yang terlalu korup. Di negara Switzerland sendiri, Bruno Manser Fund (BMF) telah mengadakan kempen untuk membantah projek-projek hidro-elektrik yang akan membawa kerosakan dan kemusnahan di Sarawak. Tindakan BMF itu mendapat sokongan NGO yang lain.

Kempen-kempen sedemikian telah berjaya menyatu-padukan banyak NGO yang menyatakan kerisauan mereka berkaitan projek-projek Australia dan kerajaan Taib Mahmud yang korup itu.

Syarikat Ta Ann telah didapati menjual produk-produk berasaskan kayu yang mereka dakwa sebagai “eco-wood” dan “hutan tanam semula”, namun sebenarnya produk-produk itu dihasilkan menggunakan kayu dari hutan dara Tasmania!

Setelah tipu-muslihat Ta Ann didedahkan, keuntungan syarikat itu didapati merosot sehingga 50%, yang menunjukkan kemerosotan itu bukan berpunca dari pihak yang membantah, tetapi berpunca dari pasaran yang telah terkilan kerana dikelirukan oleh iklan palsu Ta Ann.

Selepas itu juga Ta Ann dijangka akan mengakui kesilapannya sendiri kerana telah menyebabkan kekeliruan pada para pengguna produk mereka. Menerusi sebuah siaran di Radio Tasmania, jurucakap Ta Ann, Greg Hickey telah didengar mengakui kesilapan mereka itu yang telah berbohong menerusi iklan mereka di Jepun.
Ahli Parlimen bebas Tasmania, Paul Hariss telah mengetuai sebuah kempen untuk membuka hutan di kepulauan itu yang akan diusahakan oleh Ta Ann. Di sini kami ingin bertanya, apakah objektif Paul Hariss dalam kempen itu.

Ta Ann telah menyatakan mereka menghadapi kerugian di Tasmania sebaik sahaja mereka beroperasi di situ. Bersempena kerugian yang dialami Ta Ann itu, syarikat Hydro-Tasmania telah menunjukkan minat mereka untuk meraih keuntungan berjuta-juta ringgit di Sarawak menerusi program pembinaan empangan hidro-elektrik yang telah mendapat tentangan, di mana kumpulan-kumpulan NGO telah mengemukakan bantahan mereka hari ini!

Hydo-Tasmani amat berminat untuk mendapatkan kontrak yang besar-besar membina sebanyak 12 buah empangan di seluruh Sarawak seperti yang dirancang oleh Abdul Taib Mahmud selama ini.

Dengan bermulanya kegiatan Hydro-Tasmania di Sarawak, bukan hanya orang-orang di Sarawak sahaja yang akan kehilangan pekerjaan. Malah orang-orang di Tasmania juga akan kehilangan punca pendapatan mereka seandainya syarikat Rio Tinto Alcan menghentikan operasi mereka di Tasmania dan berpindah ke Sarawak. Mereka berpindah adalah untuk membuka kilang peleburan aluminium di Sarawak. Perpindahan itu dilihat sebagai suatu muslihat untuk mencari tempat baru (Sarawak) yang kos buruhnya jauh lebih murah, serta undang-undang mengenai kualiti udara yang tidak begitu ketat.

Pada laporan akan datang, Sarawak Report tetap akan mempersoalkan hubungan antara Australia dengan kerajaan Sarawak pimpinan Abdul Taib Mahmud!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments