Lagi Datuk-Datuk Kotor – Naroden Majais & Hamden Ahmad

Berita yang pernah kami keluarkan selepas kes mahkamah yang dimenangi oleh sekumpulan kaum Iban yang menentang pencerobohan para pembalak ke atas tanah-tanah mereka, yang mendapat restu dari Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud.

Kini hakim sedang menilai kerosakan yang menimpa orang kampung terhadap syarikat berkenaan, Jabatan Tanah dan Survei (yang telah ‘tersalah’ beri geran tanah kepada syarikat berkenaan) dan juga Kerajaan negeri Sarawak, yang telah menjadi punca kemelut itu.

Menurut maklumat yang kami terima, yang dibocorkan dari Jabatan Tanah dan Survei dan juga rekod-rekod syarikat, mereka yang terbabit tidak lain dan tidak bukannya Datuk-Datuk yang berkidmat dalam kerajaan BN Taib, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Naroden Majais dan isterinya!

Dan, mengapakah Jabatan Tanah dan Survei Taib (di mana Taib sendiri adalah pengerusinya) menyerahkan tanah hutan dan perladangan seluas 4,500 hektar kepada syarikat Nirwana Muhibbah pada harga yang berpatutan?

Maklumat yang kami terima mencungkil pertanyaan kami bagaimana mungkin dua orang bekas pegawai kerajaan yang pernah bekerja di dalam perkhidmatan kerajaan berjaya memperolehi kekayaan yang luar biasa? Naroden Majais memulakan kariernya sebagai seorang guru namun kemudiannya diambil bekerja di Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Hamden Bin Ahmad pula merupakan seorang akauntan di Lembaga Pembangunan Tanah Sarawak (SLDB) sebelum dia menganggotai dewan Taib Mahmud.

Setelah dia menyerahkan tugasnya kepada Pengarah Jabatan Perhutanan Len Talif Salleh (sebelum pilihanraya yang lalu) dia menjawat jawatan Pengarah dalam syarikat pembinaan gergasi milik keluarga Taib Mahmud, Naim Candera dan kemudian sebagai Bendahari dalam syarikat perladangan kelapa sawit yang disokong oleh kerajaan Sarawak, Sarawak Plantation Bhd.

Kampung-kampung orang asal yang berada dalam konsesi-konsesi itu adalah Long Liam, Long San, Long Luding, Long Julan, Long Anap, Long Palai, Long Apu, yang bakal dinaiki air dari empangan hidro-elektrik Baram jika pembinaannya diteruskan nanti.

Beberapa bulan yang lalu kita pernah mendengar bagaimana rampasan tanah yang berlaku pada orang-orang Kampung Lebor yang dilakukan oleh syarikat milik Naroden dan isterinya. Mengapakah Taib Mahmud menyerahkan konsesi yang amat luas kepada dua orang tokoh masyarakat, iaitu tanah milik orang kampung yang hidup miskin, dan kemudiannya mereka membina rumah-rumah besar dan mewah untuk diri sendiri?

Para pembaca Sarawak Report mungkin masih ingat bahawa Naroden Majais juga berdaftar sebagai seorang pewaris saham terbanyak dalam konsesi ladang kelapa sawit yang diserahkan Taib Mahmud. Dua buah syarikat yang berkaitan dengan Naroden itu adalah Hydroflow dan Indranika, yang beralamat di Kuching.

Pelbagai lakonan telah ditunjukkan oleh kedua-dua syarikat itu yang menyerahkan apa yang mereka namakan sebagai keuntungan bersama kepada orang-orang kampung yang terjejas. Saham-saham itu diserahkan menerusi syarikat-syarikat Sadong Wibawa dan Punggur Wibawa.

Namun, kedua-dua syarikat itu dikendalikan di pejabat yang sama oleh sebuah lagi syarikat persendirian, WFM Enterprise Sdn Bhd.

Sebagai gantirugi ke atas kerosakan pada tanah-tanah yang diganggu itu, orang-orang kampung yang terjejas itu telah dibayar RM200 seorang setahun
Kedua-dua syarikat Hydroflow dan Indranika adalah 70% dimiliki oleh WFM Enterprise di mana saham yang lebih banyak dipegang oleh Kiong Goon Siong dan saudaranya Kiong Goon King. Kiong didaftarkan di Jabatan Tanah dan Survei, di mana Naroden Majais menjadi orang yang boleh dihubungi mewakili syarikat-syarikat itu, yang juga dipercayaai pemegang saham yang besar jumlahnya.

Di bawah sistem berahsia yang dijalankan oleh Taib, di mana konsesi pembalakan dan perladangan diberikan secara senyap-senyap kepada rakan ahli politiknya dan juga kroni perniagaannya, agak sukar bagi kita mengetahui siapa yang menjadi pemilik syarikat mana. Bagaimana mungkin Naroden dan Hamden beroleh konsesi pembalakan dan perladangan yang amat luas, walaupun dahulunya, kedua-dua mereka hanya pegawai biasa dalam perkhidmatan kerajaan.

Kini kita tetap menunggu jawapan dari Abdul Taib Mahmud dan BN berkaitan berapa luas tanah-tanah di Sarawak yang telah berada dalam tangan orang-orang dari parti mereka sendiri?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments