Bangkitlah Untuk Hak-Hak Anda – Kemenangan Untuk Sebangan!

Pada hari ini masyarkat Iban di Sebangan meraikan suatu lagi kemenangan menentang Ketua Menteri mereka, Abdul Taib Mahmud dan kerajaan BN di Sarawak
Mereka ini mempunyai hak-hak ke atas kawasan-kawasan hutan hujan yang tidak terjejas di bahagian utara Kuching.
Namun, saudara perempuan Taib, Raziah Mahmud, tidak dapat mengawal keinginannya pada kekayaan dengan menebang sesuka hatinya hutan-hutan di kawasan itu.
Maka, dalam tahun 2010, Raziah bersama para pengarah syarikat Quality Concrete telah menipu orang-orang tempatan dengan merampas tanah mereka, menggunakan taktik-taktik yang sama yang telah mereka gunakan sejak berdekad-dekad yang lalu.
Penipuan BN yang tipikal

Para konspirator bermula dengan menemui ‘orang-orang suruhan’ Taib di Jabatan Hutan dan Jabatan Tanah dan Survei dengan meminta mereka bersetuju mengeluarkan ‘Lesen Sementara’ untuk menebang pokok-pokok di kawasan berkenaan.
Dengan menggunakan Lesen Sementara inilah kerajaan negeri telah lepas tangan semasa menyerahkan secara haram tanah-tanah NCR kepada kroni-kroni BN menebang dan membuka lading-ladang.
Dengan cara ini para pegawai dari jabatan-jabatan kerajaan yang terbabit boleh berpura-pura bahawa mereka telah memberi kebenaran untuk menebang hutan, tetapi hanya jika sekiranya orang-orang tempatan berpuas hati mengenainya dan turut memeterai suatu perjanjian.
Namun, ketika syarikat-syarikat seperti Quality Concrete masuk ke kampung mereka dan menunjuk-nunjukkan lesen-lesen sementara ini kepada orang-orang tempatan dan berpura-pura bahawa kerajaan telah ‘membenarkan’ mereka untuk mengambil hutan dan tanah di situ.
Dan, dengan Raziah Mahmud, sebagai salah seorang pengarahnya, Quality Concrete berkeyakinan bahawa kuasa penuh Ketua Menteri akan berada di belakang mereka dalam cubaan mereka merampas tanah-tanah di situ.

Raziah dan rakan-rakan pengarahnya dalam Quality Concrete yang rakus itu tidak menunggu kata putus dari ketua-ketua kampung di kawasan itu sebelum mereka mengambil kayu. Perkara yang pertama diketahui oleh orang-orang tempatan adalah kehadiran para pembalak dan jentolak memasuki kawasan hutan mereka dan seterusnya mendirikan khemah di situ!

Apabila orang-orang tempatan mula membantah, para peguam-peguam yang mahal-mahal tiba, menunjukkan kepada mereka bahawa mereka mempunyai ‘kebenaran’ untuk mendapatkan balik tanah-tanah dan mengatakan bahawa bantahan sedemikian tidak berguna, kerana Quality Concrete adalah disokong oleh kerajaan.
Lagi pun, siapa yang dapat menjangkakan untuk menentang sebuah syarikat yang dimiliki oleh saudara perempuan Taib, Raziah Mahmud yang terkenal itu, yang turut mengawal kegiatan bomoh untuk mempengaruhi setiap pergerakan si Ketua Menteri yang semakin tua itu?
Tetapi, Quality Concrete juga merancang untuk mengelirukan orang-orang tempatan yang miskin itu. Setiap keluarga, menurut penjelasan mereka, akan dibayar RM250 untuk tanah hutan yang diambil itu!
Raziah Mahmud mungkin tidak mengimpikan untuk membeli sepasang kasut yang berharga hanya RM250 (£50UK/$80US)!
Sebaliknya, wang yang diperolehi Raziah Mahmud menebang hutan boleh mencecah ratusan juta ringgit, dengan adanya kayu keras bernilai tinggi di kawasan itu. Dia ingin menipu orang-orang tempatan dan generasi selepas mereka!

Maka tidak hairanlah Taib Mahmud sentiasa mengingatkan orang-orang Sarawak mengenai proses pembangunan yang lambat, apabila dia dan ahli-ahli keluarganya yang tamak haloba itu tidak memberi balik apa yang sepatutnya kepada orang-orang tempatan!
Namun kini ahli-ahli keluarga Taib itu mendapati bahawa mereka harus menghadapi tentangan yang hebat. Beberapa orang yang telah putus asa di kawasan Sebangan telah juga tergoda untuk menerima wang itu sebagai pampasan penyerahan tanah mereka. Lagi pun, dasar kerajaan Taib telah sekian lama menjadikan mereka miskin sedemikian rupa.
Walau bagaimana pun, ramai lagi di kalangan mereka yang sedar bahawa mereka telah ditipu dan ingin mengekalkan warisan mereka.
Sarawak Report telah dijemput ke kampung-kampung di situ dan ketua-ketua kampung telah menjelaskan bagai mana kawasan itu telah dimusnahkan oleh kehadiran lading-ladang kelapa sawit. Penggunaan baja kimia dan racun berskala besar telah menyebabkan sungai-sungai di kawasan itu tercemar teruk dan air sungainya tidak selamat untuk digunakan.
Haiwan-haiwan buruan telah lenyap dan salah sebuah kawasan kecil hutan di situ yang masih kekal digunakan sebagai kawasan buruan mereka, dan itupun sekadar beberapa hektar sahaja hutan di atas bukit-bukit di belakang kampung-kampung mereka yang masih tinggal.

Rungutan orang-orang kampung sedemikian tidak diendahkan oleh Raziah Mahmud yang berstatus ahli perniagaan multi-jutawan itu.
Dia dan suami keduanya Robert Geneid telah merampas tanah-tanah yang berjumlah hampir seluas kepulauan Singapura dalam masa beberapa tahun sahaja dan mereka juga telah mengeksploitasikan lesen-lesen kawasan perladangan yang sangat luas.
Pasangan suami isteri yang rakus itu telah juga menerima kontrak-kontrak kerajaan bernilai ratusan-juta ringgit, tahniah pada kebijaksanaan saudaranya, Ketua Menteri Sarawak memberikan mereka lesen-lesen untuk kesemua itu.
Pasangan suami-isteri itu juga telah merampas kawasan NCR milik kaum-kaum etnik yang lain, dan yang paling terkenal adalah rampasan tanah NCR milik kaum etnik Berawan di Mulu, yang telah dipaksa menyerahkan kawasan mereka untuk dijadikan projek ‘eko-pelancongan’.
Pengurusan Mulu kini telah diambil alih oleh rangkaian hotel Marriott Hotel dan keluarga Geneid tetap percaya bahawa mereka boleh terus mendapatkan apa sahaja yang mereka inginkan di Sarawak.
Maka, bukanlah suatu kejutan jika Quality Concrete bersungguh-sungguh menghadapi tentangan dari ketua-ketua kampung dan anak-anak buah mereka. Ini kerana pasangan Geneid itu sentiasa menganggap diri mereka boleh membuli sesiapa untuk merampas tanah.

Tindakan pertama pasangan Geneid itu adalah mengarahkan tangkapan ke atas individu-individu yang mereka kenalpasti sebagai dalang dalam bantahan itu. Pegawai Penganjur SADIA (Sarawak Dayak Iban Association), Nicholas Mujah dan seorang bekas pekerja Shell, Numpang Suntai, telah mereka kenalpasti sebagai penganjur kempen yang berkesan dalam penentangan itu, yang telah mengumpul sumber-sumber untuk tabung bagi pihak kampung-kampung di situ sebagai usaha membawa kes itu ke mahkamah yang diwakili oleh peguam hak asasi dan juga ketua PKR Sarawak, Baru Bian.
Maka, setelah berlakunya suatu kebakaran bermisteri di kem pembalakan, polis telah menangkap kedua-dua lelaki berkenaan sebagai suspek utama.
Tangkapan dilakukan walaupun kedua-dua lelaki itu sebenarnya tidak berada di tempat kejadian pada waktu itu
Namun kedua-dua lelaki itu tidak tergugat oleh taktik-taktik kotor tangan kuat Sarawak. Kedua-dua mereka telah memberanikan diri mereka bangun untuk menegakkan hak-hak mereka dan tidak menghiraukan ugutan-ugutan pihak yang mereka tentang.

Dengan berkembangnya akses orang ramai ke dalam internet dan siaran-siaran Radio Free Sarawak, taktik buli ini dapat didedahkan di seluruh Sarawak, walaupun dahulunya perkara ini tidak kedengaran sama sekali. Kini juga terdapat golongan peguam yang bersedia membantu menegakkan hak-hak asasi orang-orang yang terjejas.
Senjata dan taktik buli BN telah makan tuannya sendiri.
Golongan majistret telah membebaskan kedua-dua tertuduh dan tidak lama kemudian mahkamah telah mendapati Quality Concrete bersalah, dan seterusnya menafikan hak membalak di kawasan yang mereka ceroboh itu.
Dan pada hari ini Mahkamah Kuching telah menegakkan kes yang dikemukakan oleh orang-orang kampung menentang Negeri Sarawak dan Jabatan Tanah dan Survei kerana membenarkan rampasan tanah dilakukan ke atas tanah-tanah NCR itu.
Dengan rasa gembiranya, saudara perempuan Numpang, iaitu Pengacara Radio Free Sarawak, Christina Suntai, berkata:
“Kes ini seharusnya menjadi suatu peransang kepada orang lain yang terjejas untuk menentang dan menegakkan hak-hak mereka atas tanah-tanah NCR mereka dan sebagai langkah untuk mengekalkan hutan hujan kita yang bernilai tinggi”, dan dia juga mengucapkan syukurnya kepada mereka yang telah menyokong penentangan mereka selama ini.
Orang-orang di Sebangan telah membuktikan bahawa dengan bangkit dan menegakkan hak-hak asasi mereka merupakan suatu jalan untuk menjaga dan melindungi mereka dari segala penindasan pihak-pihak yang tamak dan haloba itu. Orang-orang di Sebangan adalah sebuah masyarakat orang tempatan yang boleh dijadikan contoh di Sarawak.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments