Datuk-Datuk Yang Dikeji – Bukti Untuk Menentang Mong & Masing!

Menteri Pertanian BN, Mong Dagang telah mengeluarkan arahan untuk memberhentikan bantuan RM300 sebulan kepada seorang OKU, manakala Presiden PRS James Masing pula didapati menyokong tindakan Mong, namun mereka berdua telah sama-sama diketahui bersubahat menerima suapan berjuta-juta ringgit!

Mereka berdua telah diketahui mendapat habuan dari urusniaga haram yang mereka jalankan ke atas tanah-tanah NCR milik orang-orang tempatan di kawasan pilihanraya masing-masing!

Ketamakan dan kerakusan kedua-dua orang menteri BN itu akhirnya menghala kepada penemuan bahawa mereka bersekongkol dengan rejim Taib Mahmud, yang terbongkar kerana keangkuhan mereka dalam isu penarikan balik bantuan OKU itu.

Dengan rasa malu, para pegawai dari jabatan kerajaan yang terbabit di Sri Aman telah memberitahu alasan Mong Dagang mengarahkan pemberhentian bantuan itu kerana Frusis Lebi telah didapati menyokong calon pembangkang semasa piliharaya yang lalu!

Mereka menunjukkan Frusis salinan surat pemberhentian “semua bentuk bantuan kerajaan” kepada Frusis yang Mong kenali sebagai seorang OKU di kawasan pilihanrayanya sendiri.

Orang-orang yang membaca isi surat berkenaan pada mulanya enggan mempercayai surat itu sehingga mereka sendiri mendengar penafian oleh Mong Dagang. Namun sebaliknya Mong telah didengar mempertahankan pendiriannya! Mong didengar ingin menghukum Frusis atau sesiapa yang didapati menyokong calon pembangkang, tanpa mengira pengundi itu orang yang sempurna atau golongan OKU! Tidak lama selepas itu, James Masing (seorang menteri dalam kabinet Taib dan juga Presiden Parti Rakyat Sarawak, yang seharusnya membela kaum Dayak di Sarawak) telah didengar memberikan sokongan kepada Mong untuk menjalankan ‘hukuman’ sedemikian!
James Masing didengar membantah keras tindakan OKU Frusis yang menyokong pihak pembangkang supaya “jangan lawan taukey”!

Kini kami dapat mendedahkan siasatan syarikat yang telah kami jalankan yang membuktikan bahawa Mong Dagang merupakan pemegang saham terbanyak dalam syarikat Noble Rewards Sdn Bhd yang menurutnya melaksanakan projek pembangunan tanah di kawasannya. Selain Mong, mereka yang bersekongkol adalah isterinya, Bawang Anak Deru, Henry Masing, saudara James Masing, dan Leyta Kupa (isteri kepada setiausaha peribadinya, Wilson Ugak).

Dengan hasil siasatan itu Sarawak Report ingin tahu, apakah hak dan kuasa dia menerima wang suapan dari kerja-kerja membangunkan tanah kawasan pilihanrayanya?
Wakil rakyat yang juga seorang peguam dari PKR, See Chee How, menerangkan bahawa lebih 50% orang-orang di kawasan itu menolak pembukaan ladang kelapa sawit dan juga menolak pampasan sekecil RM1000 untuk sebuah isi keluarga yang pernah ditawarkan oleh ahli politik bersifat pencuri itu.

Walaupun projek di situ mendapat tentangan dan bantahan namun ianya mendapat restu secara paksa oleh Menteri Pembangunan Tanah, James Masing, kerana menurut mereka berdua, projek itu akan memberi banyak faedah kepada orang-orang tempatan.

Sungguh berani kedua-dua Datuk itu memberi amaran kepada orang-orang di Sri Aman yang tanah-tanah mereka seluas 70,000 ekar telah dirampas dan kemudian bertanya, “siapakah di antara kita di sini adalah bos”?

Kini Sarawak Report menunggu kes mahkamah difailkan oleh mangsa-mangsa penganiayaan itu. Dalam sistem pengadilan yang tulen para ahli politik yang bertindak sebagai pencuri itu akan dihukum seberat-beratnya.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments