Papa Orang Utan Melarikan Diri?

Rakan-rakannya di Radio Free Sarawak masih belum menerima sebarang maklumat mengenai pengacara mereka Peter John Jaban, yang telah hilang begitu sahaja, sebaik sahaja dia mendarat di Miri.
Dia telah menelefon dari lapangan terbang Kota Kinabalu mengatakan bahawa dia telah ditahan oleh pihak berkuasa sebelum berlepas ke Sarawak pagi itu. Kemudia dia telah mengatakan bahawa dia telah diiringi ke pesawat yang dinaikinya dan memberi amaran bahawa dia mungkin akan disoalsiasat oleh pegawai-pegawai Cawangan Khas setelah mendarat di Miri.
Telefonnya tidak dihidupkannya semula. Namun setibanya di Miri dengan selamat, di mana dia telah disambut oleh peguam Alan Ling dan Pengerusi Cawangan bagi PKR Miri, Dr. Michael Teo, yang turut tiba untuk mempastikan Peter tidak ditahan sewenang-wenangnya.
Akhirnya dia tidak ditahan oleh pihak berkuasa di lapangan terbang Miri dan Peter meninggalkan tempat itu dalam sebuah kereta bersama Dr Teo menghala ke bandaraya Miri.
Dalam perjalanan inilah berlakunya suasana kelam-kabut, apabila sebuah lagi kenderaan berhenti dan menahan kenderaan yang dinaiki Peter, di mana Peter telah diarahkan oleh tiga orang lelaki yang tidak dikenali. Peter menaiki kenderaan mereka dan menghilang bersama tiga lelaki itu, meninggalkan berapa barang peribadinya tetapi masih menyandang begnya.
Dr Teo telah terkejut dengan keadaan itu. Pada mulanya dia risau bahawa Peter mungkin telah ditahan, namun pihak polis menafikan ini dan mendakwa bahawa DJ itu tiada dalam tahan mereka.
Kini rakan-rakannya membuat beberapa andaian, bahawa Peter mengenali orang-orang dan juga kenderaan yang telah menahannya itu. Kerana khuatir untuk ditangkap, dia mungkin mengambil kesempatan untuk menaiki kenderaan yang tidak dikenalinya dan melarikan diri.

Jika beginilah kesnya, ini bukanlah kali pertama Peter mengambil langkah yang drastic untuk mengelakkan diri dari polis sejak dia bekerja dalam projek pro-demokrasi, yang disiarkan ke udara selama dua jam sehari menerusi gelombang SW15420 kHz itu. Suatu ketika dahulu, beberapa bulan yang lalu dia disoalsiasat oleh pihak polis setelah memeriksa dokumen pengenalan dirinya di sebuah perkampungan di Sarawak.
Namun, menurut Peter, dia telah diselamatkan oleh orang ramai yang mengerumuninya, membolehkan dia membonceng sebuah motosikal yang seterusnya membawanya pergi dari situ.
Peter sering berkata bahawa dia takut pada ancaman para penyoalsiasatnya, dan lebih-lebih lagi takut pada para samseng yang bertindak secara haram yang berpihak pada pemerintah di Sarawak.
Para pemberita yang telah bergegas ke lapangan terbang Miri untuk membuat liputan mengenai ketibaannya telah mengesahkan bahawa DJ itu kelihatan amat takut. Salah seorang dari mereka yang berkesempatan berbual ringkas dengannya telah memberitahu Radio Free Sarawak bahawa Peter sememangnya menjangkakan diri akan ditahan oleh pihak berkuasa di Kota Kinabalu.

Peter tahu bahawa dia akan ditahan oleh pihak-pihak berkuasa. Namanya telah disenaraihitam pihak Imigresen dan amat dikehendaki oleh polis dan kita amat terkejut dengan keputusannya untuk menaiki penerbangan antara negeri, di mana dia harus menunjukkan kad pengenalan dirinya.
Namun, dia telah berasa kurang sihat dan telah mengambil cuti dari stesen radio itu dan mungkin ingin balik ke Sarawak untuk menyambut perayaan Gawai Dayak bersama rakan dan ahli-ahli keluarganya. Tiket penerbangannya telah ditawarkan kepadanya sebagai hadiah sempena perayaannya, namun keputusan sedemikian adalah kurang bijak. Rakan-rakannya ingat dia telah menggunakan laluan yang lain.
Banyak ancaman telah dilakukan ke atas Radio Free Sarawak, yang sering dianggap menjadi pengacau kepada ahli-ahli politik BN di negeri itu, yang biasa dengan mengawal media-media. Stesen radio itu telah secara terbuka dan lantang membantah rasuah dan merupakan sebahagian kecil platfom-platfom yang mencabar rejim Taib Mahmud mengenai beberapa isu sejak memerintah 30 tahun yang lalu. Stesen radio itu telah berjaya mendidik masyarkat-masyarakat tempatan mengenai beberapa isu penting yang berkisar pada hak mereka ke atas tanah pusaka mereka. Stesen radio itu juga mendapat pujian kerana telah membantu mereka sedar dan menentang tindakan kerajaan BN mengambil tanah mereka.
Stesen itu dianggap sebagai suatu platform bagi ahli-ahli politik pembangkang yang sering menerima kritikan dari media yang dilesenkan, yang kesemuanya ditadbir oleh ahli-ahli keluarga Ketua Menteri Taib Mahmud.
Akibatnya, projek pro-demokrasi yang disuarakan oleh RFS itu menerima banyak serangan awam dari BN, dengan mengatakan bahawa RFS bertanggunjawab melakukan suatu jenayah yang berat yang boleh dikenakan hukuman yang berat.
Oleh yang demikian para pengacara yang terlibat dengan projek RFS sering merasakan diri mereka diancam pihak-pihak berkuasa di negeri itu. Pada hari ini, pengacara Christina Suntai berkata, “apa yang kami inginkan adalah Peter masih selamat. Dan kami ingin dia kembali bersama-sama kami bekerja di Radio Free Sarawak”.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments