‘Super Datin-Datin Dari Sarawak – Daud Abdul Rahman

Kaum wanita di negara-negara barat biasanya merungut mengenai ‘kayu ukur’ yang menghalang kemajuan mereka, walaupun mereka mempunyai kelayakan dan komitmen untuk mendapatkan jawatan pengurusan tertinggi mahupun menjadi pengarah di mana-mana institusi.

Namun di Sarawak, kaum wanita tidak mengalami sebarang kesukaran, asalkan mereka bergelar datin (iaitu isteri kepada menteri).

‘Datin-datin Super’ di Sarawak mencapai kedudukan mereka dengan melibatkan diri dalam syarikat-syarikat pembalakan, perladangan dan syarikat-syarikat pembinaan yang besar-besar, walaupun mereka tidak mempunyai kelayakan pendidikan yang tinggi, ataupun bekerja keras!

Datin Noraini Binti Hussin, isteri kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur, Daud Bin Abdul Rahman, adalah suatu contoh yang baik.

Noraini adalah seorang pengarah bagi syarikat Eastbourne Corporation Sdn Bhd, yang kini meraikan ulangtahun ke-20 sebagai salah sebuah syarikat yang paling berjaya di negeri Sarawak.
Eastbourne juga mempunyai kepentingan dalam kegiatan pembalakan, yang merangkumi kayu belian, dan perladangan kelapa sawit yang luas.

Bersempena ulangtahun dan juga meraikan kejayaan Eastbourne itu, Pengarahnya Gani Matahir, telah mengumumkan bahawa syarikat itu telah menerima kontrak-kontrak bernilai RM1.12 bilion, yang kebanyakannya dari sektor kerajaan.

Kontrak-kontrak itu termasuklah membina Tebingan Kuching, Ibupejabat PBB di Kuching, projek penambakan Tajung Manis di Mukah, Hospital Umum di Bintulu; dan Pusat Latihan Polis di Penerissen.
“Kini kita menumpukan perhatian pada beberapa projek yang bernilai RM291 juta. Ini termasuk projek pembentungan di Miri, projek-projek jalanraya di Mukah, dan pembangunan infrastruktur di Bintulu dan Tebedu,” Matahir dipetik sebagai berkata.

Salah seorang tokoh penting syarikat itu adalah Datin Super dari Sarawak, Pengarah wanitanya, Noraini Hussin, yang secara kebetulannya isteri kepada bekas Jurutera Awam dan juga seorang wakil rakyat dari BN/PBB kawasan Tupong, Menteri Pembangunan Infrastruktur Sarawak, Daud Abdul Rahman.

Bercanggah Kepentingan Tugas Dan Tanggungjawab Ketika Menjawat Jawatan Awam

Atau, adakah secara kebetulan Datin Noraini Hussin berkahwin dengan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sarawak itu?

Daud Abdul Rahman telah mendapatkan projek-projek infrastruktur dan pembangunan bernilai tiga-perempat billion ringgit, secara berasuah, menerusi sebuah syarikat yang dimilikinya! Dari maklumat CIDB, projek-projek yang diawadkan kepada Eastboune sejak beberapa tahun yang lalu berjumlah tidak kurang dari RM750 juta kesemuanya! Kami telah banyak kali mengatakan bahawa Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud amat gemar mengawadkan para menterinya konsesi dan kontrak secara rasuah walaupun secara sedar wujudnya percanggahan kepentingan tugas di kalangan mereka.

Hakikat ini telah meletakkan mereka di bawah kawalannya dan menjadikan mereka lebih bergantung pada awad-awad untuk hidup lebih mewah dari ahli-ahli politik biasa yang lain.

Daud Abdul Rahman telah mendapat ijazah bidang kejuruteraan di UK, di mana dia tahu bahawa jika seseorang ahli politik didapati terlibat dalam mana-mana kegiatan perniagaan syarikat kejuruteraan yang menerima awad kontrak dari kerajaannya sendiri, seharusnya berhenti kerja dan boleh dipenjarakan.
Mungkin itukah sebabnya dia meletakkan isterinya yang tiada apa kelayakan sebagai Pengarah syarikatnya?
Dalam pada itu, Daud amat gemar berkhutbah pada para pengundinya mengenai bidang tugasnya sebagai Timbalan Menteri Pembangunan dan Infrastruktur, perlunya bagi sesebuah negeri untuk menebang hutan, kemudian membuka ladang-ladang dan membina lebih banyak infrastruktur.

Kegiatan sedemikian tidak mendatangkan banyak manfaat kepada orang-orang di Sarawak, jika adapun, hanya untuk orang seperti Daud Abdul Rahman sahaja. Orang lain telah kehilangan tanah-tanah dan kehidupan mereka terjejas dan jika ada pun, menerima pampasan atau gantirugi yang amat kecil jumlahnya.

Namun kini, kami boleh mendedahkan bahawa Daud telah memperolehi keuntungan pada setiap peringkat proses semasa dia menjadi seorang ahli politik!

Konsesi-konsesi Kayu Belian

Pada awalnya, Eastbourne Corporation Bhd bermula dengan konsesi pembalakan, dengan nama, Eastbourne Estate. Ketika itu Sarawak menjalankan dasar “fasa membalak” secara berluasa.
Bertuah sungguh Datin Noraini! Kini kami dapat meneliti sebuah peta yang kami perolehi secara senyap-senyap dari Jabatan Hutan di mana kami mendapati dia menerima konsesi menebang kayu belian yang luas.
Sebagai mana yang kita telah difahamkan, konsesi menebang kayu belian ini adalah satu-satunya cara Taib menghadiahkan para YB BNnya kerana kesetiaan mereka padanya.

Juga Konsesi Perladangan

Dari peta berkenaan, sebaik sahaja sesuatu kawasan hutan itu selesai ditebang, syarikat Daud akan membuka ladang yang amat luas menggunakan sebuah lagi syarikatnya, Eastbourne Properties.

Sebagai mana yang kita sedia maklum, kehidupan orang-orang tempatan yang terjejas akibat penebangan hutan dan pembukaan ladang ditambah pula gagal mendapatkan kerja yang bergaji lumayan atau berpatutan.
Senarai nama syarikat-syarikat perladangan yang kami perolehi dari Jabatan Tanah dan Survei menunjukkan konsesi yang telah diawadkan kepada Easbourne Properties Sdn Bhd pada tahun 2007 telah didaftarkan menggunakan alamat ibupejabat Eastbourne Corporation di Kuching, Sarawak.

Maka, haruskah kita meneliti siapakah yang mengendalikan kumpulan syarikat-syarikat milik Eastbourne?
Nampaknya Daud tidak menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua dalam Eastbourne group, mungkin kerana beliau terlalu taksub dan bangga dengan kedudukannya itu? Malah, Daud dengan bangganya memaparkan data-data peribadinya yang lengkap dalam laman web kerajaan negeri Sarawak!

Keuntungan Pantas!

Maka, sebaik sahaja Jabatan Tanah & Survei memutuskan untuk menyerahkan kawasan ladang kepada Daud pada harga RM3.7 juta dalam bulan Julai 2007, apakah agaknya akan dia lakukan seterusnya?

Sebahagian besar ladang tersebut kini dimiliki oleh anak syarikat WTK, Biofresh Produce Plantations Sdn Bhd. Namun ianya turut didaftarkan pada alamat yang sama dengan Eastbourne!

Dari pengumuman-pemgumuman rasmi Bursa Saham Malaysia dan juga Laporan Tahunan WTK, setelah beberapa bulan memperolehi ladang itu dengan harga RM3.7 juta, Daud telah menjualkan 80% darinya kepada WTK/Biofresh pada harga RM23.4 juta.

Malah nama Daud Abdul Rahman turut tercatat sebagai penjual sebagai mana yang terdapat dalam pengumuman itu. Hasil jualan yang diperolehinya itu membuktikan nilai sebenar sesebuah ladang yang diserahkan oleh kerajaan Taib kepada salah seorang menterinya pada harga RM3.7 juta. Ini kerana Daud telah menjualkan 80% dari keseluruhannya pada harga RM23.4 juta! Inilah wang yang seharusnya diserahkan kepada kerajaan negeri Sarawak untuk, sekurang-kurangnya, meringankan kesengsaraan orang-orang tempatan akibat kegiatan perladangan yang memusnahkan alam sekitar dan kehidupan mereka. Sebaliknya, keuntungan itu telah masuk ke dalam kocek Menteri Pembangunan dan Infrastruktur, dan orang kuat PBB seperti Daud Abdul Rahman!
Maka tidak hairanlah Daud sekeluarga mampu hidup mewah dalam kediaman yang boleh menimbulkan rasa cemburu di kalangan penduduk di Kuching, Sarawak!

Jika Taib menyuruhnya menyalak, ya, kami pun rasa Daud Abdul Rahman akan menyalak juga!

Sekarang, elok jika kita mengetahui lebih lanjut siapa dan apakah peranan Datin Super Noraini Hussin dan mengesahkan siapakah pemegang sebenarnya saham-saham dalam Eastbourne Corporation Bhd itu.

Pemegang utama saham-saham di syarikat itu adalah seorang YB BN, Daud Abdul Rahman, yang telah menerima banyak kontrak untuk syarikat itu! Maka, jika sekali lagi Menteri Pembangunan Infrastruktur itu menasihatkan para pengundinya mengenai agenda untuk maju ke hadapan dan era pembangunan, kita harus ingat bahawa sebenarnya beliau sendiri yang dimaksudkannya, bukan para pengundinya!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments