BBC Merajuk Kerana Liputannya Mengenai Perhimpinan Bersih 3.0 Ditapis! - EKSLUSIF

Pihak BBC London telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan ianya memohon penjelasan segera ke atas salah sebuah laporannya yang telah dipinda dan ditapis oleh Astro, sebuah syarikat TV satelit Malaysia.

Sesalinan laporan yang ditapis itu telah diedarkan secara meluas di laman Youtube sejak hujung minggu yang lalu, menayangkan bagaimana liputan itu diketengahkan kepada penonton Astro berbeza dengan tayangan asal yang ditayangkan di tempat-tempat lain seluruh dunia.

Pengacara bertauliah BBC Emily Buchanan telah mengeluarkan laporan selama dua minit mengenai perarakan Bersih, dengan melaporkan secara terperinci kejadian pada hari itu. Ini termasuk laporan-laporan bulletin yang dikeluarkan oleh pihak BBC World, salah sebuah saluran yang ditayankan menerusi Astro.
Namun, tayangan tiga puluh saat didapati telah dipadamkan dari versi yang dipinda dalam Astro, setelah memadamkan tiga insiden yang berturutan, yang salah satu darinya menunjukkan seorang anggota polis menunggang motosikal peronda dilihat menghalakan tembakan ke arah para penunjuk perasaan itu.
Dua lagi insiden yang lain yang telah dipadamkan merangkumi temuramah dengan para penunjuk perasaan, yang menjelaskan kenapa mereka menyertai tunjuk perasaan untuk mempertahankan hak berkaitan pilihanraya yang adil.

Minggu Kebebasan Akhbar Sedunia yang tercemar dan dikesali!

Setelah Sarawak Report menyatakan kejadian semalam kepada pihak BBC, pertubuhan itu telah menyatakan kemarahan mereka.
Adalah termaktub dalam undang-undang media bahawa tiada salah satupun laporan-laporannya boleh dipinda oleh mana-mana saluran yang mengeluarkan perkhidmatan beritanya, dan kenyataannya menjelaskan bahawa perbuatan meminda apa saja laporan mengundang potensi melanggar kontrak dengan Astro:
Kenyataan BBC

“BBC memohon jawapan segera setelah ianya mengetahui bahawa laporannya telah dipinda oleh Malaysia.
Laporan bantahan anti-kerajaan di Malaysia telah dipinda sebelum ianya dikeluarkan semula di televisyen setalit Malaysia, tetapi dengan babak-babak yang telah dipadamkan dari versi asal BBC.

BBC memohon kepada Astro untuk memberikan fakta-fakta mengenai pemindaan tayangan yang dikeluarkan itu.
Jurucakap BBC mengatakan: “Bersempena minggu Kebebasan Akhbar Sedunia, amatlah dikesali jika akses kepada berita-berita bebas dan tanpa berbelah bahagi itu masih dihalang. Kami mengutuk keras sebarang bentuk penghalangan ke atas laporan berita yang boleh dipercayai yang kami keluarkan di seluruh dunia menerusi rakan-rakan penerbitan kami.”

Pihak BBC masih menunggu penjelasan penuh daripada Astro mengenai kejadian sempena perhimpunan itu.
Syarikat Astro nampaknya mengambil masa yang lama menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh BBC itu, dan mungkin juga akan mengambil masa kerana cuti umum Hari Pekerja ini.

Namun, mutu pindaan pada pakej berita itu kelihatan seperti suatu hasil kerja orang-orang yang pakar bagi meletakkan pihak-pihak berwibawa di Malaysia di kedudukan yang baik. Jika demikian, pendedahan manipulasi itu nanti akan menjejaskan nama baik Astro sendiri dan juga pendirian dunia terhadap kerajaan BN.
Laporan-laporan Al-Jazeera juga dipinda oleh Astro!

“Kamera kami telah disepak dan jatuh ke tanah” – nampaknya Atsro tidak suka pada laporan Harry Fawcett yang melaporkan mengenai kekasaran anggota polis terhadap para penunjuk perasaan dan meminda laporan Al Jazeera juga!

Astro, yang merupakan saluran TV satelit tunggal yang diberi lesen oleh kerajaan BN adalah milik usahawan terkaya di Malaysia, T Ananda Krishnan, yang diketahui umum sebagai seorang usahawan yang mempunyai kaitan rapat dengan parti UMNO yang memerintah.
Menjelang pilihanraya ini Astro diketahui telah menghadiah cakera-cakera satelit secara percuma sebagai insentif untuk rumah-rumah panjang di Sarawak, yang dipercayaai untuk menyalurkan propaganda dan ideologi kerajaan yang memerintah.

Pindaan ke atas laporan-laporan BBC mengambarkan betapa Astro amat menyebelahi agenda politik UMNO.
Dan pada beberapa jam yang lalu beberapa maklumat telah dikeluarkan bahawa saluran Astro juga meminda laporan Al-Jazeera yang dilaporkan oleh Harry Fawcett!

Masa untuk lebih banyak demokrasi dan kebebasan media?

Dalam kenyataan BBC, saluran Astro yang telah meminda laporannya secara kebetulan dilakukan sempena Minggu Kebebasan Akhbar Sedunia, 3hb Mei ini.
Perlakuan ini memberikan contoh bagaimana penipuan anti-demokrasi dan salah guna kuasa telah menjadikan rakyat turun ke jalanan di KL pada hari Sabtu yang lalu.
Gerakan Bersih telah mula menyedarkan dunia bahawa Malaysia telah membelanjakan sumbernya untuk mengukir imej sebagai sebuah negara yang mesra dan berdemokrasi di bawah BN, adalah suatu usaha yang memalukan.

Apakah kesimpulan kita mengenai perbuatan haram BN kerana pindaan laporan yang dilakukan oleh Astro terhadap dua pengeluar berita terkemuka dunia itu, yang telah cuba memberikan gambaran sebenar dan berobjektif kepada penonton mereka?
Apakah usaha yang lebih baik untuk Bersih yang ingin membersihkan nama baik Malaysia!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments