Membantu Kawasannya Atau Membantu Diri Sendiri? – Billy Abit Joo!

Ahli parlimen bagi kawasan Hulu Rejang mengatakan dia “akan terus berkhidmat untuk penyokongnya” untuk lima tahun lagi. Namun musuh politiknya, Wilson Ugat, yang selaku setiausaha kepada pengerusi PRS pula mengatakan “kini tiba gilirannya” pula.

Syarikat Wargana Consortium Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang melakukan kerja-kerja tidak seperti yang disebut-sebut oleh Billy Abit Joo. Dalam tahun 2010 Billy Abit mengatakan Sarawak Hydro telah memperuntukkan kontrak berjumlah RM9.8 juta untuk membersihkan 60,000 tan sampah sarap merbahaya di empangan Bakun. Menurut perancangan asal, kerja-kerja pembersihan itu dilakukan secara berkoperasi dengan menggunakan tenaga masyarakat tempatan.

Billy Abit juga memberitahu bahawa masyarakat tempatan akan berpeluang bekerja dengan menawarkan perahu mereka sendiri sebagai peralatan utama. Menurutnya lagi, 50% dari keuntungan dari RM9.8 juta itu akan dijadikan dividen yang akan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pembersihan itu.
Jika apa yang dikatakan itu menjadi kenyataan, kita seharusnya memuji Billy Abit Joo kerana mengutamakan masyarakat kawasan parlimennya itu. Namun apa yang dilakukan Wargana Consortium tidak seperti yang dirancang.

Siasatan kami menunjukkan tidak wujud sebarang kerja berkoperasi di kawasan itu. Semua kerja dilakukan oleh Wargana Consortium sahaja. Tiada sebarang rekod menunjukkan dividen 50% telah dibayar kepada orang tempatan sebagai mana dijanjikan!

Sepatutnya masyarakat tempatan bukan sahaja dilibatkan bekerja di situ tetapi menerima 50% dividen dari keuntungan di situ juga.

Dalam percanggahan kepentingan yang memalukan itu, Wargana Consortium dikendalikan sepenuhnya oleh Billy Abit Joo!

Tiga orang lagi pengarahnya iaitu David Wong, Alice Sia dan bekas wakil rakyat Nyipa Batok. Nyipa Batok merupakan bapa mertua James Masing. Kini siasatan kami menunjukkan empat orang pengarah dalam syarikat itu sahaja yang selaku pemegang saham. Syarikat lain yang turut terlibat dalam syarikat itu adalah Wargana Management dan Sinar Bakun.

Pemegang saham yang lain seperti dijanjikan adalah 24 orang ketua kaum di kawasan Sungai Asap. Merekalah merupakan orang upahan rejim BN yang mewakili kaum mereka – dipastikan untuk mengundi calon BN dalam pilihanraya parlimen nanti! Maka, apakah maksud keuntungan 50% sebagaimana dijanjikan oleh Billy Abit dan Nyipa Batok? Apa pula maksud penubuhan sebuah consortium untuk kepentingan rakyat tempatan seperti yang dibesar-besarkan oleh Awang Tengah?
Dapatan kami juga menunjukkan rakyat dan ketua-ketua kaum di situ belum menerima walaupun seringgit seperti yang dijanjikan itu.

Sehingga kini Wargana Consortium tidak melakukan kerja sebagaimana dikehendaki seperti dikatakan oleh ahli parlimen BN yang mewakili kawasan itu!
Wargana Consortium bukan semata-mata mendapat kontrak membersihkan kawasan empangan, tetapi mereka juga menebang pokok-pokok yang sepatutnya dikekalkan di kawasan tadahan air di situ.

Menurut peta yang kami dapati dari Jabatan Hutan, terdapat beribu-ribu hektar hutan di hulu Bakun itu dikuasai oleh Billy Abit Joo dan kroni-kroni BN.
Kini orang-orang di Bakun seharusnya berfikir siapakah yang layak menggantikan wakil rakyat yang telah membohongi mereka, seperti Billy Abit Joo dan Wilson Ugat. Dalam artikel kami sebelum ini, kami telah menunjukkan sesalinan surat dari Mong Dagang yang menuntut bayaran dari syarikat yang dikendalikan oleh James Masing, saudara James Masing, isteri Mong sendiri dan isteri Wilson Ugat, Leyta Kupa!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments