‘Industri Desa’ YB BN Roland Sagah – Didedahkan!

YB ini boleh dihubungi dengan mudah di alamat syarikatnya!

Sejak beberapa hari yang lalu, para pembaca Sarawak Report telah menghantar maklumat-maklumat mengenai kegiatan haram para YB dari BN.

Kami telah menerima maklumat secara meluas mengenai amalan rasuah para YB BN yang menyakitkan hati dari ‘orang dalam’ mengenai YB yang telah menipu pengundi mereka selama beberapa dekad.
Dan ada di kalangan YB ini, yang telah sekian lama berkhidmat, telah tidak merasa malu lagi mengakui bahawa mereka sedang menggunakan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat untuk memperolehi kontrak-kontrak awam.

Roland Sagah Wee Inn, Wakil Rakyat untuk kawasan Tarat, yang telah berkhidmat sejak 1996, adalah salah satu contoh.
Malah dia dengan bangganya mengakui dalam entrinya dalam Sarawak Page, di samping kenyataan karier politiknya, bahawa dia juga seorang pengarah dalam syarikatnya Cottage Holdings Sdn Bhd.
Cottage Holdings adalah sebuah syarikat kerja-kerja kontrakt, yang telah menerima banyak kontrak sejak Roland Sagah memegang jawatan sebagai ahli politik pada 1996!

Diharap dia mampu melayan pengundinya di samping menguruskan kontrak-ontrak untuk syarikatnya!

Kontrak-Kontrak Kerajaan Negeri Berjumlah RM50 Juta

Cottage Holdings mungkin sebuah syarikat berskala kecil, tetapi sebenarnya sebuah usahaniaga yang besar. Dengan melaksanakan kerja-kerja di bawah tajuk ‘Kerja-Kerja Am’ dan ‘Perkhidmatan Pengangkutan’, syarikat itu telah berjaya memperolehi banyak kontrak awam.

Nilai kontrak-kontrak RM50 juta mungkin tidak sama dengan nilai yang diperolehi oleh syarikat-syarikat milik Alfred Jabu, atau Daud Abdul Rahman yang memperolehi keuntungan yang mencecah berbilion-bilion ringgit. Namun, selaku bekas peguam yang mendapat latihan guamannya di Grays Inn, London, Roland Sagah sememangnya sedar mengenai percanggahan kepentingan tugasnya. Dan dia juga sedar bahawa tugas barunya sebagai seorang ahli politik separuh masa dan juga pengarah syarikat pembinaan separuh masa adalah suatu contoh yang baik untuk dijadikan pengajaran.
Maka, jelaslah dia tidak berpuas hati dengan pendatapannya sebagai seorang peguam dan juga seorang wakil rakyat untuk menjadikannya dan isterinya gembira. Malah isterinya, Kelly Ak Rebid, turut bersamanya menamakan syarikat mereka sebagai Mirubuh Cottage. Kelly adalah juga Pengarah dan pemegang saham-saham mereka di syarikat itu!

Pasukan suami-isteri yang memiliki syarikat pembinaan Cottage Holdings Sdn Bhd berstatus multi-juta ringgit.

Adakah wakil-akil rakyat seperti ini mempunyai perut malu akan kerja-kerja kotor mereka, atau adakah BN sudah semakin korup, di mana ianya merupakan suatu parti yang rabun dan pekak dan tidak mampu menilai apa yang baik dan buruk, dan tidak pula berusaha menutupi kegiatan haram ahli-ahlinya?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments