Parti ‘Progresif’ Atau Sekadar Buaya-Buaya Pemangsa? – Kontrak-Kontrak Untuk SPDP

Ahli-ahli dalam Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) telah bercakaran sesama sendiri sejak beberapa bulan kebelakangan ini bagaikan sekumpulan buaya-buaya ganas yang kelaparan.

Lima orang dari ahli-ahlinya telah meninggalkan parti itu dan kini mereka sama-sama menentang ketua mereka, William Mawan, berhubung siapa yang harus menjadi calon di pilihanraya akan datang.

Maka, tidak hairanlah jika salah seorang dari mereka berlima itu, Sylvester Enteri, yang pernah menamakan dirinya sebagai “Crocodile Bin Abdullah” setelah dia dicabar oleh Radio Free Sarawak pada tahun lalu mengenai pemelukan agama Islam secara tersembunyi – sesuatu yang dia rahsiakan dari pengetahuan para pengundi Dayak yang menyokongnya! Kami mengucapkan banyak terima kasih kepada para pembaca kami yang telah menyumbangkan maklumat-maklumat mengenai perkara-perkara yang mencetuskan pergolakan dalaman parti itu. Pergolakan itu sebenarnya lebih kepada penambahan kekayaan di kalangan YB-YB itu dan bukannya menambahbaik kehidupan orang-orang di Sarawak.

Barisan Progresif Sdn Bhd dan Semangat Progresif (M) Sdn Bhd !

Menurut sumber maklumat kami, pergolakan di kalangan ahli-ahli politik dalam SPDP, yang menjadi sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional pimpinan Taib, adalah kerana wang.

Di sini kita berbincang mengenai jumlah wang yang banyak.

Wang adalah satu-satunya pampasan yang sepatutnya mereka terima kerana kesetiaan mereka terhadap Ketua Menteri yang korup, yang telah mengeksploitasi tanah-tanah orang yang sama kaum dengan mereka, sejak berdekad-dekad yang lalu.

Wang ini telah terjana dari sekurang-kurangnya dua buah syarikat, yang telah mereka namakan secara ironinya Barisan Progresif Sdn Bhd dan Semangat Progresif (M) Sdn Bhd, yang secara terang-terangnya merujuk kepada nama parti mereka itu!

Rekod dalam laman web CIDB menunjukkan jenis-jenis kontrak kerajaan yang telah dianugerahkan kepada syarikat-syarikat ini. Sebagai contoh, kontrak yang bernilai RM300 juta telah dianugerahkan kepada Semangat Progresif oleh Kementerian Kewangan untuk membina sebuah Balai Polis Trafik!

Dengan tanda harga yang begitu tinggi, kami andaikan bahawa kemudahan di balai polis trafik itu nanti adalah yang tercanggih dan termaju di bandar Miri!
Atau adakah bayaran itu bukannya harga sebenar kos membina rumah-rumah kediaman anggota polis dan lebih kepada sebagai harga yang sanggup dibayar oleh BN untuk membeli parti Dayak dengan 6 kerusi yang diketuai oleh William Mawan?

Dalam konteks ini kita harus mengambil maklum bahawa Pengarah pertama dalam syarikat binaan ini adalah seorang wanita muda yang bernama Barbara Anak William. Dia adalah anak perempuan William Mawan, yang juga memegang paling banyak saham dalam syarikat itu!

Hakikat ini, pada sesiapapun, adalah suatu pencapaian yang luar biasa bagi seorang wanita muda sepertinya.

Adakah dia seorang jurutera yang bertauliah? Pernahkah dia beroleh berjuta-juta ringgit untuk melabur dalam projek sebesar itu? Adakah bidaan tendernya antara yang paling rendah berbanding pesaing-pesaing yang lain? Atau, adakah dia seorang anak yang bijak, atau sekadar bertindak sebagai nomini atau wakil kepada bapanya William dalam hal ini?

Menurut sumber maklumat kami, perbalahan di kalangan ahli-ahli parti itu disebabkan soal-soal pembahagian habuan dari kontrak itu. Nampaknya YB-YB yang lain dalam partinya telah timbul rasa cemburu dan dengki pada pegangan saham-sahamnya yang lebih banyak!

Kami andaikan, apakah para pengundi mereka kata setelah mengetahui wakil-wakil mereka berbalah sesama sendiri berebut tabungan wang awam seperti pencuri-pencuri?
Mana-mana menteri yang menerima sebarang kontrak sebesar ini daripada kerajaannya sendiri ditafsirkan sebagai penjenayah rasuah politik, namun bagi BN di Malaysia, perbuatan ini adalah lumrah bagi mereka. Amat menyedihkan.
Croc Bin Abdullah

Namun parti-parti yang mengemis kontrak-kontrak ini tidak akan luntur semangat mereka menyokong Taib Mahmud.

Sebagaimana yang dikatakan oleh seorang pendengar yang ditemuramah oleh Sarawak Report suatu masa dahulu, bahawa Sylvester Enteri telah menerima ganjaran yang lumayan kerana memeluk agama Islam dan memberikan sokongannya terhadap Taib, dan membelakangkan kepentingan para pengundinya. Mari kita lihat sebuah lagi syarikat, iaitu Barisan Progresif Sdn Bhd!

Barisan Progresif juga telah menunjukkan kecemerlangan mereka berkaitan kontrak-kontrak yang lumayan!

Terdapat suatu corak kepimpinan yang menarik dalam kepengarahan dan pemilikan syarikat ini. Sylvester Entri nampaknya bersungguh-sungguh menutup penglibatannya dalam syarikat itu. Dia cuba mengelak dari diketahui ada hubungan dengan sebuah syarikat yang baru sahaja menerima kontrak bernilai RM2.6 juta dari Kementerian Kerja Raya, yang diketuainya, sesuatu yang ingin disembunyikan oleh seorang YB BN di Sarawak sepertinya!

Dan kita juga tahu bagaimana Sylvester Entri gemar menyembunyikan sesuatu yang memalukan dirinya. Maka, jika anda kaji Daftar Syarikat-syarikat kini, anda akan perhatikan bahawa nama Sylvester Entri tidak lagi tersenarai sebagai Pengarah atau pemegang saham di situ, walaupun dia masih tersenarai dalam daftar di laman web CIDB sebagai seorang pengarah.

Namun, kajian-kajian kami terdahulu menunjukkan bahawa Sylvester Entri telah didaftarkan sebagai Pengarah dan pemegang 70% saham sehingga 12/10/2005 iaitu pada ketika dia menyerahkan saham-sahamnya dan kepengarahannya kepada Austin Chamitt Bugatt. Austin Chamitt merupakan seorang bekas pegawai dalam SALCRA dan kebolehannya membeli saham-saham dalam syarikat binaan itu sungguh menakjubkan.

Sylvester Entri sekali lagi kembali menjawat jawatan Pengarah pada 10/10/2008 (kenapa perlu dia kembali lagi?) dan kemudiannya meletak jawatan pada 15/07/2010. Menurut kajian kami kesemua projek awam yang diperolehi itu adalah semasa Sylvester Entri menjawat jawatan Pengarah (iaitu sebelum 12/10/2005 dan setelah dia “kembali” pada 10/10/2008 dan sehingga 15/07/2010), kecuali kontrak yang terakhir diperolehinya pada 04/01/2012 iaitu semasa dia dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Kerja Raya, yang menganugerahkannya kontrak itu!
Apa yang kita dapat dari itu?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments