Mesej Bertopeng Dari London Untuk Najib – Dan Juga Untuk David Cameron!

Tiada gas pemedih mata di Belgrave Square pada hari ini, namun apa yang dapat dilihat adalah beberapa buah payung di tengah-tengah lautan kain rentang dan topeng-topeng, yang dipakai oleh para pelajar yang berusaha untuk membelakangkan ancaman dan ugutan bahawa mereka akan dilucutkan bantuan pengajian jika mereka dilihat menyokong dan menyertai perhimpunan Bersih 3.0!

Hujan yang turun ketika perhimpunan diadakan tidak melunturkan semangat para pesertanya, yang cukup sedar apa yang sedang dilakukan dan dihadapi oleh rakan dan saudara-mara mereka KL.

Kira-kira seribu orang peserta ataupun lebih telah hadir di tapak perhimpunan itu dan bersiap-sedia untuk berarak menuju ke Parliament Square.
Apa yang paling menarik perhatian adalah bilangan topeng yang dipakai, atau skaf-skaf untuk menutupi muka, supaya hanya mata mereka sahaja yang kelihatan! Anda mungkin cuba untuk mengugut dan mengancam kami, adalah mesej dari muda-mudi, namun anda tidak dapat menghalang kami!

Jika pelajar-pelajar adalah di kalangan golongan elitis Malaysia masa hadapan, maka masa hadapan bukannya milik BN dan sudah tentunya bukan menyebelahi pihak pengurusan dalam Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia! Slogan-slogan yang biasa kedengaran mengutuk rasuah, pemanipulasian undi dan pengubahan kawasan mengundi yang telah diamalkan untuk menentukan kekuasan BN sejak berdekad-dekad lamanya telah menjadi asas perhimpunan itu diadakan.

Para peserta pula terdiri dari golongan yang baik budi bahasanya, yang menerima maklumat-maklumat terkini dari rakan-rakan peserta perhimpunan di Malaysia sendiri dan mereka merasa amat teruja dengan bilangan peserta yang dilaporkan. Namun, menjelang tengah hari apabila lebih banyak maklumat perhimpunan di KL diterima dan ada yang melaporkan mengenai perhimpunan yang terjejas akibat penyuraian menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan tangkapan-tangkapan.

Ramai individu yang kelihatan berminat untuk menjelaskan kepada pihak polis yang bertugas, yang ditugaskan untuk menjaga para pejalan kaki dari dijejaskan oleh lalulintas, mengenai keadaan-keadaan di Malaysia yang mereka tentang. Pihak polis UK yang bertugas telah mendapat pengetahuan mengenai masalah rasuah dan pemanipulasian undi di Malaysia dan polis-polis yang bertugas itu pula mendengar dengan teliti!

Para peserta perhimpunan kelihatan menyanyi-nyanyikan beberapa buah lagu secara beramai-ramai, dengan penuh semangat. Ilham, iaitu anak perempuan Anwar Ibrahim yang sedang menuntut di London pula diberi peluang untuk menyampaikan ucapan yang ringkas dan mendapat sorakan dari para peserta.
Ilham telah mengakui bahawa dirinya merasa “sedikit gugup” semasa berucap, namun kegugupannya dapat dikawalnya kerana usianya yang sebaya dengan para peserta perhimpunan.

Namun, pejabat kedutaan Malaysia yang terletak bertentangan dengan kawasan perhimpunan kelihatan memekakkan telinga mereka. Para stafnya telah menutup pejabat itu dan meninggalkannya.

Turut mereka lakukan sebagai reaksi kepada kehadiran perhimpunan adalah dengan tidak menaikkan bendera Malaysia di premis itu. Ramai peserta beranggapan bahawa itu merupakan suatu tanda perasan malu dan segan pihak kedutaan itu kerana ianya enggan di ketahui identitinya.

Pada kali ini bendera-bendera Malaysia dinaikkann di luar premis kedutaan itu, yang dikibarkan oleh para peserta perhimpunan itu. Ianya turut membawa mesej bahawa patriotisma bukannya dipertahankan oleh BN.
Kemudian para peserta perhimpunan berarak menuju Whitehall. Oleh kerana bilangan para peserta kian bertambah maka penganjur-penganjur mereka terpaksa meminta bantuan pihak polis yang bertugas di situ untuk memecahkan perhimpunan itu kepada tiga bahagian. Tiada kekasaran, tiada masalah, tiada pula ancaman dan ugutan.

Pesanan untuk David Cameron

Perhimpunan di London itu adalah sebahagian dari beberapa perhimpunan yang disertai oleh ratusan orang Malaysia yang berada di luar negara di seluruh dunia, kebanyakannya dianjurkan dengan templat yang serupa. Namun di London mesej khas diutuskan kepada David Cameron, yang baharu sahaja balik dari lawatan perdagangan ke KL.

Sepucuk surat telah disediakan secara simbolik oleh SUARAM International cawangan London untuk diserahkan kepada kementerian Luar oleh para peserta perhimpunan, untuk mendidik pegawai kementeriannya di UK berkaitan kebenaran yang berlaku di Malaysia.
Faktor utama kemarahan itu berpunca dari pujian Perdana Menteri Britain kepada Najib sebagai responsnya ke atas reaksi pihak PR berkenaan pembatalan ISA.

Isi kandungan surat itu, menyatakan bahawa undang-undang yang bersifat menekan itu telah diganti dengan suatu bentuk instrumen bagi menentang politik berdemokrasi pihak pembangkang dan kebebasan bersuara.

Dan perutusan itu juga menegaskan bahawa selama lawatan PM British itu, telah diperuntukkan undang-undang di dalam parlimen Malaysia untuk memudahkan para pegawai dan petugas pilihanraya untuk memanipulasikan undi tanpa dipantau dan dihalang.

Jika negara Myanmar dan Malawi boleh membenarkan pemerhati pilihanraya menjalankan tugas di negara mereka, mengapakah Malaysia tetap enggan berbuat sedemikian dalam usaha menghalang kegiatan memanipulasi undi secara berleluasa.

Jika di masa hadapan David Cameron ingin memuji Najib Razak, kami memohon agar beliau harus juga mempromosikan beberapa jenis kebebasan dan demokrasi dalam sebuah negara tempat beliau ingin berdagang!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments