Apakah Yang Baiknya Sedang Berlaku?! – Parti Greens Mempersoalkan Projek-Projek Hydro-Tasmania Di Sarawak

Parti Green di Australia kini menuntut penjelasan-penjelasan daripada Hydro-Tasmania apakah sebenarnya yang anak syarikatnya, Entura, lakukan di Sarawak.
Sarawak Report dapat mendedahkan bahawa Entura, yang bertindak selaku badan perunding bagi pihak syarikat induknya, sedang giat melibatkan diri berkenaan projek-projek yang dikaitkan dengan rancangan Taib Mahmud untuk menenggelamkan bumi Sarawak menggunakan 12 lagi empangan baru pada tahun-tahun akan datang.
Bercakap di dewan Parlimen Negeri di Tasmania semalam, jurucakap yang mewakili parti Green, Kim Booth, telah mengkritik kegagalan Hydro-Tasmania mempersembahkan usahasama-usahasama yang berkontroversi itu, yang melibatkan usaha menenggelamkan sebahagian besar kawasan hutan Borneo serta menempatkan semula beribu-ribu orang tempatannya.

Kami telah melaporkan bahawa Entura telah mengambil alih pengurusan mengisi empangan Bakun yang baru siap, contohnya, memberi nasihat mengenai isu-isu keselamatan dan struktur empangan itu. Hydro-Tasmania juga telah mengumumkan bahawa Entura telah seterusnya mendapat kontrak-kontrak perundingan mengenai empangan-empangan Murum, Belaga, Pelagus dan Metjawa.

Namun kini Sarawak Report dapat mendedahkan dengan lebih lanjut lagi penglibatan Hydro-Tasmania di dalam projek-projek SCORE Taib Mahmud.
Secara khususnya, pengurus binaan yang bertanggungjawab menguruskan Empangan Murum, di mana pada dua tahun permulaannya telah dirahsiakan, sebenarnya salah seorang dari staf yang dipinjamkan oleh Hydro-Tasmania sendiri, Andrew Pattle.

Last week’s river protest by natives fighting the Baram Dam – no use for the planned electricity has yet to be divined
Dan, dalam tindakannya seterusnya, Pattle telah dilantik sebagai Pengurus Kanan Projek bagi kedua-dua empangan yang telah dirancang, Empangan Baleh dan Empangan Baram yang amat berkontroversi, yang telah menyemarakkan lagi api kemarahan orang-orang tempatan di seluruh Sarawak!

Usahlah terlalu berkira!

Dalam laporan tahunan Hydro-Tasmania Pattle didapati membincangan kedudukan barunya di “tengah-tengah hutan belantara Sarawak” yang mungkin akan mempersonakan ramai orang di Australia. Khususnya dia telah mengumumkan mengenai isu-isu keselamatan dan alam sekitar yang “tidak diberi perhatian utama di sini [Sarawak]”!
Namun demikian, dia telah meyakinkan para pembaca agar jangan “terlalu berkira” kerana apa yang telah dilakukan oleh Australia beberapa dekad yang lalu “kini dipraktikkan di Malaysia hari ini”!
Kenyataan yang kelihatan dipandang ringan yang dibuat oleh wakil mereka itu bercanggah dengan dakwaan berfikiran tinggi oleh Hydro-Tasmania dalam laman web rasmi mereka. Di sini syarikat itu mengesahkan bahawa piawaian-piawaiannya adalah setanding dengan “amalan terbaik antarabangsa”! Sikap ambil mudah terhadap Sarawak itu bercanggah dengan kenyataan Pattle yang mengatakan mereka amat peka pada kepentingan alam sekitar dengan menghadapi cabaran-cabaran sosial dan keselamatan”!

Dalam penolakan tuntutan Kebebasan Maklumat, Hydro-Tasmania telah mengatakan bahawa keengganan Kerajaan Sarawak dan “kerahsiaan komersil’ sebagai alasannya untuk menahan maklumat yang seharusnya mudah diperolehi di Australia, khususnya mengenai impak-impak sosial dan alam sekitar berkaitan pembinaan empangan yang dirancang. Kim Booth telah mengkritik penolakan itu, dengan mengatakan bahawa perundingan asing bukanlah peranan utama Hydro-Tasmania dan ia juga bukan sebagai penjana wang yang utama. Jika sekiranya ada sesuatu yang gagal berfungsi maka pembayar-pemabayar cukai Tasmania yang akan membayar bil yang tinggi!

Dalam sesi debat di Parlimen Tasmania semalam Booth telah mencabar Menteri Tenaga, Bryan Green, untuk menjadikan syarikat milik awam itu sebagai bertanggunjawab bercanggah prinsip-prinsipnya berkaitan keberterusan di Sarawak, sebagaimana diakui oleh syarikat itu.

Terpulanglah pada mereka!
Jawapan yang diberikan oleh Bryan Green menimbulkan suatu kesimpulan yang ditentang oleh menteri-menteri di Tasmania sebagai bertambahnya penglibatan Tasmania dalam kepentingan di Sarawak.
Memandangkan Sarawak kini ditadbir-urus oleh kerajaan yang korup, tanpa sebarang ketelusan atau kebertanggungjawaban terhadap rakyatnya, dan begitu juga bertambahnya gerakan bantahan menentang pembinaan empangan-empangan, Green telah membayangkan bahawa Hydro-Tasmania harus bergantung pada keputusan Sarawak sendiri untuk menentukan apa yang berterusan dan apa yang bukan!
Green seterusnya menafikan kerisauan ke atas nasib setengah juta orang tempatan yang ditempatkan semula oleh empangan-empangan Taib Mahmud, dengan membandingkan keadaan di China!

Ahli-ahli parlimen Tasmania yang lain dengan cepat membidasnya dengan mengatakan isu-isu buruk pelanggaran hak asasi di China, rekod-rekod keselamatan dan alam sekitarnya adalah yang paling buruk untuk dijadikan contoh!
Namun, Menteri Tenaga itu terus menyatakan keyakinannya dalam Hydro-Tasmania, seterusnya menjadikan komen-komennya semakin sukar difahami.
Namun, sementara maklumat-maklumat semakin bertambah mengenai perkara ini, mungkin bahawa penglibatan Australian dalam program empangan di Sarawak diketepikan.
Dalam sepucuk surat yang diutuskan kepada Hydro-Tasmania, pihak parti Green telah menyatakan kerisauan mereka terhadap bertambahnya orang-orang di Australia bahawa salah sebuah syarikat Australia terbabit dengan pemusnahan kawasan Bakun dan juga akan turut memusnahkan kawasan Baram, Murum, Baleh dan banyak lagi rancangan empangan, di mana perlunya penjanaan tenaga elektriknya nanti diragui.
Jaringan kepentingan yang terjalin

Menteri Tenaga Bryan Green pernah dilaporkan dalam Sarawak Report suatu ketika dahulu sebagai salah seorang ahli parlimen Tasmania yang pro-Ta Ann. Syarikat pembalakan itu yang dimiliki oleh Hamed Sepawi, iaitu sepupu kepada Ketua Menteri Sarawak telah didapati membalak secara tidak terkawal hutan-hutan di Tasmania yang ada. Ta Ann masih berhasrat untuk tinggal di Tasmania kerana ia ingin mendapatkan pensijilan anatarabangsa bagi produk-produk berasaskan kayu, yang telah diharamkan kerana telah memusnahkan sebahagian besar hutan di Sarawak oleh Taib dan keluarganya.
Sarawak Report telah mendokumentasikan kaitan antara pelaburan Ta Ann dan kaitan-kaitannya di Tasmania dan perkembangan kejayaannya oleh Hydro-Tasmania mendapatkan kontrak-kontrak di Sarawak. Lagipun kedua-dua Ta Ann dan SCORE berkisar pada Taib, yang membuat segala keputusan di negeri itu menerusi kepelbagaian peranannya selaku Ketua Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Sumber Asli negeri Sarawak!

Awang Tengah, seorang menteri yang sangat korup dalam kabinet Taib juga selaku Timbalan Menteri Perancangan dan juga merupakan orang kanan Taib Mahmud, sedang terlibat dalam banyak urusan dengan ahli-ahli politik di Malaysia dan Australia.
Penyokong politik yang berpengaruh yang menyokong Ta Ann dan Sarawak di Tasmania, Paul Harriss, telah didapati mengakui bahawa dia telah mendapat pembiayaan pergi dan balik ke Sarawak yang ditanggung Ta Ann.
Selain Green, seorang jurucakap parti Buruh, Simon Crean, iaitu saudara kepada David Crean, tidak lainnya adalah Pengerusi dalam Hydro-Tasmania!
Seperti yang pernah kami laporkan dahulu Hydro-Tasmania telah giat memperoleh pendapatan di Sarawak semenjak syarikat Sino-Hydro dari China yang membina empangan Bakun menghadapi kritikan yang buruk tahun lalu.

Anak syarikat Hydro-Tasmania, Entura, kini mengambil alih mengkaji semula hal-hal berkaitan keselamatan dan pengisian empangan itu sejurus selepas kami mendedahkan mengenai campuran konkrit yang ditambahkan air oleh para pekerja empangan yang tidak mahir dan tidak diawasi.
Laman web rasmi Entura telah memberikan maklumat yang terhad berkaitan perkara ini, namun Sarawak Report telah menunjukkan komen-komen yang dibuatnya adalah amat kurang meyakinkan.
Parti Green dan kebanyakan orang di Bakun percaya bahawa orang awam berhak mengetahui lebih lanjut mengenai isu-isu keselamatan dan apakah sebenarnya yang diberitahu oleh Hydro-Tasmania kepada Kerajaan Sarawak.

Dengan berkembangnya bantahan-bantahan popular menentang empangan-empangan Taib di Sarawak, penglibatan Hydro-Tasmania dan rakan-rakan politiknya di Australia akan, semakin hari, semakin sukar untuk dielakkan.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments