12 Mar 2012

Orang-orang Tasmania Mengutuk Keras Ketua Ta Ann Hamed Sepawi

This post is also available in: English, Iban

Sekumpulan orang di Tasmania yang melancarkan kempen untuk menghalang syarikat milik keluarga Taib Mahmud dari terus memusnahkan hutan Tasmania, seperti mana yang dilakukan ke atas Sarawak, telah mempersendakan dengan memperolokkan karakter kartun Pinocchio ke atas beberapa orang ahli politik di situ!

Salah seorang ahli parlimen Tasmania yang bersungguh-sungguh menyokong kegiatan haram syarikat Ta Ann baharu saja kembali dari Jepun kerana ingin menarik pengguna bahan kayu menyatakan Ta Ann tidak bercakap bohong di mana bahan kayu yang mereka jual adalah hasil tebangan dari hutan tanam semula di Tasmania.

Para peserta kempen terus mempersoalkan kenapa seorang ahli politik seperti Bryan Green bersungguh-sungguh menyokong kegiatan pemusnahan hutan seperti Ta Ann?
Syarikat Ta Ann yang dipengerusikan oleh sepupu yang juga selaku wakil perniagaan kepada Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud, Hamed Bin Sepawi, merupakan antara orang yang terkaya di Malaysia, sedang mengalami kerugian dalam kegiatan mereka.

Satu lagi perkara yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati orang-orang di Tasmania kerana sekumpulan ahli parlimen Tasmania telah mengeluarkan ancaman untuk membatalkan perjanjian perhutanan yang dimeterai dengan Kerajaan Pusat negara itu, yang menjadi punca kewangan berjuta-juta dollar untuk mengendalikan program perhutanan negara berkenaan.

Ta Ann telah menebang segala kayu yang ada di kawasan-kawasan itu mana kala ahli-ahli parlimen seperti Bryan Green telah bersungguh-sungguh menuntut jika Ta Ann dihalang menebang, maka perjanjian yang bernilai tinggi itu akan dimansuhkan.

Jika peserta-peserta kempen itu meneruskan kempen mereka maka Ta Ann dan Green akan meneruskan dengan ancaman mereka itu.

Sarawak Report pernah bertanyakan apakah hubungan beberapa orang ahli politik Tasmania dengan rejim Abdul Taib Mahmud.

Suatu ketika dahulu Paul Harriss, ketika ditanya, mengatakan lawatannya ke Sarawak hanyalah ‘cuti-cuti’ sahaja, walaupun lawatannya itu disertai oleh Ketua Ta Ann Tasmania, David Ridley, dan walaupun lawatan mereka berdua itu adalah bertemu beberapa orang kanan Taib Mahmud, seperti Awang Tengah Ali Hassan dan Len Talif Salleh.

Kini orang-orang politik Tasmania yang pro-Ta Ann dilihat seolah-olah mencari risiko dengan mengeluarkan ancaman sedemikian. Sarawak Report telah mengenalpasti bahawa ahli parlimen Tasmania iaitu Simon Crean, iaitu saudara kepada David Crean yang bekerja sebagai Pengerusi Hydro Tasmania, didapati memberi sokongan kepada kegiatan Ta Ann. Di Sarawak kini, empangan hidro elektrik Murum sedang dibina oleh syarikat-syarikat yang diketuai oleh Hydro Tasmania, dan syarikat itu juga mengharapkan peluang untuk membina tiga buah empangan lagi. Laporan bertajuk “Ta Ann Destroying Rainforests and Violating Human Rights in Sarawak (Ta Ann Memusnahkan Hutan Hujan dan Melanggar Hak Asasi Manusia di Sarawak)” telah menjadi panduan kepada orang asing yang ingin memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai masalah-masalah di Sarawak dan mempersembahkan bagaimana Taib Mahmud mengurus dan mentadbir negeri Sarawak dengan mengamalkan rasuah, yang dikawal oleh ahli-ahli keluarganya. Hamed Sepawi juga dilaporkan berkuasa ke atas segala sumber asli negeri Sarawak, pada mulanya dia menjadi Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Perkayuan Sarawak (STIDC), dan kemudian sebagai Pengerusi Sarawak Energy Bhd (yang mengawal bekalan kuasa elektrik dan program empangan hidro).
Hamed Sepawi juga menjadi pengerusi dan pemegang saham terbanyak dalam projek empangan Naim Candera (menerusi kontrak-kontrak kerajaan Sarawak), menjadi pengerusi Ta Ann menggunakan konsesi pembalakan dan perladangan dari Taib Mahmud, dan juga menjadi pengerusi Sarawak Plantation Bhd. Berjayakah atau tidak dia memperluaskan pengaruhnya mewakili Taib Mahmud memasuki Tasmania dan memusnahkan hutan di situ, sebagaimana dia lakukan ke atas hutan di Borneo, Papua New Guinea, Congo, Solomon Islands, Guyana dan banyak lagi negara lain?