Menteri ‘Pembangunan Usahawan’ Meraih Kontrak Kerajaan Bernilai RM100 Juta!

Sebelum ini kami telah melaporkan mengenai konsesi pembalakan dan perladangan kelapa sawit yang besar, dan kini kami ingin mendedahkan lebih banyak lagi bukti bagaimana Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Naroden Majais menerima kontrak kerajaan bernilai RM100 juta untuk syarikatnya sendiri!

Para pengunjung blog kami ini telah menunjukkan kepada kami butir-butir yang terdapat dalam laman web Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB) di mana syarikat Embun Pelangi Sdn Bhd diketuai oleh dua orang ahli keluarga Naroden sendiri iaitu, isterinya Massenah Binti Ahmad dan anak lelaki mereka Kamaruzaman Bin Naroden.
Sesiapa yang menjawat jawatan menteri tidak boleh menerima sebarang kontrak kerajaan, apa lagi menerima projek pembinaan RM100 juta yang tidak diisytiharkan.

Siasatan kami menunjukkan bahawa wakil rakyat kawasan pilihanraya Simunjan itu amat gembira melihat ahli-ahli keluarganya bekerja sebagai pengarah dan memegang saham yang banyak. Menerusi anaknya, Naroden memegang 50% saham dari projek-projek yang besar! Naroden sememangnya menyahut seruan bosnya Taib Mahmud menggesa orang-orang Sarawak berkecimpung dalam aktiviti keusahawanan.

Dasar keusahawanan yang diperkenalkan Taib Mahmud selama 30 tahun memimpin telah mengeringkan sumber-sumber di Sarawak, tetapi menjadikan dirinya dan ahli-ahli politik BN Sarawak yang lain kaya-raya!

Para pengunjung blog kami ini seharusnya membantu kami dalam usaha kami mendedahkan kegiatan haram yang dijalankan oleh ahli-ahli BN di Sarawak!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments