Jangan Hebahkan Mengenai Wabak Denggi – Ianya Akan Mengganggu Pesta Saya! EKSKLUSIF

Pihak kami difahamkan oleh kakitangan hospital di Lawas bahawa mereka telah diarahkan oleh YB tempatan mereka Awang Tengah (orang kanan Taib), untuk berdiam diri mengenai penularan wabak penyakit denggi di daerah itu sebulan yang lalu.
Campurtangan luarbiasa itu dilakukan dalam mesyuarat tergempar di hospital itu seminggu menjelang Pesta Lawas, setelah beberapa kes penularan penyakit itu dilaporkan.
Awang Tengah, Menteri Alam Sekitar dan Perancangan, telah menghantar wakilnya ke mesyuarat itu untuk mengarahkan kakitangan hospital menyembunyikan penularan penyakit itu dari pengetahuan umum, kerana menteri itu khuatir orang awam akan berasa takut untuk menghadiri Pesta Lawas pada hujung bulan Mei ini.
Biasanya, kes sedemikian akan diumumkan supaya orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga. Namun Awang Tengah tidak ingin melihat tetamu luar takut memasuki Lawas untuk berpesta!

Orang awam yang mempunyai kanak-kanak kecil berhak mempersoalkan ketamakan YB mereka mengenai perkara ini.
Malaysia mempunyai tahap kematian yang tinggi perkaitan penyakit ini, dibandingkan dengan negara-negara jirannya, bergantung pada mutu kawalan yang dijalankan.
Menurut laporan dari Akademi Perubatan Malaysia, 4.67% kes-kes itu telah mengakibatkan kematian di Malaysia, mana kala di Thailand dan Indonesia hanya sekecil masing-masingnya 0.3% dan 0.5%. Laporan sebegini amat mengejutkan, tetapi tidak diumumkan, di mana terdapat beratus-ratus kematian dalam seminggu kerana virus ini, yang semakin meningkat di seluruh dunia. Pada minggu lepas angkanya adalah 400 kematian, di mana 11 kematian dilaporkan di Sarawak. Seramai dua-puluh dua kematian berlaku pada minggu sebelumnya.
Dengan tiada vaksin yang khas, langkah-langkah yang wajar adalah dengan mengenakan kuarantin ke atas para pesakit. Sebaik sahaja seseorang itu dijangkiti virus bawaan nyamuk, maka darah dalam badan pesakit akan menjadi tempat pembiakan selama lapan hari. Adalah penting supaya mereka tidak digigit oleh nyamuk yang tidak tercemar dalam masa itu, yang akan memindahkan penyakit itu kepada orang lain.
Maka, amatlah penting apabila berlakunya penularan penyakit ini di sesebuah kawasan, para penghuninya harus diberitahu dan orang dari luar harus diberi amaran bahawa mereka memasuki kawasan yang berisiko.
Kami mencabar Awang Tengah untuk menafikan maklumat ini!

Nampaknya orang awam di Sarawak tidak diberitahu sepenuhnya mengenai penyakit ini. Ini bakal menambahkan peningkatan bilangan pesakit yang pergi ke hospital kerana sudah berada ti peringkat lewat, yang seterusnya boleh menyebabkan kematian yang tidak diingini.

Golongan orang yang lebih dewasa di Lawas kini mempersoalkan kenapa YB mereka bertindak dengan campurtangan dengan pengurusan dan pentadbiran hospital mengendalikan penyakit ini?

Penularan secara setempat telah berlaku di kampung halaman Awang Tengah sendiri di Kuala Lawas dan bilangan kesnya kini adalah 25 kesemuanya.
Walaupun para pengundi di kawasan pilihanrayanya harus diberitahu mengenai wabak penyakit ini agar mereka boleh berwaspada, namun keutamaan Awang Tengah adalah untuk menghimpunkan seramai mungkin pengunjung-pengunjung ke Lawas pada 27hb/28hb Mei yang lalu.
Pesta Lawas yang pertama telah dianjurkan di bawah arahan Awang Tengah pada tahun lalu, menjelang Pilihanraya DUN. Pada tahun ini pula, ramai yang membuat spekulasi bahawa Pesta Lawas di bulan Mei dikaitkan dengan Pilihanraya Umum yang mungkin diadakan dalam bulan Jun nanti!
Jika spekulasi mereka benar, maka Awang Tengah ingin mempastikan bahawa dia menggunakan segala peluang yang ada untuk menghimpunkan seramai mungkin orang awam, tanpa menghiraukan risiko jangkitan penyakit yang sedang menular.

Beberapa sumber dalaman bagi Hospital Lawas telah memberitahu Sarawak Report dan Radio Free Sarawak bahawa Awang Tengah sememangnya menghantar wakilnya menghadiri mesyuarat tergempar itu.
Beberapa orang kakitangan hospital di Lawas dipercayaai membantah secara senyap-senyap permintaan ahli politik tempatan itu. Lagi pun Awang Tengah dikenali sebagai orang kanan kepada Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.

Namun, ianya tidak diketahui sama ada permintaan Awang Tengah itu telah menyebabkan kelewatan dalam memberitahu pihak Kementerian Kesihatan.
Sejak 1970-an lagi, Penyakit Denggi telah menjadi suatu wabak yang amat ketara di Malaysia, dan ini bermakna Kementerian Kesihatan harus diberitahu mengenai sebarang penularan dalam masa 24 jam, bagi membolehkan langkah-langkah wajar diambil dengan segera.
Jika campurtangan Awang Tengah telah menyebabkan sebarang kelewatan, maka kemarahan orang awam akan menjadi lebih serius.
Kini Sarawak Report bertanyakan apakah hak seseorang ahli politik campurtangan dalam keputusan kakitangan perubatan dan kenapakah keselamatan orang awam diketepikan semata-mata memberi keutamaan kepada rancangan politik seorang ahli politik?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments