Budak-Budak BN Yang Rosak – Snowdan Lawan

Negara UK telah bertukar kerajaan sebanyak 11 kali sejak kemerdekaan diberikan kepada Malaysia, dan pada masa yang sama juga negara Peranchis telah ditadbir oleh 20 Perdana Menteri.

Namun dalam masa 55 tahun UMNO/BN telah berkuasa, dan mereka gemar melaung-laungkan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi.
Keputusannya boleh dijangkakan. Segolongan kecil mereka yang memerintah telah menjadi kaya-raya secara luar biasa, di samping memberikan sedikit perhatian pada keperluan rakyat di kawasan pilihanraya mereka sendiri.
Maka, ianya bukan menjadi suatu kejutan apabila golongan berusia dalam BN bercakap mengenai penyerahan kawalan dalam kerajaan, mereka sebenarnya memikirkan perwarisan kuasa dan bukannya pilihanraya!
“Saya gemar melakukan kerja sepantas separuh dari masa sebenarnya”

Snowdan Lawan adalah suatu contoh generasi kedua kaum muda Sarawak yang rosak, yang telah menerima kedudukan politik secara perwarisan kerana ayah-ayah mereka adalah kroni kepada Abdul Taib Mahmud.
Snowdan gemar berpura-pura menggemari tindakan yang pantas di kawasan pilihanrayanya, namun rekodnya menunjukkan bahawa apa yang dia tahu hanyalah kereta-kereta lumba sahaja. Ayahnya, Donald Lawan, bekas seorang menteri, menjadi kaya bersandarkan pemberian lesen-lesen dan banyak AP menjual kereta menerusi syarikatnya M&D Enterprise.
M & D Enterprise mendapat statusnya dalam tahun 1980 dan telah berjaya menerima kira-kira 200 – 250 permit-permit AP mengimpot kereta dari luar negara setiap tahun. Sebuah AP dianggarkan kira-kira RM30,000 setiap satu

Kemiskinan dan rampasan tanah di kawasan Balai Ringin

Sedihnya, rekod Snowdan menggemari kereta-kereta lumba mewah adalah lebih ketara berbanding pembangunan lambat di kawasan pilihanrayanya di Balai Ringin.
Kawasan Balai Ringin adalah sebuah kawasan berpendudukan miskin dan apa yang suatu ketika dahulu dimiliki oleh penduduknya kini telah dirampas oleh kroni-kroni BN. Malah pada minggu lalu, Awang Asfia, speaker DUN kerajaan Taib telah melarang debat yang dicadangkan oleh DAP mengenai masalah rampasan tanah di Balai Ringin.
Masyarakat yang miskin dari kawasan pilihanraya itu telah berkemah selama beberapa hari di Kuching sebagai tunjuk bantahan mereka, memohon agar pengadilan menentang syarikat-syarikat perladangan yang terbabit.
Salah sebuah syarikat perladangan itu adalah milik bekas seorang menteri BN, Frederick Bayoi Manggie. Sekali lagi, ahli politik BN yang diberikan lesen oleh Taib untuk merampas tanah dari orang Sarawak sendiri!

Peminat gitar pop, Snowdan Donald Lawan tidak kelihatan kelibatnya untuk memberikan sokongannya kepada para pengundinya dalam usaha mereka menuntut balik tanah-tanah mereka. Snowdan telah membiarkan perkara itu kepada ahli-ahli politik parti pembangkang yang pernah dia kutuk dahulu. Namun dia terpaksa mengakui betapa miskinnya para pengundinya. Di dalam temuramahnya dalam akhbar lidah BN, Borneo Post, Snowdan telah mengatakan bahawa isu utama punca kemiskinan di kawasannya adalah keadaan jalan raya, bekalan elektrik dan air.
Keadaan jalan yang tidak baik itu sudah tentunya tidak sesuai untuk dilaluinya menggunakan kereta Lamborghini, di mana ayahnya dipercayai telah menyogok lawannya untuk mempastikan kemenangannya dalam tahun 2006!

Sejak menjadi seorang ahli politik enam tahun lalu YB BN yang kaya ini amat lambat membangunkan kawasan pilihanrayanya sendiri, walaupun kepentingan perkara ini mengatasi yang lain.
Ramai di kalangan para pengundinya tiada akses pada bekalan air yang bersih, apa lagi bekalan elektrik.
Portal berita atas talian, Free Malaysia Today telah mendokumentasikan banyak perkara berkaitan kelambatan pembangunan di kawasan pilihanraya ini. Di dalam sebuah negara di mana rakyatnya ada akses pada bekalan air sungai yang bersih, para pengundi Snowdan pula hanya mendapat bekalan air dari parit sahaja.
Pada tahun lepas juga para penduduk di Balai Ringin telah mendapati bahawa terbinanya kilang khinzir yang mendapat bekalan tenaga elektrik dan pendingin hawa sepanjang 24 jam beroperasi, sedangkan para pengundi Snowdan belum lagi menikmati bekalan tenaga elektrik!

Para pengundinya juga tertanya-tanya siapakah yang mendapat manfaat dari kilang khinzir itu? Kerana sudah semestinya bukan mereka.
Setiap orang tahu bahawa manfaat dari kilang itu adalah individu-individu yang ada hubungan dengan ahli-ahli politik BN – suatu kebiasaan dalam pentadbiran Taib di Sarawak!

Mengambil tindakan ke atas Radio Free Sarawak!

Namun budak rosak multi-jutawan yang gemar pada kereta lumba ini tiada apa yang hendak diberikan kepada kawasan pilihanrayanya melainkan sentiasa berusaha menutup mulut sesiapa yang mengkritik BN.
Pada minggu lalu dia telah dirakamkan menuntut agar suatu tindakan perlu diambil ke atas Radio Free Sarawak yang sedang memperjuangkan hak asasi orang-orang tempatan dan juga mengutuk amalan rasuah BN!

Snowdan seharusnya menggunakan kedudukannya untuk melakukan sesuatu yang baik terhadap kawasan pilihanrayanya, dari hanya beria-ia untuk mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang memberitahu kesilapan-kesilapannya sebagai seorang Yang Berhormat.
Jelaslah Snowdan berkeyakinan bahawa dia telah mewarisi hak untuk memerintah, kerana dia tahu tidak lebih dari itu.
BN itu bagaikan sebuah universiti yang terulung!

Lagi pun, inilah budak rosak BN yang telah ditertawakan apabila dia mengumumkan bahawa BN tidak sepatutnya disingkirkan, kerana dia percaya BN telah memerintah terlalu lama dan tidak ubah seperti sebuah universiti-universiti terulung, seperti Oxford, Cambridge ataupun Harvard! Komen-komen sedemikian adalah terlalu bodoh dan bernada serangan pada kritikan-kritikan membina.
Mereka telah mengkelaskannya dalam kategori yang sama dengan orang-orang yang malas berfikir, penggemar kereta lumba, rosak sikapnya, yang berada pada kedudukan yang tinggi kerana ayah mereka kini sudah terlalu tua untuk meneruskan kekuasaan.
Budak-budak BN yang rosak yang juga penggemar kereta mewah termasuklah anak-anak Taib Mahmud, Abdul Rahman Sulaiman, yang mewarisi kawasan pilihanraya Kota Samarahan kemudiannya melarikan diri ke Eropah, manakala Abu Bekir, yang dicadangkan ayahnya untuk mendapat sebuah kerusi, walaupun sedang menghadapi kes perceraian RM400 juta dari isteri pertamanya.

Keluarga Lawan seharusnya berhenti menyerang para pengkritik mereka dan melakukan apa yang baik-baik untuk para pengundi mereka.
Tetapi Snowdan tidak mungkin akan berhenti, kerana dia tahu tidak lebih dari itu. Suatu cara mereka boleh menyingkirkannya adalah menerusi undi sebagaimana dilakukan di negara-negara lain, sebagai mengingatkan mereka bahawa siapakah bos sebenarnya.

Ketua parti PRS yang diwakili Snowdan, iaitu James Masing, yang didengar telah mengingatkan para pengundinya bahawa dia adalah ‘towkay’ mereka setelah dia juga diketahui merampas tanah-tanah orang tempatan di kawasan Serian. Orang di negara-negara demokrasi yang sebenarnya tahu bahawa cara untuk menukar kerajaan adalah menerusi undi, untuk membolehkan mereka menghadkan kesalahan-kesalahan rasuah dan memaksa ahli-ahli politik mereka ingat untuk melakukan sesuatu untuk memenuhi keperluan-keperluan mereka, seperti meluluskan bekalan elektrik dan air dan bukannya berfikir untuk membeli kereta-kereta mewah untuk diri mereka sendiri!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments