‘Anugerah Dari Tuhan’ Untuk Lihan Jok

Bekas wakil rakyat dari BN, Lihan Jok, pernah didengar mengumumkan kepada para pengundi di Baram bahawa Empangan Baram itu adalah suatu “anugerah dari Tuhan”.
Tetapi siapakah yang dimaksudkan Lihan Jok sebagai Tuhan? Empangan Baram dibina dengan tangan manusia, di atas tapak semula jadi ciptaan Tuhan, tetapi tapak semula jadi itulah yang akan dimusnahkan oleh tangan manusia. Maka sorang manusia yang Lihan Jok maksudkan sebagai tuhan adalah tuannya, Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud.

Abdul Taib Mahmud yang memerintah negeri Sarawak tak ubah seperti ketua samseng mafia, dan para YBnya amat berharap bahawa projek Empangan Baram itu akan menjadi sumber pendapatan dan kekayaan mereka.

Bagai mana? Untuk membina Empangan Baram, Taib Mahmud telah merancang untuk meminjam wang yang banyak sebagai mana dijanjikan oleh negeri Sarawak. Dari wang pinjaman itu nanti maka Taib akan mengagihkan sebahagiannya kepada syarikat-syarikatnya sendiri, salah satu daripadanya adalah Cahya Mata Sarawak (CMS), untuk membina empangan itu.

Selain itu Taib juga akan membahagi-bahagikan kontrak-kontrak di situ kepada syarikat-syarikat milik kroni politiknya, yang dia khaskan kerana sanggup bertindak memujuk rakyat di Baram terus memberikan sokongan mereka pada projek empangan itu.

Lihan Jok adalah salah seorang kroni politik Taib yang sedang giat menjalankan kempen pembinaan empangan itu. Pada hakikatnya Lihan Jok akan membuat rakyat Baram mencari sumber kewangan (yang sebenarnya datang dari hasil pemusnahan dan penggadaian hutan rimba dan tanah-tanah NCR mereka sendiri) untuk memberi laluan pada pembinaan Empangan Baram yang berharga berbilion-bilion ringgit!

Peta yang kami perolehi dari Jabatan Hutan menunjukkan sekurang-kurangnya lima buah konsesi membalak kayu belian telah diawadkan kepada isteri Lihan dan seorang lagi saudaranya, Peter Jok. Pokok belian merupakan salah sejenis kayu yang bernilai tinggi dan kini semakin pupus dari bumi Borneo. Sepatutnya spesis belian tidak boleh ditebang sama sekali.

Selain Lihan Jok, Taib juga ada “budak suruhan” di Baram yang ditugaskannya meraih sokongan rakyat untuk menyokong usaha menebang hutan-hutan di Baram bagi memberi laluan pada projek Empangan Baram itu.

Salah seorang dari “budak suruhan” Taib yang dimaksudkan itu adalah Temenggong Pahang Deng Anyie, yang pernah kami dengar mewakili kaumnya memberi sokongan kepada BN dan kroni pembalakan. Tahun lalu Temenggong Pahang dipetik sebagai memberi terima kasih kepada syarikat KTS, kerana menyokong pembinaan Empangan Baram! Hasil usahanya menyokong BN, Temenggong Pahang telah mendapat “anugerah tuhan”, menerusi syarikat mereka, yang seterusnya menerima awad kontrak dari negeri Sarawak bernilai berjuta-juta ringgit.

Syarikat yang kami maksudkan itu adalah Setegap Jitra Sdn Bhd, yang pernah menerima awad kontrak-kontrak negeri Sarawak bernilai RM15 juta! Sebab itulah Temenggong Pahang telah bersungguh-sungguh berkempen menyokong BN, menyokong KTS, dan juga memuji-muji ahli parlimen Baram, Jacob Sagan!

Kini kami meminta Lihan Jok membebaskan dirinya dari belengu perniagaan kotor dan jijik, kerana dia sebagai bekas Guru Besar, yang kemudian menjadi wakil rakyat dan seterusnya menjadi seorang ahli perniagaan yang tidak pernah menggunakan cara yang bersih dan telus di sisi undang-undang.

Dua buah syarikat yang ada kaitan dengan Lihan Jok adalah Baram Wawasan Enterprise Sdn Bhd dan Yutako Sdn Bhd. Baram Wawasan Enterprise mengangkut kayu balak yang telah dirakitkan, tetapi kayu balak siapa? Kayu balak tebangan KTS? Lihan Jok dan Temenggong Pahang seharusnya boleh memberikan jawapannya. Syarikat Yutako pula bertanggunjawab membuka ladang kelapa sawit, dan siapa pula memiliki Yutako? Itu pun, Lihan Jok dan Temenggong Pahang. Kami boleh mengandaikan sedemikian, kerana kedua-dua syarikat itu berkongsi alamat yang sama.

Oleh yang demikian, kami meminta orang-orang politik itu memberitahu rakyat yang mereka wakili mengenai sebarang awad konsesi yang mereka terima dari rakan politik BN mereka. Lagi pun mereka sentiasa terpekik-telolong berkempen untuk meraih sokongan pada BN!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments