“Mereka Mengancam Saya” – Xenophon Mengemukakan Saman!

Senator Australia Nick Xenophon telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa dia akan mengemukakan saman terhadap akhbar The News Straits Time, walaupun akhbar itu telah memohon maaf sejak semalam.
Ini bermakna, salah-guna dan manipulasi media di Malaysia telah menjadi suatu isu merentasi tiga benua sejak hujung minggu lalu, dengan BBC dan Al Jazeera juga membuka inkuiri ke atas penapisan bahan berita mereka

Akhbar itu telah tersilap petik ucapannya di dalam dewan parlimen Australia dalam tahun 2009, dengan mengatakan bahawa Islam itu condong ke arah sebuah organisasi jenayah dari sebuah organisasi agama!
Sebenarnya Xenophon bukannya merujuk kepada Islam, tetapi dia telah mengkritik para saintologis dan cara-cara mereka mendapatkan wang. Akhbar itu telah menuliskan perkataan Islam menggantikan saintologis.

Cemuhan yang membahayakan?

Bercakap kepada Sarawak Report baru-baru ini, Xenophon, seorang peguam, menjelaskan bahawa dia amat sedar ancaman yang dihadapinya adalah membahaya disebabkan oleh serangan yang tersusun serta bersifat membabi-buta itu.

“Saya rasa saya telah menyebabkan mereka marah. Saya menamakan mereka sebagai sebuah rejim authoritarian dan saya ditahan bersempena Bersih. Cara ini adalah suatu cubaan untuk mengaibkan saya dan Anwar secara bersama. Dengan berbuat demikian mereka membahayakan diri saya”
Akhbar yang dikendalikan oleh UMNO itu berharap dapat melarikan diri dari fitnah itu, setelah kesemua tuduhan palsu dan tanpa asas telah menjadi begitu sebati dan sebahagian dari taktik parti politik itu terhadap lawan domestiknya. Namun, sebaik sahaja perkara itu dibangkitkan oleh media Australia maka keadaannya semakin jelas bagi NST, yang kemudiannya cuba menarik-balik kata-katanya dengan memohon maaf.

Belum begitu baik lagi

Bagi Xenophon, memohon maaf sahaja tidak mencukupi. Kesilapan petik itu juga telah diedarkan dalam edisi-edisi akhbar berbahasa Malaysia dan kebanyakannya berbeza nada fitnah sehingga ada di antaranya meletakkan posternya sebagai penjenayah yang paling di kehendaki.
Sebagai serangan bersepadu terhadapnya, akhbar-akhbar itu menggambarkan Xenophon sebagai seorang penyokong kuat kempen perkahwinan sejenis di kalangan lelaki. Homoseksulaiti adalah haram di sisi undang-undang di Malaysia dan UMNO telah menggunakan cara itu untuk menekan ketua pembangkang mereka, Anwar Ibrahim, tetapi gagal juga.

Sebenarnya, dalam ucapannya Xenophon hanyalah mengatakan bahawa saintologis telah memaksa masyarakat untuk menafikan tali persaudaraan di kalangan saudara-mara mereka, kerana mereka adalah golongan gay.
Belum begitu jelas
Akhbar The News Straits Times dan parti UMNO berharap agar kes ini didengar di mahkamah di Malaysia. Jika di tempat lain, akhbar ini akan terjejas teruk kerana telah memfitnah secara melulu sebuah ucapan penting yang dirakamkan di parlimen Australia!
Namun, insiden ini adalah salah satu dari banyak kes yang akan mendedahkan betapa bodoh dan malasnya rejim Malaysia yang memerintah tanpa dapat ditandingi. Lebih dari itu ianya akan mendedahkan bagaimana para pembuat keputusan dalam kerajaan tidak perlu kuat berfikir, kerana jenayah yang mereka lakukan sering disembunyikan, manakala akhbar-akhbar tempatan terus bersorak untuk mereka!
Bagaimanakah akan kita jelaskan kebodohan luar biasa mereka digunakan untuk memfitnah seorang ahli politik ternama secara merbahaya tidak disedari oleh para ‘pemutar-belit’ dalam UMNO.
Enggan belajar dari kesilapan masa lalu

Menteri Kebudayaan Malaysia, Rais Yatim, telah menunjukkan bahawa dirinya tidak peka dengan membela hak rejim BN yang telah menapis berita dari organisasi bereputasi antarabangsa secara sewenang-wenangnya, kerana khuatir salah-laku itu akan diketahui umum!
Komennya dalam Free Malaysia Today mengatakan bahawa para “pengawal berita” di Astro merupakan penilai yang paling baik bertindak ke atas apa yang boleh dan apa yang tidak boleh disiarkan dari BBC World Buletin, namun kata-katanya itu tidak akan mengkagumkan sesiapa di luar golongan elit BN.

“(Astro) sepatutnya diberikan pujian kerana mengetahui bahagian-bahagian mana dalam berita itu difikirkan bermutu untuk disiarkan maka dengan itu mereka telah menunaikan tanggungjawab dan hak mereka sebenarnya sebagai sebuah syarikat penyiar.” [Rais Yatim]
Sebaliknya, para pengguna internet di dalam Malaysia sendiri tahu benar mengenai dakwaan bodoh bahawa semua negara mengamalkan penapisan sesuka hati dan mencabul hak kebebasan akhbar, atau campur-tangan sedemikian perlu dilakukan adalah bohong semata-mata.
Akibat utama pendirian BN dalam perkara ini telah mengesahkan bahawa organisasi berita barat dan pengiklanan di seluruh dunia sejak bertahun lamanya adalah terlalu mahal, iaitu suatu usaha yang disasarkan untuk memberikan gambaran bahawa Malaysia adalah sebuah rejim ‘reformasi’, namun ianya adalah sekadar hiasan luaran. UMNO sebenarnya sedang mempertingkatkan penindasan, kerana ianya cukup sedar akan kehilangan kuasa dan kawalan sendiri.

Ini bukanlah kali pertama BBC telah tersalah faham dengan rejim BN Malaysia mengenai penapisan bahan berita. Dalam tahun 1994 BBC dipaksa membatalkan kontrak penyiaran beritanya dengan Malaysia setelah mereka mendapati bahawa bahan berita mereka diolah dengan teruk
Bekas eksekutif BBC Ian Richardson memberitahu Sarawak Report bagaimana dia terkejut ketika singgah di KL dan mengetahui betapa buruknya penapisan berita dilakukan ke atas berita yang disiarkan oleh syarikatnya:
“TV di Malaysia hanya menyiarkan berita siaran BBC World Buletin pada tahap percubaan sahaja, tetapi sebaik sahaja percubaan bermula, saya telah melalui Singapura dan mendapati apa yang saya kesan sebagai bahan berita yang telah diolah untuk disiarkan. Saya gunakan komputer riba saya untuk mencari susunan berita dari laman web kami dan mendapati bahawa berita utama pada ketika itu adalah – mengenai rusuhan di Indonesia – telah ditapis. Selepas penapisan itu TV Malaysia mengakui melakukannya, tetapi seterusnya berkata mereka tidak menjamin tidak akan menapis berita-berita yang tidak diingini tentang negara-negara jiran mereka. Maka, kontrak $A1M setahun itu adalah sama ertinya dengan menyalurkannya ke dalam longkang”.
Berkemungkinan kejadian pada minggu lalu akan mengakibatkan pembatalan kontrak oleh organisasi-organisasi terkemuka dunia itu dengan pihak Astro.
Melainkan jika Malaysia bersedia untuk berundur, risiko kepada reputasi organisasi-organisasi seperti BBC dan Al Jazeera dan CNN bukannya bernilai berjuta-juta.
Najib dan BN akan membayar harga yang berasingan, dan kini pula penyiar berita antarabangsa itu telah diingatkan secara paksa bahawa sememangnya wujud para pemerintah yang menindas, dan sifat bodoh yang tidak boleh dipercayai Malaysia.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments