Ya, Kami Telah Meminda Beritanya – Kami “Kecewa” Kerana Kritikan BBC! ASTRO EKSKLUSIF!

Pihak saluran TV satelit Astro telah menghubungi Sarawak Report untuk mengumumkan bahawa mereka sememangnya telah meminda dan menapis laporan-laporan BBC mengenai perarakan Bersih 3.0 sebelum ditayangkan kepada umum di Malaysia!

Tambahan pula mereka telah mengkritik BBC kerana mempersoalkan hak mereka berbuat demikian!

Isu itu telah terjunam ke dalam lubuk isu berkaitan demokrasi di Malaysia dan ianya telah membangkitkan kerisauan mengenai keputusan organisasi penyiaran antarabangsa seperti BBC, untuk melibatkan diri secara komersil dengan rejim-rejim yang represif seperti BN.

Perdebatan telah mencetuskan rasa marah umum sejak laman web ini mendedahkan bagaimana laporan berita yang telah disediakan oleh pemberita veteran BBC Emily Buchanan mengenai perarakan Bersih 3.0 yang berlaku pada hari Sabtu lalu telah dipinda dan ditapis oleh syarikat TV satelit Malaysia itu.

Kami telah mendedahkan bagaimana penonton di Malaysia telah menonton babak 30 saat kurang daripada rakan mereka di luar negara bulletin berita yang sama.
Saat-saat babak penting ini merangkumi babak yang menunjukkan seorang anggota polis dilihat menghalakan tembakan senjatanya ke arah para penunjuk perasaan dan juga kenyataan-kenyataan dari para penunjuk perasaan yang menjelaskan kenapa mereka terlibat dalam tunjuk perasaan dan perarakan itu untuk menentang penipuan dalam pilihanraya.

Pemotongan babak-babak ini mungkin boleh dikatakan sebagai suatu usaha untuk memihak ke suatu pihak supaya anggota polis dan kerajaan dilihat sebagai pihak yang betul.

Namun, perdebatan di sini telah mendedahkan bahawa penapisan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pemegang lesen penyiaran di Malaysia adalah suatu perkara yang biasa. Untuk mengekalkan lesen mereka, organisasi-organisasi harus mematuhi “kod penyiaran” yang digariskan oleh rejim BN.
“Terkejut dan kecewa”!

Dalam kenyataannya kepada Sarawak Report hari ini, Ketua Perhubungan Astro, Tammy Toh mengumumkan:
“Saya bagi pihak Astro, memohon agar respons kami terhadap berita anda mengenai BBC diambil perhatian. Astro dikehendaki untuk mematuhi garis-garis panduan penyiaran dan penerbitan kandungan.

Rohaizad Mohamed, Timbalan Presiden Kanan Astro menyatakan, “Sebagai penerbit berlesen, Astro dikehendaki patuh pada peraturan penyiaran dan penerbitan kebangsaan. Mengenai penerbit antarabangsa, Astro berhak meminda saluran antarabangsa mereka supaya ianya selaras dengan peraturan-peraturan penyiaran tempatan.”
Kenyataan seperti itu telah meletakkan Astro dan penyokongnya iaitu rejim BN, yang telah mengendalikan Malaysia dengan bertopengkan demokrasi selama lebih 50 tahun, dalam suatu perbalahan bersemuka dengan BBC.

Bertembung dengan BBC

Semalam BBC telah dengan jelasnya menyatakan usaha meminda kandungan laporannya dilihat sebagai melanggar hak kebebasan akhbar:
“Bersempena Minggu Hak Kebebasan Akhbar, adalah amat dikesali jika akses kepada berita secara bebas dan berkecuali telah dihalang. Kami mengutuk dengan keras penghalangan berita yang boleh dipercayai ini yang kami siarkan di seluruh dunia.”[Jurucakap BBC]
Peraturan Penyiaran Kebangsaan!

Namun, kenyataan oleh Astro, iaitu sebuah badan penyiaran yang dimiliki oleh multi-jutawan kroni BN Ananda Krishnan, telah dengan jelas meletakkan “Peraturan Penyiaran Kebangsaan” mendahului berita bebas dan berkecuali seperti yang sering dilaporkan oleh BBC, sebuah pertubuhan berita yang mempunyai reputasi di seluruh dunia.

Malah, Astro telah pergi lebih jauh. Ia bukan sahaja telah meminda dan menapis laporan BBC, malah ia berbuat demikian tanpa memberitahu penontonnya di Malaysia. Maka, penonton-penonton di Malaysia akan menganggap laporan yang telah dipinda itu sebagai laporan BBC yang tulen dan asli!

Kami juga telah mendapat maklumat bahawa laporan mengenai Bersih 3.0 oleh Al Jazeera telah dipinda dan ditapis. Ini bermakna peranan Astro adalah untuk mengaburi mata para penontonnya di Malaysia, tetapi tidak akan berbuat sedemikian dengan yang dilihat oleh orang Malaysia sendiri yang menonton di luar negara!

Kami ingin bertanya sama ada penapisan yang dilakukan sewenang-wenang itu telah digariskan oleh kerajaan BN jika ianya menyentuh Peraturan Penyiaran Kebangsaan? Jika jawapannya ya, siapakah yang membuat keputusan-keputusan itu dan apakah alasan yang menjadi landasan bahawa orang awam atau penonton di Malaysia harus ditipu?
Apakah yang memimpin Rohaizad Mohamed membuat keputusan pantas untuk menapis dan meminda, dan membiarkan babak-babak lain tidak diganggu? Adakah ianya semata-mata “penapisan sendiri” di mana UMNO merasa gembira dengan apa yang boleh ditonton dan apa yang tidak boleh ditonton? Atau adakah terdapat sesuatu senarai arahan yang harus dipatuhi?

Sarawak Report akan terus mendapatkan penjelasan daripada Astro mengenai perkara ini dan juga ingin mendapatkan sesalinan Peraturan Penyiaran Kebangsaan bagi mencari bagaimanakah sebenarnya penapisan bahan penyiaran diamalkan di Malaysia dan untuk tujuan apa!
BBC harus memberikan respons dan Al Jazeera pula harus menyiasat

Tahap serius isu ini tidak harus dipandang ringan jika ianya mengenai risiko yang dihadapi oleh BBC dan Al Jazeera sebagai pertubuhan berita bereputasi antarabangsa.
Jika BBC bersedia untuk membiarkan laporan-laporan beritanya ditapis dan dipinda untuk keselesaan rejim-rejim yang memerintah, maka nilainya sebagai peneraju kebebasan di Britain pastinya akan dipersoalkan, sebagaimana ianya terus dibiayai dengan wang pembayar cukai di negara British itu!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments