Apa Yang Terjadi Pada Papa Orang Utan?!

“Kami berharap ianya dilakukan oleh pihak police dan bukannya orang-orang Taib”, kata salah seorang rakan Peter hari ini. Komen seperti itu merupakan kesimpulan terhadap ketidakbolehpercayaan dan ketakutan di Sarawak.
Sebenarnya tiada siapa yang tahu apa yang sudah terjadi pada Peter John Jaban, juga dikenali sebagai Papa Orang Utan oleh para penggemar stesen radio Radio Free Sarawak.
Dia telah diculik dari kereta yang dinaikinya semasa dalam perjalanan dari lapangan terbang Miri ke bandaraya itu pada kira-kira pukul 11 pagi ini oleh 3 orang lelaki yang tidak dikenali yang menaiki sebuah lagi kenderaan yang menahan kereta yang dinaikinya. Dia telah mengikuti mereka secara senyap dengan mengandaikan mereka adalah pihak-pihak berkuasa.
Namun sejak kehilangannya itu tiada siapa yang tahu ke mana hala tujunya. Pihak polis di Miri telah menafikan pengetahuan mengenai sebarang penahanan terhadapnya.

Dengan menganggap rakan-rakannya di Radio Free Sarawak dan juga kaum keluarganya merasa risau adalah tidak benar. Jika dia ditahan oleh pihak berkuasa maka kita risau dia akan dilayan dengan buruk. Namun jika ianya penahanan yang tidak rasmi dan tidak mengikut prosedur-prosedur yang sempurna, maka kita rasa lebih risau.
Peter telah ditangkap. Tiada kata-kata yang lebih baik digunakan untuk menjelaskan penahanannya di sebuah negara yang ditadbir menggunakan undang-undang yang sering dikatakan murni.
DJ radio itu telah bercuti selama beberapa minggu yang lalu dan kembali ke Malaysia dengan menyamar bagi mengelak dirinya diketahui oleh pihak berkuasa dan pihak-pihak tertentu yang telah berjanji untuk bertanggungjawab menahannya, yang telah melenting dengan kritikan-kritikan yang disuarakan menerusi radio itu.
Dia telah berhasrat untuk meraikan perayaan Gawai bersama rakan-rakan dan keluarganya. Tetapi pagi ini dia telah ditahan di lapangan terbang Kota Kinabalu dalam perjalanannya menaiki pesawat Air Asia ke Miri. Dia telah mengirimkan pesanan ringkas kepada rakan-rakannya bahawa dia telah ditahan dan gambar-gambarnya dirakamkan, dokumen-dokumennya difotostat, sebelum dia diiring ke pesawat semula.
“[Mereka telah] menerbangkan saya ke Miri untuk dirujukkan kepada Cawangan Khas Sarawak”, kata Peter John Jaban dalam suatu pesanan ringkasnya. “Bersedia untuk ditahan lagi di Miri” [Pesanan ringkas Peter John Jaban pada jam 09:20 31/05/2012]
Pesanan ringkas sedemikian sudah mencukupi untuk membolehkan rakan-rakan dan para penyokongnya menunggu ketibaannya 40 minit kemudian di Miri. Pengerusi Cawangan PKR Miri, Dr. Michael Teo telah datang ke lapangan terbang Miri bersama seorang peguam, Alan Ling.
Terdapat juga beberapa orang pemberita yang turut ingin merakamkan ketibaan Peter di Miri. Dr Michael Teo, yang bercakap dengan Radio Free Sarawak berkata bahawa terdapat kehadiran pegawai-pegawai polis yang besar jumlahnya dan mereka menjangkakan bahawa Peter akan ditahan.

Rakan-rakan Peter tidak lama bergembira menyambut ketibaannya untuk melepasi pihak-pihak berkuasa. Kita difahamkan bahawa kereta yang mereka naiki telah ditahan sebaik sahaja mereka meninggalkan lapangan terbang, dan Peter telah diarahkan oleh tiga orang lelaki untuk masuk ke kenderaan mereka.
“Peter hanya menurut apa yang diarahkan mereka” jelas Dr Teo, yang masih terkejut dengan tindakan mencemaskan itu. “Ianya berlaku dengan pantas dan saya tidak faham apa yang sebernarnya mereka lakukan ke atas Peter. Kami hanya menjangkakan bahawa beliau ditahan di lapangan terbang dan saya rasa dia ingat inilah orang-orang dari cawangan khas. Namun mereka tidak memperkenalkan diri mereka. Saya tak faham”.
Kini para penggemar Radio Free Sarawak masih tertanya-tanya ke mana pergi Peter. Wakil rakyat pembangkang dan peguam hak asasi manusia See Chee How telah menaiki penerbangan ke Miri petang ini dan kini sedang berkerjasama dengan peguam-peguam lain untuk mengenalpasti ke mana perginya Peter dan memikirkan cara untuk menuntut kebebasannya.
Awal pagi ini dia menjelaskan bahawa tiada siapa yang boleh ditahan secara sah tanpa terlebih dahulu didakwa melebihi 24 jam dan Peter seharusnya diberitahu mengenai hak-haknya dan dibenarkan menemui peguam-peguamnya semasa dia ditahan. Para pegawai polis (jika mereka itu polis) harus menjelaskan identity sebenar mereka semasa bertindak.
Pada tengah hari tadi polis di Miri menafikan penangkapannya, yang telah menimbulkan kerisauan dan kecemasan ramai pihak ke mana perginya Peter.
Pengacara radio itu yang diketahui mengidap darah tinggi dan ahli-ahli keluarganya amat risau akan kehilangannya. Pada tengah hari ini juga ketua pembangkang Anwar Ibrahim menyuarakan bantahannya terhadap tahanan yang mungkin dilakukan ke atas Peter.
“Masalah dengan Peter adalah dia telah mendedahkan gejala rasuah, salahguna kuasa, rampasan tanah dan ancaman-ancaman terhadap kaum Dayak. Jika BN tidak bersetuju dengan cara ini mereka harus menjawab, tetapi bukannya menyalahgunakan kuasa polis untuk menghalang atau mengancamnya. Ini merupakan taktik kotor BN dan juga mendedahkan betapa ramainya orang tempatan dan pelawat asing yang telah ditahan di lapangan-lapangan terbang di Sarawak”.
Anwar seterusnya memohon penjelasan Kementerian Dalam Negeri kenapa mereka menggunakan kuasa polis untuk memberi tekanan pada musuh-musuh politik mereka.
Kami akan melaporkan perkembangan berita ini nanti.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments