Gerombolan Datuk dan YB BN Yang Kotor dan Kaya – Tiong Thai King

Pada awal minggu lalu kami telah melaporkan bagaimana MP Kerajaan Pusat dari kawasan Baram, Jacob Sagan, telah dibeli secara rahsia menggunakan konsesi pembalakan dan juga kontrak pembinaan bernilai beratus juta ringgit supaya menyokong idea dan rancangan Abdul Taib Mahmud menenggelamkan kawasan hulu Baram bagi memberi ruang kepada pembinaan empangan hidro yang besar.

Setelah selama 30 tahun dalam pemerintahan gerombolan YB dan Datuk-Datuk BN yang kaya-raya, mereka sentiasa mengingatkan para pengundi mereka untuk terus bersabar mengharungi kehidupan harian mereka yang tidak banyak berubah, adapun tiada perubahan sama sekali.

Contohnya, keluarga Tiong dari Sibu, Sarawak, yang diketuai oleh bos Rimbunan Hijau, saudaranya Datuk Tiong Hiew King. Tiong telah menerima banyak konsesi pembalakan dari Abdul Taib Mahmud dan kini menjadikannya salah seorang individu terkaya di dunia, menurut laporan majalah Forbes di Amerika Syarikat.
Keluarga Tiong telah menggunakan kekayaan mereka untuk memperluaskan lagi ladang-ladang kelapa sawit mereka, sekali lagi kita bersukur kepada Taib Mahmud yang menganugerahkan konsesi-konsesi itu, dan juga bagi membolehkan mereka membalak di luar negara, memusnahkan hutan hujan tropika yang tinggal di tempat-tempat lain di seluruh dunia ini.

Selain membalak, Datuk Tiong juga mengawal sebuah empayar media, termasuk akhbar-akhbar berbahasa Cina di Sarawak (Sin Chiew Daily, Nanyang Siang Pau, Guang Ming Daily), yang amat berkesan untuk menyalurkan maklumat penting!

Saudara kepada Datuk Tiong Hiew King yang lebih muda, iaitu MP Datuk Tiong Thai King melibatkan dirinya dalam politik. Pada suatu kes mahkamah yang terkini, yang melibatkan MP Datuk Tiong Thai King, telah memperlihatkan bagai mana YB dari BN menggunakan kuasa menteri mereka merampas tanah-tanah NCR dan memperoleh konsesi dalam kawasan pilihanraya yang mereka wakili.

Dalam taun 1997 sekumpulan orang Iban telah membuat aduan bahawa syarikat Rosebay Enterprise Sdn Bhd telah mencerobohi tanah NCR mereka untuk dijadikan kawasan ladang kelapa sawit.

Tiada satu pun pihak, sama ada MP Datuk Tiong Thai King ataupun Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (SMC) yang mengendahkan aduan mereka itu, kerana mereka turut menyokong tindakan syarikat itu.

Peguam Tanah NCR Baru Bian telah menyaman pejabat Tanah dan Survei, Kerajaan Negeri Sarawak dan syarikat Rosebay Enterprise kerana bersabit dalam kegiatan menceroboh masuk tanah hutan NCR kaum Iban di situ.

Kini kaum Iban di situ masih menunggu pembayaran pampasan ke atas kerosakan pada tanah dan kehidupan mereka.

Sementara itu, kita ingin tahu siapakah pemilik-pemilik Rosebay Enterprise Sdn Bhd itu.

Syarikat Palmgroup Holdings merupakan sebuah syarikat perusahaan yang dipengerusikan Tiong sekeluarga di mana saham-saham yang lebih banyak dipegang oleh MP Tiong Thai King bersama-sama syarikat Fatherland Sdn Bhd. Syarikat Rosebay Enterprise merupakan sebuah syarikat yang kecil yang turut mendapat bahagian dalam konsesi mengekploitasi kawasan hutan yang luas dengan modal yang kecil. Pejabat Tanah dan Survei masih menyimpan dokumen-dokumen berkaitan urusan ini. Kami juga berjaya mendapat salinan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa keluarga Tiong pernah membeli beberapa kawasan dari Taib Mamhud sekeluarga bagi tujuan menambahkan kekayaan mereka.

Beginilah caranya kekayaan yang datang bergolek terhadap seorang menteri seperti YB Tiong kerana mentaati tuannya Abdul Taib Mahmud, namun faedah dan manfaat bagi orang-orang tempatan adalah sukar dilihat selama berpuluh-puluh tahun dalam BN, itupun kalau ada.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments