Berjanji Lebih Murah Dari Menyogok Pengundi – Janji-Janji ‘Universiti’ Sibu

Selama lebih separuh abad UMNO/BN dan Abdul Taib Mahmud telah menyedut berbilion-bilion ringgit dari kekayaan sumber asli Sarawak.
Sebagai balasan mereka telah menawarkan sogokan-sogokan murah menjelang setiap musim pilihanraya kepada golongan pengundi yang miskin dan daif, yang tidak sedar akan wujudnya manfaat dari kekayaan ini.
Namun janji-janji adalah jauh lebih murah dari menyogok dan ahli-ahli politik BN amat gemar berjanji pada setiap pilihanraya kerana mereka tidak perlu menghulurkan wang ringgit!
Pada suatu contoh yang tepat, para pembaca kami dari Sibu telah berperanan sebagai penyiasat dan mereka telah mendapati beberapa dakwaan yang dibuat oleh BN mengenai apa yang dikatakan sebagai perkembangan untuk membina sebuah universiti yang amat diperlukan di Bandar Sibu.
Najib telah berjanji pada pilihanraya kecil Sibu dalam tahun 2010 yang lalu. Sogokan semasa pilihanraya yang dia lakukan amatlah ketara dan jika di negara luar, sudah pastinya dia boleh dituduh dan didakwa kerana kesanggupannya menyalahgunakan kewibawaannya untuk membalas undi yang diraihnya.
Menurut agensi berita Bernama, beginilah cara PM Malaysia lakukan ketika dia cuba memancing undi dalam tahun 2010:

Sebenarnya, janji-janji seperti inilah yang gagal meyakinkan para pengundi di Sibu yang telah meluat dan muak dengan rasuah BN dan juga dengan amalan kleptokrasi Taib Mahmud selama 30 tahun.
DAP telah memenangi pilihanraya kecil dan mungkin inilah alasan korup BN kerana tidak dapat menunaikan janji yang didakwa oleh PM yang telah mereka kotakan!
Namun begitu, orang kuat SUPP yang telah menggunakan peluang dalam pendorong projek ini telah menyerang sesiapa yang meragui bahawa BN akan menunaikan projek itu dalam tahun 2012. Maka, seperti biasa akhbar-akhbar kawalan BN telah diperalatkan untuk tujuan ini:

Sememangnya tahun 2012 telah tiba dan Kolej Laila Taib masih lagi berstatus sebuah kolej, bukannya sebuah universiti dan tiada tanda-tanda jelas bahawa ianya akan dinaiktarafkan pada bila-bila masa sekalipun.

Namun, hari berganti hari, sebuah lagi universiti dijanjikan untuk Sibu, kali ini, dalam masa satu bulan menjelang pilihanraya yang dijangkakan.
Pada bulan lepas najib telah sekali lagi melawat Sibu dan mengumumkan suatu lagi perkembangan, sekali lagi dengan kehadiran sokongan dari tukang sorak BN, Wong Soon Koh dan Taib Mahmud. Pada kali ini mereka telah mempersembahkan sepucuk “surat jemputan” untuk mencadangkan penubuhan sebuah universiti, dan pada kali ini tentang apa yang mereka namakan sebagai Kolej Universiti Teknologi Sarawak!
Akhbar-akhbar yang taat kepada BN telah membesar-besarkan pengumuman Perdana Menteri itu mengenai ‘kemajuan dan pembangunan’ kepada Sarawak dan menyebut tentang ratusan juta ringgit yang telah dibelanjakan untuk projek-projek infrastruktur di kawasan-kawasan luar bandar! (Namun apa yang kita tahu adalah ratusan juta ringgit telah sepatutnya dibelanjakan secara jujur, tetapi hanya sedikit yang telah melalui syarikat-syarikat milik kroni-kroni BN yang telah mendapat kontrak-kontrak!)
Apa yang dapat dilihat dari majlis pada 26hb April yang lalu, adalah ‘Surat Jemputan’ yang merupakan suatu pengumuman bahawa usaha itu telah diberi kebenaran dan peruntukan untuk meneruskan projek. Sila lihat kenyataan akhbar dari Universiti Kuala Lumpur yang telah diberi peranan sebagai dalang projek itu yang akan dibayar oleh Sarawak.

Namun, orang-orang tempatan yang ingin menyiasat status sebenar projek ini, telah sekali lagi mendapati bahawa majlis itu tidak lain dan tidak bukan merupakan gimik politik sahaja.
Ini adalah kerana Surat Jemputan berkenaan hanyalah titik permulaan dalam proses memohon untuk membina sebuah universiti. Ianya tidak mewakili apa jua bentuk kelulusan atau pelaburan yang asli.

Buku Garispanduan dari Kementerian Pengajian Tinggi telah menjelaskan betapa jauhnya keseluruhan proses itu. Menurut seorang penyiasat tempatan: “Apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional kini, iaitu, mendapatkan kelulusan untuk memohon penubuhan, adalah sebahagian kecil dari peringkat penubuhan yang sebenar. Sebuah kolej universiti akan dikira secara rasminya sebagai telah tertubuh hanya setelah ianya lulus keseluruhan peringkat penubuhan dan telah menerima lima jenis kelulusan sebagai tambahan kepada Surat Jemputan. Adalah kurang bijak untuk memulakan kampus UCTS sebelum tertubuhnya UCTS diluluskan secara rasmi oleh Kementerian Pengajian Tinggi.”
Terdapat suatu lagi isu yang harus diperhatikan. Syarikat di sebalik pengurusan projek gergasi ini bagi pihak Negeri Sarawak, Edusar Resources Sdn Bhd telah dianugerahkan saham-saham berjumlah RM2.00 sahaja!
Pengerusi yang mempromosikan Sibu bagi projek separuh masak itu, adalah kroni Taib Mahmud, Wong Soon Koh!

Para penyiasat tempatan di Sibu telah mendapati alasan mengapa tiada perkembangan dalam cadangan menaiktaraf Kolej Laila Taib menjadi sebuah universiti, suatu bahan bualan dahulunya yang kini menjadi semakin malap bagi Najib dan Wong Soon Koh.
Pertama, kolej berkenaan (yang telah ditukar nama dari United College of Sarawak, hanya semata-mata untuk mendapatkan sokongan dari Taib) perlu dipengerusikan oleh seorang ahli akademik berpendidikan Doktor Falsafah, untuk melayakkan penaiktarafannya.
Namun, Wong Soon Koh telah meletakkan anak lelakinya sendiri, Andrew Wong, untuk menguruskan KLT dan Andrew pula tidak memiliki sebarang merit akademik yang diperlukan!
Kedua, kedudukan kewangan KLT telah berada dalam keadaan yang tidak terurus, Berdasarkan rekod kewangan syarikat induknya, S.U.C. Consortium, ianya telah kehilangan banyak wang.
S.U.C. Consortium kehilangan wang sebanyak RM708,740 dalam tahun 2010 dan RM3,936,027 dalam tahun 2011. Ini kerana para pengarahnya, yang terdiri dari Wong Soon Koh sendiri, dan saudara Taib, Tufail Mahmud.
Tufail Mahmud telah menambahkan kekayaannya dengan menuntut saham-saham percuma dari lesen-lesen pembalakan yang dia perolehi dari saudaranya, Taib Mahmud. Kerugian yang sedemikian telah tidak melayakkan Kolej Laila Taib mendapat status sebuah universiti. Untuk menubuhkan sebuah lagi universiti, adalah sukar untuk mengembalikan keyakinan orang awam, jika ianya berkaitan dengan KLT dan Wong Soon Koh!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments