Jawapan-Jawapan Najib Mengancam Musa Aman!

Para pengarang untuk jawapan-jawapan kepada soalan-soalan dalam sidang parlimen telah mengatur susunan ayat dengan amat teliti.
Ahli Parlimen MP Chua Tian Chang telah menyoal Perdana Menteri berhubung perkembangan siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung skandal penyelewengan wang yang dilakukan oleh penduduk Sabah, Michael Chia, yang dikenali sebagai orang kanan kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.
Sejak beberapa minggu yang lalu, Musa Aman telah berulang-kali mengatakan bahawa dia tidak mengenali Michael Chia dan bahawa cadangan yang mengatakan sedemikian dikatakannya sebagai berniat mencemarkan nama baiknya.
Maka, mari kita teliti kata-kata yang terdapat dalam jawapan yang diberikan Perdana Menteri:
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menjalankan siasatan ke atas kes Michael Chia yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah. Ianya sudah siap dijalankan dan telahpun dikemukakan kepada Peguam Negara untuk dikaji dan diambil keputusan” [Najib Razak, jawapan bertulis 21/6/2012]
 
Perdana Menteri telah mula menjadikan kedudukan goyah Ketua Menteri Sabah itu lebih goyah.
Kepura-puraan Musa Aman kerana telah menafikan semua tuduhan itu kini tergugat oleh kata-kata bosnya sendiri, yang telah mengumumkan bahawa kes penyelewengan wang itu “dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah”.
Maka kini terpulanglah pada rakyat Malaysia percaya sama ada pada Ketua Menteri Sabah atau Perdana Menteri Malaysia!

Dengan pengumuman yang dibuat oleh bosnya, adalah suatu kedegilan bagi Musa Aman untuk terus berada pada kedudukannya sebagai Ketua Menteri.
Dia harus memberikan komen ke atas pengesahan yang mengatakan bahawa dia dikaitkan dalam siasatan skandal penyelewengan wang beratus-juta dollar dari sogokan pembalakan.
Nampaknya dia takut untuk menafikan tuduhan yang dilakukan oleh bosnya, sedangkan dia amat bersungguh-sungguh mengatakan Sarawak Report telah mengeluarkan dokumen-dokumen yang direka-reka!
Dan, bukan Najib Razak seorang sahaja yang telah berhati-hati memilih kata-kata untuk dihalakan kepada Musa Aman.
Kenyataan yang serupa juga pernah dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa di Switzerland, yang pernah didatangi oleh para penyiasat Hong Kong ke atas akaun Musa Aman di Zurich, di mana wang sogokan pembalakan disimpan.

Jawapan yang amat teliti oleh pihak Pejabat Peguam Negara Swiss bagi menjawab pertanyaan yang diajukan oleh seorang pemberita sekali lagi mengaitkan Musa Aman.
Jawapan yang mudah itu telah mengisytiharkan Musa Aman kini berada di tengah-tengah skandal itu, sebagaimana dinyatakan dalam soalan itu!

Jika diperhatikan betul-betul, andainya Najib melucutkan jawatan-jawatan semua menteri yang dibelengu rasuah dari kerajaan BN, maka hanya sedikit sahaja yang tinggal untuk memerintah. Inilah yang seharusnya dilakukan oleh semua orang pada musim pilihanraya umum yang akan datang.
Namun, dengan terdedahnya Musa Aman dalam kes ini, Peguam Negara (Abdul Gani Patail) juga kelihatan terdedah. Seperti yang telah kita dengar beberapa bulan yang lalu, pihak SPRM telah menjalankan siasatan dan seterusnya mengemukan laporan kepada pejabat Peguam Negara itu, namun laporan itu tidak diambil tindakan.
Seperti yang kita difahamkan, Peguam Negara Abdul Gani Patail adalah saudara kepada Musa Aman. Gani juga banyak terbabit dalam kontroversi rasuah. Ijazah kelas ketiganya tidak seharusnya dianggap secocok dengan kedudukannya kini.
Maka sekali lagi pemilihan kata-kata Najib telah memberikan tekanan kepada Abdul Gani. Perdana Menteri telah mempertanggungjawabkan pendakwaan kepada Gani. Jika Gani masih lagi enggan melaksanakan tanggungjawab itu, maka dia harus dipersalahkan.
Dan kini terdapat seorang lagi ahli politik berprofil tinggi yang turut terbabit dengan skandal ini. Saudara Musa adalah Menteri Luar Malaysia, Anifah Aman dan Sarawak Report pernah mendedahkan bagaimana dia mendapat habuan dari pengendalian industri pembalakan di Sabah bersama saudaranya.

Najib telah mengakibatkan beberapa orang kanan-kanan dalam kerajaannya merasa malu setelah dia mengeluarkan kata-katanya itu. Ini kerana dia juga merasa marah dan terdedah.
Kedunguan Musa Aman yang telah meranapkan saki-baki hutan Sabah dan kemudian menyembunyikan hasilnya amat besar jumlahnya.
Kini pihak-pihak berkuasa di negara Swiss berhadapan dengan siasatan ke atas peranan bank UBS AG mereka yang bersekongkol dalam proses ini, dan sukar untuk disembunyikan lagi.
Namun, bagaimana pula dengan si penyangak paling buruk, Ketua Menteri Sarawak, yang telah selama 30 tahun merampas tanah-tanah penduduk tempatan dan menyerahkan kepada ahli-ahli keluarganya dan juga nomini-nomininya? Yang telah menebang hutan-hutan dara dan meraih keuntungan dari sogokan dan memberikan berjuta-juta dollar nilai kontrak-kontrak kepada syarikat-syarikat milik ahli keluarganya dan juga klien-klien politiknya?
Inilah masanya diajukan soalan mengenai bukti-bukti yang jelas mengenai kemusnahan hutan di Sarawak menerusi gejala rasuah dan kenapakah tiada persoalan ke atas siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadapnya juga – atau sama ada Peguam Negara Abdul Gani Patail telah menyekat pendakwaannya juga?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments