Lagi Banyak Persoalan Panas Timbul Di Switzerland Mengenai Bank UBS AS – Dan Juga Musa Aman!

Suatu aduan di Switzerland menentang institusi kewangan UBS AG, kerana bertindak menyimpan wang sogokan pembalakan bagi pihak Ketua Menteri Sabah Musa Aman, telah dipindahkan dari pejabat pendakwaraya Zurich ke pejabat Peguam Negara.
Perkara ini telah dibawa ke peringkat persekutuan, menandakan bahawa kes ini telah berada di tahap yang amat serius.
Kes ini telah menjadikan majalah mingguan “Handelszeitung” mendedahkan lebih banyak lagi butir-butir mengenai skandal ini, yang kini telah mencemarkan nama baik bank Switzerland yang terkemuka itu, dan juga amat merbahaya kepada Musa Aman.
Salah satu perkara yang amat ketara di sini adalah pendedahan bagai mana Michael Chia (Chia Tien Foh) menggunakan beberapa siri arahan juruwang bernilai berjuta-juta dollar setiap satunya untuk membuka pelbagai akaunnya dengan cawangan UBS di Singapura dalam tahun 2006.
Secara keseluruhannya dia telah mendepositkan lebih $20 juta dalam dollar Singapura dan juga dollar US dilakukan pada hari yang sama, 10hb April 2006. Arahan-arahan juruwang itu, ada di antaranya lebih $5 juta, telah dikeluarkan oleh bank HSBC di Singapura dan kemudian ditandatangani sebagai diterima oleh “Penasihat Pengurusan Harta” UBS AG, Denis Chua, yang berperanan memantau akaun-akaun baru milik Chia.

Para pakar telah menyatakan kehairanan mereka kepada para pengarang Handelszeitung bahawa bank utama seperti UBS AG telah menerima pindahan wang sebanyak itu, tanpa mempersoalkan sumber kewangan itu.

Rujukan terhadap bank HSBC membuka suatu lagi persoalan dalam perkara ini yang mengancam untuk membawa sebuah lagi bank antarabangsa ke dalam skandal ini.
Siri-siri arahan juruwang yang dimaksudkan oleh penerbitan Swiss itu kesemuanya telah ditandatangani oleh Ketua Juruwang HSBC Singapura pada 10hb April 2006.
Kami dapat mempastikan bahawa pada hari tersebut Michael Chia telah menutup beberapa siri akaun di bank itu, ada diantaranya dalam matawang dollar Singapura dan yang lainnya dalam matawang Australia dan dollar US.
Kami juga menyimpan salinan-salinan penyata bank bagi akaun-akaun ini sehingga ke hari ini dan semua penyata bank itu menunjukkan bukti mengenai pembayaran-pembayaran yang diterima daripada pihak-pihak yang berkepentingan dalam pembalakan di Sabah yang mencecah jumlah berjuta-juta dollar. Penyata-penyata itu turut menunjukkan bahawa pembayaran dilakukan kepada anak-anak Musa Aman yang sedang menuntut di Australia.
Sebenarnya, kegiatan dalam akaun-akaun HSBC menjelang 2006 adalah serupa dengan kegiatan seperti yang dirakamkan dalam akaun-akaun UBS selepas 2006.
Kedua-dua set akaun ini menerima jumlah wang yang banyak daripada syarikat-syarikat pembalakan di Sabah dan sebahagiannya pula dibayar kepada anak-anak Musa Aman dan sebahagian yang lain pula dipindahkan ke akaun-akaun lain yang menjurus ke akaun Musa Aman sendiri.

Sarawak Report boleh mengesahkan bahawa pengurus yang sama, Denis Chua, bekerja di kedua-dua bank itu. Kami difahamkan bahawa setelah Chua meninggalkan HSBC dan berhijrah ke UBS AG dalam 2006, pihak HSBC telah memeriksa akaun-akaun Michael Chia dan seterusnya mengarahkannya untuk melupuskan akaun-akaun itu!
Pada ketika itulah kami difahamkan bahawa Michael Chia telah menerima arahan-arahan juruwang, yang kemudiannya dibawanya kepada Denis Chua, yang menandatangani dan mengesahkan penerimaan bagi pihak UBS AG.
Sejak itu HSBC telah berdiam diri mengenai sikap luar biasa mereka dalam perkara ini.
Namun mereka juga mengakui bahawa penghalangan kegiatan menyeleweng wang adalah keutamaan mereka dan bahawa mereka tetap mengamalkannya.
Ia gagal menjawab persoalan mengapakah HSBC telah menutup akaun yang telah disyaki, tetapi ia juga membenarkan pemegang akaun memindahkan simpanan berjuta-juta dollar dalam siri-siri arahan juruwang, ditandatangani pada hari yang sama bagi jumlah yang berbeza-beza oleh ketua juruwang mereka.

UBS AG telah memilih untuk memberikan komen-komen yang minima ke atas persoalan-persoalan yang semakin banyak ditimbulkan mengenai kelakuan sumbang mereka di Singapura, diuruskan keluar dari Hong Kong oleh Denis Chua.
Jika sekiranya UBS AG mengalah kerana sedar akan kesalahan mereka dengan Michael Chia termasuk jaringan kegiatan kewangannya, inilah masa bagi mereka memberi kerjasama kepada pihak-pihak yang berwibawa yang menjalankan siasatan ke atas akaun-akaun itu.
Kerahsiaan klien tidak seharusnya dijaga jika kegiatannya berkisar pada sesuatu bentuk jenayah, termasuk kesalahan memusnahkan kehijauan Hutan Hujan Borneo di Sabah.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments