28 Mar 2012

Rio Tinto Menarik Diri Dari Bakun!

This post is also available in: English, Iban

Beberapa tanda tanya berkenaan projek gergasi hasil cetusan idea Taib, iaitu Empangan Bakun bernilai berbilion ringgit, telah timbul dan berkembang menjadi suatu krisis bagi seorang ‘Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak’.

Sebuah syarikat perlombongan bertaraf global, Rio Tinto Alcan, baharu saja mengumumkan penarikan diri mereka dari menyertai usahasama industri melebur aluminium dengan SALCO.

Projek empangan hidro Bakun merupakan rancangan utama Taib untuk mengeluarkan tenaga elektrik berskala besar.
Dan projek berkenaan juga merupakan impian Ketua Menteri untuk menyokong konsep SCORE-nya telah menjadi sia-sia, malah di samping itu dia merancang untuk membina 12 lagi empangan sebagai tambahan kepada Bakun.

Kini Bakun semakin cepat menjadi sebuah projek gajah putih sebagaimana yang telah dijangkakan oleh pelbagai pihak.

Terlalu banyak kesengsaraan tanpa sebab

Seperti mana yang telah kami laporkan, banyak pekerjaan dan kontrak yang dikhaskan untuk penduduk tempatan yang akan dipindahkan, telah sebenarnya direbut oleh kroni-kroni BN, seperti ahli parlimen Billy Abit Joo, yang telah menjadi pemegang saham dan pewaris dalam syarikat yang kononnya ‘koperasi rakyat’ Wargana Consortium. Sarawak Report dan pertubuhan-pertubuhan NGO yang lain telah banyak kali mengetengahkan kemarahan dan setiap maklumat yang mereka kemukakan akan tetap diambil perhatian oleh syarikat Rio Tinto Alcan, yang peka pada pandangan pemegang-pemegang saham mereka dari negara-negara barat apabila ianya berkaitan dengan pelanggaran isu hak asasi manusia dan alam sekitar.

Apakah alasan Rio Tinto Alcan menarik diri dari usahasama SALCO?

Alasan yang diberi oleh Rio Tinto Alcan untuk menarik diri dari usahasama peleburan logam yang bernilai RM2 bilion itu telah dijelaskan secara bertertib bahawa persefahaman gagal dicapai bersandarkan kadar bayaran elektrik dari Bakun.

Ini mungkin intipati alasan yang diberikan. Syarikat itu bercadang untuk menghentikan kegiatan mereka seperti di Kanada, UK dan Australia selagi mereka dapat menggunakan tenaga elektrik percuma dan bebas rasuah. Namun, apakah manfaatnya pada orang-orang Sarawak?

Tujuan utama pembinaan empangan itu adalah untuk memperolehi pendapatan!

Sebenarnya keperluan untuk memperolehi pendapatan dari Bakun amatlah mendesak, untuk antara lainnya membayar balik berbilion-bilion ringgit wang dari tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan juga tabung skim-skim pencen lain.

Jika pendapatan dari Bakun gagal diperolehi, maka para pesaralah merupakan orang-orang yang terjejas dan merana nanti.

Dengan masa depan yang semakin malap dari hari ke hari ‘Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak’ dan rakan-rakan politiknya dalam BN di peringkat kerajaan persekutuan akan pastinya mulai menyedari kenapa tiada lagi pihak swasta yang bersedia untuk terlibat dalam projek Bakun itu!

Mungkinkah Rio Tinto Alcan meminta kadar bayaran elektrik terlalu rendah dari Taib, adik iparnya Robert Geneid dan Ketua Pegawai Eksekutif CMS Richard Curtis, yang telah terlalu mengharapkan mereka berjaya membida untuk melabur bersama-sama?

Rasuah!

Tetapi kami mengandaikan terdapat alasan yang lebih konkrit bagi Rio Tinto Alcan mengambil keputusan bahawa mereka tidak sepatutnya mengadakan hubungan dengan Sarawak dan Ketua Menterinya yang licik dan juga kroni-kroni BN-nya yang sentiasa bersedia untuk mendapatkan serpihan-serpihan kontrak yang berkaitan nanti.

Pada bulan lalu Sarawak Report telah mendedahkan secara komprehensif mengenai rancangan Taib untuk memperolehi pendapatan menggunakan syarikat SALCO. Pesusuhjaya Tinggi Australia, Miles Kuppa, pula mungkin telah diupah untuk menyokong bidaan itu, manakala para pegawai tertinggi dalam Rio Tinto Alcan telah diterbangkan secara istemewa ke Kuching, Sarawak, dua minggu sebelumnya bagi menjalankan beberapa siri rundingan. Namun setelah rahsia Ketua Menteri itu terbongkar kerana disyaki merancang untuk mewujudkan usahasama yang bakal menyaksikan kemasukan keuntungan berjuta-juta ringgit untuk syarikatnya sendiri, maka tidak hairanlah usahasama SALCO dan RTA itu dibatalkan!

Sarawak Report belum lagi menerima sebarang respons atau komen dari Rio Tinto Alcan atau Pesuruhjaya Tinggi Australia mengenai pendedahan berkaitan penglibatan mereka dengan projek SALCO yang dibelengu rasuah itu, namun biasanya sesuatu tindakan itu akan bersuara lebih jelas dari kata-kata.
Rio Tinto Alcan akan mendapati terlalu sukar menjelaskan butiran-butiran projek ini kepada para pemegang saham mereka jika mereka ingin juga meneruskan usahasama ini.

Persoalan-persoalan yang ditimbulkan, kenapakah Rio Tinto Alcan masih giat mengadakan rundingan ke atas sebuah projek yang dibelengu rasuah sehingga akhir bulan Januari tahun ini?

Rundingan itu telah diadakan setelah sekian lama para eksekutif syarikat itu menyedari bahawa mereka bukan berunding dengan Negeri Sarawak, tetapi dengan syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak!

Lagi banyak empangan!

Namun Taib Mahmud dan kroni-kroni BN-nya masih meneruskan rancangan mereka membina lebih banyak empangan hidro jika mereka berjaya dalam pilihanraya yang akan datang!

Projek-projek seperti itu bakal mengakibatkan seramai setengah juta orang tempatan dihalau keluar dari kampung halaman mereka sendiri kerana ditenggelami air empangan-empangan itu nanti. Kenapa harus sedemikian, ketika tenaga elektrik sudah terlalu berlebihan dijanakan? Kenapa, apabila empangan Bakun dan Batang Ai hanya menggunakan separuh dari kesemua bilangan turbinnya?

Alasan utama, seperti kebiasaannya, bakal menyumbang keuntungan kepada Taib Mahmud sendiri, yang bercadang meminjam berbilion-bilion ringgit untuk projek-projek itu dan juga untuk SCORE. Berbilion-bilion ringgit yang boleh dicurahkan masuk ke dalam syarikat-syarikatnya ketika dia terlibat dalam kontrak-kontrak untuk membina empangan-empangan yang melibatkan syarikat-syarikat luar negara dalam projek-projek tenaga elektrik murah (seperti usahasama SALCO yang gagal itu).
Sebenarnya orang Sarawaklah yang akan mencari wang untuk membayar balik pinjaman itu dan mereka tidak mungkin akan menikmati sebarang manfaat dari empangan-empangan hidro yang tidak diperlukan itu.

Cukuplah untuk CEO BN negeri Sarawak!